"Phuwin!" Gemini berlari mengejar tubuh Phuwin yang berjalan melepasi gerbang kampus mereka. Gemini yang sedikit mengah dari mengejar Phuwin tadi tercungap cungap mencari nafas.
"Phu--" Gemini memegang bahu Phuwin, Phuwin yang pelik melihat Gemini hanya mengangkat keningnya. Gemini masih tercungap mencari nafas
"Asal kau ni" Tanya Phuwin sambil melihat wajah pucat Gemini.
"Aku lari dari blok arkitek sampai sini" Gemini mengipas ngipas wajahnya, pucat kerana berlari di tengah panas.
"Kau rapat ke dengan Fourth?" Tanya Gemini sambil menarik Phuwin ketepi kerana berhenti betul betul di tengah jalan.
"Ahh..rapat lah sebab dia cousin aku" Ucap Phuwin. Gemini hanya menganggukkan kepalanya.
"Oh okay itu je aku nak tanya, terima kasih bro" Gemini menepuk bahu Phuwin lalu berjalan keluar dari kampus. Phuwin pelik melihat lelaki yang jarang bercakap dengannya itu tiba tiba menegurnya dan bertanya tentang Fourth.
"Dah apa pasal mamat tu" Phuwin mengeluarkan phonenya dan mencari nama Fourth, sambil itu dia berjalan ke arah parkir keretanya.
Setelah habis mengirim pesan ke Fourth, Phuwin menyimpan telefonnya dan mencari kunci kereta. Semasa Phuwin sedang mencari kunci, dia terlihat Gemini yang tadi berjalan meninggalkannya sedang terbaring lemah di tengah jalan.
"Gemini!" Phuwin berlari mendapatkan lelaki tersebut. Wajahnya pucat lesi seakan akan tiada darah mengalir di dalam badannya. Phuwin mendukung Gemini lalu membawanya masuk ke dalam kereta.
Mereka terus bergegas ke hospital, sepanjang jalan Phuwin tidak berhenti menoleh melihat Gemini yang terbaring tidak sedarkan diri di belakang.
"Shit kau jangan mati dalam kereta aku woi" Jerit Phuwin sambil memandu kereta. Peluhnya menitik kerana mendukung Gemini yang agak tinggi dan berat itu. Mana pula tinggi mereka sama jadi susah nak dukung.
Sesudah sampai di sana, Phuwin menjerit memanggil doktor kerana wajah Gemini sudah betul betul pucat dan nafasnya sudah tidak teratur.
Doktor dan jururawat datang menghampiri mereka dan mereka dibawa ke zon merah. Phuwin hanya berdiri sahaja melihat doktor membawa Gemini masuk ke dalam bilik pesakit.
"What the hell.." Phuwin mengeluarkan telefonnya dan menelfon Winny dan Mark. Phuwin bernasib baik kerana satu kelas dengan Gemini jadi dia kenal dengan kawan kawan Gemini.
Winny dan Mark turut bergegas datang ke hospital sesudah sahaja mendapat panggilan telefon dari Phuwin.
"Phuwin!" Mark berlari datang ke arah Phuwin yang sedang duduk makan karipap yang dia beli di depan hospital.
"Haa datang pun, member kau dalam bilik tu.. aku nak balik" Phuwin terus bangun sambil memakai beg sandangnya di bahu. Ikutkan tadi nak balik awal sebab nak tidur tapi terpaksa bawa Gemini datang ke hospital dan menunggunya sampai 3 jam.
YOU ARE READING
[ BL ] MY ECSTASY | GEMINIFOURTH
ФанфикKisah dimana Fourth seorang penulis buku yang menggunakan nama samaran 'Tulisan Bintang' jatuh cinta dengan peminat bukunya sendiri, Gemini. HOMOPHIC DNI. (n.) Slow Update don't be silent reader please ^__^ 28 jun 2023