9 : dua sejoli

128 9 0
                                    

"Welcome back, Fourth!!" Sapa kawan kawannya Fourth sebaik sahaja dia sampai ke kelasnya.

Hari ini hari dimana kaki Fourth telah sembuh sepenuhnya jadi dia sudah boleh ke kelas semula, setelah seminggu bercuti pelbagai jenis masalah dah di hadapi padahal baru seminggu tapi dia punya stress tu haih...

"Thank you semua" Fourth tersenyum manis lalu duduk du kerusinya.

Satang yang duduk disebelah kanannya asyik tersenyum manakala Ford disebelah kirinya menepukkan tangan tanda gembira

"Macam mana kaki kau?" Tanya Ford

"Dah okay!" Jawab Fourth sambil menggoyangkan kakinya kekiri dan kekanan

"Yela ada orang tu tolong jagakan dia" Usik Satang sambil tersenyum sinis ke Fourth. Ford yang tidak mengerti memandang Satang meminta penjelasan.

"Apanya? kita tengah cakap pasal siapa?" Tanya Ford

"Pasal Gemi--" Fourth terus menutup mulut Ford lalu Fourth ketawa kekok

"Kau diam!" Bisik Fourth ke Satang lalu memandang Ford

"Tak ada apa pun, harini kita nak makan apa?" Fourth cuba menukar topik, Ford yang masih tidak mengerti biarkan sahaja.

"Alah Ford kena tahu jugak, dia rapat dengan Gem--" Sekali lagi Fourth menutup mulut Satang lalu mencubit Satang perlahan sehingga lelaki itu mengaduh sakit

"YELAH SORRY, ADUH ADUH!" Pekik Satang, Ford pula hanya ketawa.

"Kita tengah cakap pasal Gemini ke?" Tanya Ford sambil ketawa membuatkan Satang dan Fourth terus memandang lelaki tersebut tanpa berkedip

"Who do you know?" Tanya Satang teruja

"Lah kan memang si Fourth selalu cerita pasal Gemini kat kita, aku pun dapatla tangkap yang si Fourth ni suka kat Gem" Ucap Ford panjang lebar

"Ish mana ada aku suka dia" Fourth menolak muka Ford

"Eleh malu lah tu" Usik Satang

"Mana ada gila, aku kawan je dengan dia" Fourth cuba membela dirinya

"Ah lama lama nanti suka lah tu" Kata Ford sambil mengeluarkan sesuatu dari begnya

"Ni ada orang bagi kau roti dengan susu" Ford memberikan sekotak susu dan sebungkus roti ke Fourth.

"Aiyoo ni mesti Gemini bagi" Kata Satang

"Nope ni dari Mark, member Gemini" Fourth yang mendengar nama Mark terus meletakkan kembali makanan tadi ke meja Ford

"Kau makan lah, aku tak nak" Ford memandang Fourth pelik

"Aish orang bagi tu, kenapa tolak" Marah Ford

"Mark tu suka kat aku, aku tak nak lah bagi dia harapan"

"Makan makanan yang dia bagi tak semestinya bagi harapan, nah makan" Ford membuka bungkusan roti tadi lalu menyuakan ke mulut Fourth

Fourth lalu menyuapkan makanan tersebut, terpaksa memakannya.

"Nah good boy" Ucap Ford, Fourth pula hanya menjeling sahaja. Kalau tak disebabkan Ford memang makanan ni dah duduk dalam tong sampah.

"Since kau dah okay, hari ni kita ada stay up untuk festival uni. Kau boleh tak?" Tanya Ford, Fourth mengangguk tanda boleh

"Okay, jangan lupa kau emcee. Aku dengan satang nyanyi" Fourth sedikit terkejut, katanya malu nak nyanyi

"Kau serius nak nyanyi?" Tanya Fourth

"Aku kena paksa dengan Phuwin, dia kata kalau tak nyanyi dia taknak belanja aku bbq lagi dah" Ucap Ford cemberut

[ BL ] MY ECSTASY | GEMINIFOURTHWhere stories live. Discover now