"Good morning princess" Gemini yang sedang meletakkan kepalanya di atas meja terus mengangkat kepalanya melihat Winny yang tersengih seperti kerang busuk disebelahnya.
"Pagi lagi ni Win, kau jangan buat aku maki kau" Jeling Gemini. Mamat ni pagi pagi mesti suka kacau orang, tak faham apa si Winny ni nak.
"Ala jangan marah marah princess" Winny mencubit pipi Gemini lalu Gemini memukul kepala Winny kuat.
"Aku gurau je sial!" Winny menggosok kepalanya sambil mulutnya menggumam tak berhenti. Gemini pula hanya menjeling sahaja tiba tiba datang sosok Mark pula.
"Good morning husband" Gemini menggaru kepalanya kuat. Serabut dengan dua ekor kawannya.
"Korang dua ni memang perangai dua kali lima ke?" Tanya Gemini. Winny dengan Mark hanya ketawa sahaja.
"Haah" Balas mereka berdua sambil menganggukkan kepala.
"Fuck you" Gemini menunjukkan jari tengah kepada mereka.
Sekarang mereka berada di kelas, hari ini mereka mempunyai kelas pagi jadi pukul 8 mereka dah tercongok kat dewan belajar.
"Lepasni kita makan kat kantin architecture nak?" Tanya Winny. Mark dan Gemini memandang pelik.
"Are you dumb? kita pergi sana nak buat apa dahlah jauh gila" Ucap Mark tidak setuju.
"Ala jomla aku dengar kat sana ada awek lawa lawa" Winny menggoncang tangan Mark kuat.
"But you're gay Winny" Ucap Mark membuatkan Winny terdiam.
"Eh haah la buat apa aku nak usya awek.." Winny membetulkan posisi duduknya tiba tiba dia teringat sesuatu.
"Babi aku tak cakap kat kau pun aku gay kan sial!" Winny memukul kepala Mark sehingga Mark mengaduh sakit. Gemini pula hanya tertawa melihat Winny secara tak langsung mengaku bahawa dirinya menyukai lelaki.
"Rilex Win, sekarang zaman dah modern. Kau suka lelaki ke perempuan orang dah tak kisah" Gemini menepuk nepuk badan Winny perlahan.
"Betul tu, kau nak usya lelaki architecture? fuh taste kau bukan main eh" Mark mengusik Winny sambil mencuit dagu Winny perlahan. Winny hanya mendengus lalu menepis tangan Mark.
"Macam aku tak tahu kau suka kat Fourth tu kan?" Ucap Winny ke Mark.
"Eh mana ada kau jangan nak reka cerita" Mark menarik kepala Winny lalu mengepitnya dibawah lengan. Winny meronta ronta sambil menepuk meja kuat.
Disebabkan pensyarah masih tidak datang jadi mereka boleh bergurau senda, kalau pensyarah ada memang tak la nak bergurau macam ni.
"Lepas bodo lepas.. sakit gila!" Winny mencubit perut Mark kuat sehingga Mark melepaskan kepalanya.
"Kalau aku suka budak tu pun kenapa? bukan dia ada boyfriend" Ucap Mark sambil membetulkan bajunya yang agak ronyok akibat bergelut dengan Winny tadi.
"Ah kauuu" Gemini hanya menyimak saja perbualan dua kawannya itu, dia tidak minat mahu masuk campur. Buat masa sekarang dia tidak menyukai sesiapa jadi dia malas nak campur urusan kawan kawannya.
"Tapi Fourth tu comel jugak kan? ada jumpa twitter dia tak aku tengok dia kat ig tak active sangat pun" Tanya Winny, Mark pula mengeluarkan handphonenya cuba mencari nama Fourth
"Aku rasa dia tak main twitter sebab tak ada pun" Ucap Mark sambil tangannya mengetik laju sesuatu di telefonnya.
"Shh simpan phone, pensyarah dah datang" Cecepat Mark dan Winny membetulkan kedudukan mereka dan fokus ke hadapan.
Kepala Gemini tiba tiba teringat akan Fourth.
He's kinda cute..
"Kau pahal sesengih Gem?" Bisik Mark pada Gemini. Gemini hanya menyiku Mark menyuruh lelaki itu diam
YOU ARE READING
[ BL ] MY ECSTASY | GEMINIFOURTH
Fiksi PenggemarKisah dimana Fourth seorang penulis buku yang menggunakan nama samaran 'Tulisan Bintang' jatuh cinta dengan peminat bukunya sendiri, Gemini. HOMOPHIC DNI. (n.) Slow Update don't be silent reader please ^__^ 28 jun 2023