PART 12 💜

63 4 1
                                    

Budayakan Vote & Comment

Happy reading guys 🥰

Sorry Typo ✌️


🔗




Sudah sebulan sejak pembedahan dijalankan, Park Jimin masih dalam pantauan yang semakin membimbangkan... Kerana sudah beberapa kali juga Park jimin mengalami kekejangan otot dan jantungnya yang sempat drop selepas beberapa hari pembedahan itu dijalankan sehingga ia diberitahu bahawa park jimin mengalami koma.

Jungkook dan yang lain sungguh terkejut dengan kenyataan itu , entah kenapa atau mimpi apa yang membuatkan Jimin langsung tidak ingin membuka matanya.

Jungkook bagaikan dipanah petir apabila mendapat tahu bahawa Jimin koma . Sungguh berat rasanya ia ingin menerima kenyataan itu tetapi ia harus kuat agar suatu hari Jimin bangun... Ia akan menjaga Jimin dengan lebih baik.

Jeon Jungkook yang setia menemani Jimin walaupun ia tahu ia tidak akan dapat melihat keadaan jimin selepas pembedahan kerana keadaan Jimin yang tidak baik saja atas saranan dari doktor pakar oh sehun dan hospital.

kerana takut Jimin akan mengalami sebarang risiko yang mengakibatkan jangkitan kuman atau semacamnya dan ia ditempatkan didalam sebuah bilik khas yang tertutup untuk mengelakkan sebarang kemungkinan dan dipantau oleh doktor sehun dan pembantunya.

Park Jimin yang selalu dipantau lebih kerap kerana sebelum ini tubuhnya selalu mengalami komplikasi yang susah dijangka dan sepertinya ia tidak mahu bertahan lagi.

Jungkook sudah tidak menghiraukan lagi syarikat papanya yang selama ini ia idamkan sehingga sanggup menyetujui berkahwin dengan lelaki yang ia tidak suka pada mulanya.

Baginya sekarang Park Jimin adalah hidupnya dan apa yang ia inginkan dalam hidup matinya.

Keluarga jungkook dan jimin bergantian menemani jungkook yang langsung tidak mahu pulang atau meninggalkan jimin... Ia selalu berada diluar bilik yang menempatkan jimin disana.

Sehingga seminggu yang lalu.. Jimin yang penuh dengan wayar dilingkaran badan dan sudah tentu alat denyutan jantung masih tertampal didada jimin dan juga masih memakai alat bantuan pernafasan ( Ventilator ) dipindahkan keruangan inap bilik Vvip kamar 003 tingkat 8

Jungkook bahagia walaupun jimin masih terlena dan masih tidak terusik sama sekali... Sekurang-kurangnya ia dapat melihat keadaan jimin dan melepaskan rindunya yang amat dalam yang sudah cukup lama terbuku didalam hatinya.

Keluarga jimin dan jungkook juga ada menemani , tidak lupa dengan teahyung dan yang lain .

Selepas mendapat berita jimin sudah dipindahkan... mereka sering datang untuk melihat kondisi jimin apatah lagi jungkook dan teahyung yang selalu ingin berada disamping jimin

" Jungkook , kamu harus pulang nak.. biar eomma yang jaga jimin .. sudah lama kamu tidak pulang... Jagalah kesihatanmu dan rehatlah secukupnya , eomma lihat kamu sudah semakin kurus sayang "

Ujar  eomma Jimin yang dari tadi menangisi melihat keadaan anak kesayangan itu.

Anak kesayangan ? Yeke !!!

TAKDIR HIDUPKU | JIKOOKWhere stories live. Discover now