4 : found him

129 9 1
                                    

⚠️⚠️ : slightly mention of sex, abuse relationship and mental issues (eating disorder, depression and etc)

.
.
.

"Kaki kau dah okay ke?" Phuwin yang sedang memandu itu kadang kala menoleh ke arah Fourth yang kakinya berbalut disebelahnya.

"Okay je tapi nurse suruh aku ambik cuti seminggu sebab terseliuh teruk" Kata Fourth sambil tangannya lincah menaip sesuatu di telefonnya.

"Hmm pastu seminggu ni kau nak buat apa? duduk kat kondo jeke" Tanya Phuwin. Fourth meletakkan telefonnya ditepi dan mulai memikir.

Haah kan apa dia nak selama satu minggu dirumah tak boleh pergi mana mana.

"Aku rasa aku tulis buku baru kot" Phuwin hampir menekan brek kecemasan mendengar apa yang Fourth katakan.

"Okay what the hell is happening right now?" Fourth yang terkejut akibat Phuwin yang hampir menekan brek itu memukul lengan Phuwin kuat.

"Kau pahal gila?!" Marah Fourth sambil mengusap dadanya. Dia masih muda dan hensem untuk mati awal.

"Tak kau tu yang apahal? sejak bila kau dapat motivasi nak menulis balik?" Tanya Phuwin. Fourth pula hanya mendengus

"Aku tak dapat pun motivasi tapi aku nak cuba, kesian lah pulak akun aku tu senyap sunyi lama lama berhabuk tak bukak" Phuwin mengangguk faham. Sudah begitu lama Fourth tidak menghabiskan waktunya dihadapan laptop dan menulis beberapa idea di buku.

Sekarang dia banyak habiskan masanya membuat assignment, mengikuti organisasi kampus ataupun menghabiskan masanya dengan tidur.

Sesekali perasaan ingin menulis kembali datang ke diri Fourth tapi agak susah baginya.

"Btw ex kau ada contact kau lagi?" Seakan berhenti berdetak jantung Fourth mendengar soalan Phuwin.

"Kenapa kau suka tanya pasal dia?" Tanya Fourth lalu membuangkan pandangannya pada luar tingkap. Cuaca yang tadi cerah mulai gelap, awan sudah mendung dan guruh berbunyi kuat.

Phuwin mencepatkan kelajuan keretanya untuk mengelakkan kesesatan lalu lintas.

"Sorry.. aku just nak tahu dia tak contact kau lagi, you know kalau dia contact kau bagitahu aku cepat cepat" Fourth hanya mendiamkan diri, memori lama bersama si dia mulai berputar kembali di otaknya.

Bekas kekasihnya yang pernah temani dirinya dari zaman sekolah menengah, menemani dirinya dari Fourth malu malu mahu menulis sehingga Fourth mengeluarkan karya buku pertamanya dipasaran.

Tapi siapa sangka, 7 tahun menjalinkan hubungan bekas kekasihnya itu mulai berubah menjadi panas baran yang dahulunya sangat lemah lembut menjadi sekasar kasarnya pada Fourth.

Fourth yang agak lemah lembut bayangkan dikasari, dipukul dan dicaci maki. Lelaki itu berubah secara drastik bila mereka mulai mencecah 19 tahun dan mulai masuk ke alam kampus.

Kejadian 1 tahun yang lalu masih lekat di kotak memori Fourth dimana bekas kekasihnya memilih untuk curang dengan meniduri kakaknya dan meninggalkannya pada hari kelahirannya yang ke-19 tahun.

Sejak dari pada itu, Fourth tidak lagi pulang ke rumahnya. Dia tidak mahu berjumpa dengan kakaknya, tidak mahu berjumpa dengan bekas kekasihnya yang berjiran dengannya sekali melingkupi sebagai kawan masa kecilnya dahulu.

Dia sanggup membawa diri sejauh ini supaya tidak dicari keluarganya, dia memiliki seorang kakak dan adik lelaki. Dahulu hubungan mereka sangat rapat tapi selepas kejadian yang diluar dek akal Fourth semuanya berubah.

Fourth membawa dirinya jauh dari sang keluarga dan hanya Phuwin tahu keberadaanya. Fourth yang lahir di keluarga kaya raya harus belajar hidup sendiri dan berdikari.

[ BL ] MY ECSTASY | GEMINIFOURTHWhere stories live. Discover now