5 : maaf

116 10 0
                                    

Fourth membuka matanya perlahan lahan, cahaya matahari menerangi biliknya. Burung burung kedengaran berkicauan, perlahan lahan dia bangun dari katilnya.

Kepalanya agak sakit kerana mengambil ubat semalam, dia berjalan ke arah dapur dan mengambil air sejuk untuk mengisi tekaknya yang agak kering.

Jam menunjukkan pukul 11 pagi, kakinya mulai membengkak gara gara berlari kemarin. Dia mengambil ubat sapu lalu membuka balutan kakinya dan menyapu ubat sapu yang diberikan nurse kampusnya.

Dia membalut kakinya semula dengan balutan baru lalu membaringkan dirinya di tengah tengah ruangtamu.

"Laparnya.." Disebabkan dia malas mahu keluar jadi dia memesan makanan menggunakan grabfood.

Sudah lama dia tidak merasa makan fastfood jadi dia memesan mcdonald sebagai sarapannya.

Setelah hampir setengah jam akhirnya makanannya sampai dibawah, dia turun ke bawah dan mengambil makanannya walaupun agak terhincut hincut berjalan turun ke bawah.

Sedang dia memakan makanannya tiba tiba satu pesanan dari Gemini masuk ke telefonnya. Fourth yang tadi lupa kejadian semalam tiba tiba teringat balik sebaik sahaja dia menerima pesan tersebut.

Rasa sebersalah mengebu gebu dalam dirinya, semalam dia tinggalkan Gemini begitu sahaja.

sengaja dia beli 2 nasi lemak ayam mcdonald simpan untuk malam nanti tapi disebabkan rasa sebersalah, dia memasukkan makanan tadi di dalam plastik dan keluar dari rumah menuju ke rumah Gemini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

sengaja dia beli 2 nasi lemak ayam mcdonald simpan untuk malam nanti tapi disebabkan rasa sebersalah, dia memasukkan makanan tadi di dalam plastik dan keluar dari rumah menuju ke rumah Gemini.

Tiba di hadapan rumah Gemini, dia tidak mengetuk pintu tapi hanya berdiri tidak bergerak. Otaknya sedang proses nak ketuk ke tidak.

Disebabkan dia takut akan menganggu Gemini jadi dia memutuskan untuk naik kembali ke rumahnya, baru sahaja dia ingin memutarkan badannya pintu rumah Gemini yang tadi terkatup rapat terbuka

Terlihat Gemini sedang berpakaian hanya bertuala dengan rambut yang sedikit basah sambil menjingjing satu beg sampah di tangannya.

"Eh--" Terkejut Fourth dibuatnya, semalam dia tengok Gemini berseluar pendek tapi pagi ni dia tengok Gemini hanya bertuala.

"..." Gemini cepat cepat keluar membuang sampah di tong berdekatan rumahnya tanpa melihat kiri dan kanan lalu menarik Fourth masuk ke dalam rumahnya.

Bayangkan berdua dengan lelaki yang hanya bertuala dan bertelanjang dada... hensem pulak tu..

Macam nak gugur jantung Fourth dibuatnya melihat Gemini berdiri dekat dengannya.

"P-pergi pakai baju" Fourth memalingkan wajahnya yang memerah akibat malu melihat Gemini bertelanjang dada.

"Eh sorry sorry" Gemini berjalan masuk ke dalam biliknya, Fourth hanya melepaskan nafas lega melihat Gemini akhir pergi dari pandangan matanya.

"Kau buat apa kat depan rumah aku?" Tanya Gemini sambil menggosok rambutnya menggunakan tuala kecil, nak keringkan rambut yang basah.

[ BL ] MY ECSTASY | GEMINIFOURTHWhere stories live. Discover now