PART 1 💜

151 8 2
                                    

Budayakan vote & comment

Happy reading 🥰

Sorry Typo ✌️



🔗




Biar aku memperkenalkan diri aku dulu ,   Namaku Jimin... Park jimin.. umurku sudah nak masuk 24 tahun... aku mempunyai seorang adik perempuan bernama Park Ailee ...

Eomma dan appaku amat menyanyangi kami berdua sehingga  setahun yang lalu , ada beberapa perkara yang tidak diingini berlaku  pada adikku.

Ya adikku kemalangan jalan raya ketika ia ingin mencariku... sedangkan aku pada masa itu terlibat dalam salah satu pergaduhan kerana  ingin menyelamatkan kawan baikku.

Aku hanyalah manusia biasa yang tidak terlepas dari membuat kesilapan ... Nak kata aku ni baik ..  oh maybe tidak? 

Sahabatku dipukul oleh  sekumpulan geng disebuah lorong yang gelap , so apa pilihan yang aku ada.. apakah larikan diri seperti pengecut tanpa menghulurkan bantuan ? Itu bukan sikapku !

Dengan sedikit kudrat dan seni mempertahankan diri yang pernah ku pelajari semasa di sekolah menengah ,  aku membuat keputusan untuk menolong sahabatku yang sudah parah diajar oleh kelompok penjahat itu... Puncanya of course aku tidak tahu yang pasti kawanku yang penting.. aku perlu selamatkannya.

Tapi apabila aku membantu sahabatku... Takdir cukup mempermainkanku dengan mengambil adikku pergi buat selamanya tanpa aku sedari .

Sejak itu Aku anak yang disayangi oleh eomma dan Appaku sudah mati  dimata mereka.... Aku dianggap musuh oleh Appaku sendiri...

Walaupun eommaku masih mahu memberikanku pelukkannya tapi itu tidak seperti dulu lagi.

Tiada lagi senyuman dari appa dan eommaku buatku.

Sekarang aku sudah lulus kuliahku... aku telah bekerja disebuah syarikat swasta  dan hidup mandiri diatas kakiku sendiri , walaupun jawatanku kecil didalam syarikat itu... Tapi aku bersyukur sekurang-kurangnya aku dapat hidup berdikari tanpa orang tuaku ?

Yalah ! Bagaimana aku tidak hidup seperti tidak ada orang tua sedangkan orang tuaku sendiri  memulaukanku ! Sadis kan hidupku ?

Aku mempunyai beberapa orang kawan tapi kawan baikku hanyalah  Kim teahyung  , kawan dari bangku sekolah rendah yang aku bantu pada malam dimana adikku kemalangan.

Masih teringat lagi malam itu... Aku mengendong Teahyung dibelakangku  untuk membawanya ke hospital kerana ia cukup parah dipukul walaupun keadaan aku juga pada masa itu cukup mengerikan juga.

Walaupun badanku kecil dari Kim teahyung tapi aku Gagahi jua demi membantu sahabatku mendapat pengubatan secepat yang mungkin.

Malam itu telepon beteriku habis ... Selepas Teahyung ditangani oleh beberapa orang nurse dan doktor , aku juga sempat diubati oleh nurse , Aku binggung bagaimana harus aku memberitahu kepada eomma dan appaku tentang keberadaanku.

Aku lantas bangun dan berjalan menuju keruangan resepsionis untuk meminta bantuan dari staff disitu untuk mengecas beteri telefonku.

TAKDIR HIDUPKU | JIKOOKWhere stories live. Discover now