Matahari sudah tegak di atas kepala tapi Fourth Nattawat masih sedap lena di atas katil, disebabkan semalam pulang lewat dan harini cuti jadi dia bantai tidur sampai tengahari.
Keadaan rumah yang agak tunggang langgang, pinggan di sinki tidak berbasuh, tv menyala tapi tak ada orang tengok.
Boleh bayangkan bertapa parahnya rumah si Fourth ni semua disebabkan dia sibuk buat buku baharu. Dia hanya fokus dengan buku je.
"Huaaaa sedapnya tidur!" Akhirnya tercelik pun bangun si Fourth, dia bangun dari katilnya dan keluar dari bilik.
"Wuish macam gempa bumi" Ucapnya sambil bercekak pinggang. Matanya melirik seluruh sudut rumahnya, bersepah habis!
Kakinya mulai bergerak menutup tv yang menyala entah dah berapa hari, dia sendiri pun tak perasan. Lalu mengambil baju kotor yang berselerakkan di atas sofa diikuti dengan makanan dan jajan yang dah habis dia kutip lalu buang.
"Ni baru seminggu, kalau sebulan rasanya tak rupa rumah dah" Bebel Fourth sendiri.
Dari ruang tamu berganjak ke meja makan lalu dia bersihkan dapur pula. Sengaja dia tunggu hari cuti baru nak kemas rumah, senaman ringan katanya tapi sekarang dia dah macam mandi peluh.
Habuk habuk yang ada dia bersihkan, sampah juga tak lupa buang, hasil bukunya sudah 90% dah nak siap jadi dia boleh senang lenang lah hari ini.
"Memang sekali jela aku biarkan rumah sepah macam ni sekali" Gumam Fourth sambil mengelap peluhnya yang turun dari dahi.
Jika tadi keadaan rumah tunggang terbalik sekarang dah jadi macam rupa rumahnya yang sedia kala, cantik dan bersih.
Satu senyuman gembira diberikan. Bau badan dia pun dah macam apa jadi dia pilih untuk pergi mandi.
Baru dia nak berjalan masuk ke bilik mandi tiba tiba pintu rumahnya diketuk berkali kali, cecepatlah Fourth berlari ke arah pintu.
"Siapa?" tanya Fourth sebelum membuka pintu, sila amalkan ni ye kang main buka je ada penculik depan pintu.
"Siapa kat luar?" tanya Fourth sekali lagi sebab orang kat luar tu tak menyahut.
Disebabkan geram akhirnya Fourth terus membuka pintu dan teka siapa ada kat depan?
Siapa lagi kalau bukan buah hati dia, Gemini.
"Ingatkan tak bangun lagi" Fourth terkekeh lalu menarik Gemini masuk
"Aku tak mandi lagi, tunggu jap boleh tak?" Tanya Fourth
"Boleh, mandi lah sana aku nak main ps" Fourth menganggukkan kepalanya lalu masuk ke dalam bilik.
Gemini pula hanya menunggu di ruang tamu sambil bermain ps5 milik Fourth. Inilah yang selalu dilakukan Gemini ketika menunggu Fourth mandi atau makan atau siapkan assignment last minute.
30 minit berlalu akhirnya Fourth keluar dari biliknya dengan pakai serba bersih dan penampilan yang kemas.
"Kenapa tak 1 jam terus?" Gemini berloyar buruk dengan Fourth, lelaki itu pula hanya menjeling lama Gemini yang sedang kusyuk bermain game.
"Kita nak pergi mana?" Tanya Fourth sambil membetulkan lengan kemejanya yang dia lipat sehingga ke siku.
"Pantai" Jawab Gemini, tangannya lincah bergerak mengawal controller yang ada ditangannya.
"Kau biar betul? dari sini nak ke pantai jauh gila" Kata Fourth memandang Gemini tidak percaya
"Demi kau, aku sanggup" Kata Gemini lalu memandang Fourth dengan senyuman manis
"Aduh kalah!" Rungut Gemini. Fourth hanya menggelengkan kepala lalu mengambil satu beg galas berwarna hitam dan memasukkan 2 t-shirt hitam dan 2 seluar pendek.
YOU ARE READING
[ BL ] MY ECSTASY | GEMINIFOURTH
FanfictionKisah dimana Fourth seorang penulis buku yang menggunakan nama samaran 'Tulisan Bintang' jatuh cinta dengan peminat bukunya sendiri, Gemini. HOMOPHIC DNI. (n.) Slow Update don't be silent reader please ^__^ 28 jun 2023