"Kau pahal lama sangat?" Tegur Satang sebaik sahaja Fourth dan Gemini tiba di perpustakaan.
"Ada hal sikit" Ucap Fourth sambil tersenyum kelat, dia masih sakit hati tapi nasib baik Gemini ada membantunya
"Pahal mamat ni kat sini?" Tanya Ford sambil memandang Gemini atas bawah
"Terserempak" Kata Gemini acuh tak acuh, matanya mulai melilau meneliti perpustakaan blok arkitek. Ini pertama kali dia kesini.
"Wow lawanya library kat sini" Gemini berjalan sambil melihat buku buku yang tersusun rapi, tidak lupa banyak peralatan yang berguna disini tak macam perpustakaan kampusnya, berbeza bagai langit dengan bumi.
Sementara Gemini mengelilingi perpustakaan, Fourth hanya mengekori Gemini dari belakang. Sekarang baru dia sedar badan Gemini dari belakang nampak hensem.
Tinggi, wangi, bahu dia lebar, kakinya panjang, kulit dia sawo matang match dengan semua warna jadi kalau pakai apapun tetap hensem.
Fourth senyum senyum sendiri sambil meneliti belakang badan Gemini, Gemini pula sedang asik dengan dunianya sendiri, terpesona dengan suasana perpustakaan blok arkitek.
"Lama lagi?" Tanya Fourth, penat pulak dia ikut Gemini menjelajah seluruh pelusuk perpustakaan ni.
Gemini tergelak kecil lalu menarik Fourth satu rak buku lalu menyuruhnya duduk. Gemini menggapai satu buku berwarna biru lalu duduk disebelah Fourth yang sedang keliru dengan apa yang terjadi.
"Aku ternampak buku ni tadi, i'm gonna read it for you!" Ucap Gemini teruja lalu dia mula membuka buku tersebut, satu persatu muka surat dia selak..cuba mencari line yang menarik
Akhirnya dia tersenyum lalu menunjukkan line buku yang dia jumpa tadi.
'No one is hard to love, you will be loved by someone who is capable of holding you'
Fourth terdiam, dia memandang Gemini lama yang ada disebelahnya. Gemini memegang tangan kiri Fourth yang berlaga dengan tangannya lalu melentokkan kepalanya pada bahu Fourth.
"Kau tahu, first time aku rasa nak gila macam ni" Kata Gemini sambil mengusap lembut tangan Fourth
"Kenapa?" Tanya Fourth
"Kau tahu tak bila kau kata kau tak sempurna aku rasa macam marah sikit, no one is perfect Fourth" Fourth terkekeh lalu tangan kanannya mengusap perlahan kepala Gemini.
"Fourth.." Panggil Gemini
"Hmm"
"Friends don't do the things we do" Gemini mula mengangkat kepalanya dan memandang Fourth. Fourth yang tadi mengusap kepala Gemini terus berhenti.
"What do you mean?" Tanya Fourth
"Give me a chance, i wanna make you happy.. you deserve to be the happiest person on earth" Gemini memegang kedua pipi Fourth menggunakan tangannya
"You really do, Fourth. Trust me, you deserve to have the entire world" Sambung Gemini. Fourth pula pipinya mulai membahang.
Selalunya dia cuba menolak segala jenis perasaan yang hadir ketika dia bersama dengan Gemini tapi kali ni dia dah tak boleh nak tolak bahawa dia betul betul jatuh cinta dengan lelaki yang ada di hadapannya ini.
"Kiss me" Minta Fourth, Gemini memandang Fourth tidak percaya
"Ha?"
"Kiss me, Gem" Gemini mendekatkan wajahnya, Fourth dapat merasakan hembusan nafas Gemini. Dia menutup matanya, Gemini masih ragu ingin mencium lelaki yang ada dihadapannya.
Cupp!
Satu kecupan mendarat di dahi Fourth, perlahan lahan Fourth membuka matanya.
"Once you're mine, i'm gonna kiss you there" Gemini memegang bibir Fourth, satu senyuman manis diberi
![](https://img.wattpad.com/cover/341127137-288-k913997.jpg)
YOU ARE READING
[ BL ] MY ECSTASY | GEMINIFOURTH
FanficKisah dimana Fourth seorang penulis buku yang menggunakan nama samaran 'Tulisan Bintang' jatuh cinta dengan peminat bukunya sendiri, Gemini. HOMOPHIC DNI. (n.) Slow Update don't be silent reader please ^__^ 28 jun 2023