ABANG ISAAC-05

1 0 0
                                    

BY : SEFFANO KAVANA

ABANG ISAAC

BAB 05

Daniel menumbuk meja pejabatnya dia tidak sangka Janet kini menjadi isteri orang, menyesal pula dia keluar negara dan bercuti lama disitu dan terlalu berseronok pula disana tanpa memikir yang Janet boleh dikebas orang. Dania pula mengejeknya semalam dengan tiga orang temannya.

"You kata you hanya cintakan Janet tapi sayangnya...! you terlambat dah sebab lelaki bengkel tu...dah kebas Janet dari you... you kata Janet hanya berkahwin dengan you.. tapi sekarang...tengok lar, Janet tak pilih you pun.. dia hanya pilih lelaki bengkel tu.. " Ujar Dania dengan gaya yang menyakitkan hatinya malah Dania siap mencebik bibirnya lagi.

Kata-kata Dania dan tawa beberapa rakannya masih terngiang-ngiang ditelinganya. Hati Daniel sangat sakit dan panas mahu saja dia menampar mulut wanita itu, tapi malu lar kalau dia berkasar pula dengan kaum hawa kan, habis jatuh maruahnya nanti.

Betapa kecewanya dia saat itu sebab dia telah kehilangaan Janet dan tidak akan dapat memiliki gadis itu lagi.

"Shittt...!!! " Marah Daniel geram. Nafasnya turun naik menahan marah. Habis barang-barang diatas mejanya berhamburan dilantai.

"Siapa suami kau Janet...!! aku tak akan lepaskan kau Janet dan kau tetap milikku,walau apa cara sekali pun aku akan rampas awak dari lelaki tu...!! Hanya aku yang layak jadi suami awak Janet...!! " Ujar Daniel dengan marah.

"Arghhhhh....!!! Jahanam kau..!! "

Tiada sesiapa pun staffnya berani masuk kedalam bilik pejabatnya termasuk setiausahanya sendiri tidak berani menyerah fail-fail itu kerana mereka tahu boss mereka sedang mengamuk didalam bilik pejabatnya itu dan tiada siapa-siapa berani mahu mendekati Daniel..! sebab kalau marah tak ubah macam singa jantan yang kelaparaan menanti mangsanya.

Naim dan Shane berlari masuk ke bilik pejabat sahabat mereka itu, apabila terdengar jeritaan keras dari Daniel tadi, kedengaraan suara Shane memarahi Daniel.

Hanya Shane saja yang berani marah Daniel dan hanya Shane yang boleh menenangkan lelaki itu, dan semua Staff disitu sudah maklum yang Shane itu seorang yang garang dan tegas orangnya.

Mereka memang takut pada Shane,tapi Shane lebih mengutamakan keselamataan, kesihataan dan perhatiaannya para staffnya. Sebab itu lar, dia lebih dihormati dipejabat itu.

Akhirnya ketiga-tiga mereka keluar dari bilik pejabat itu dan sempat berpesan pada Cik Delina.

"Minta kak Zura dan kak Watie bersihkan bilik pejabat Tuan Daniel..Sekarang juga..! " ujar Shane serius dan tegas. Cik Delina hanya mengangguk. Sebaik saja ketiga-tiga mereka hilang dari pandangan Cik Delina, gadis itu terus menghubungi Kak Zura dan memaklumkan apa yang dipesan oleh Shane tadi.

Semua staff disitu tarik nafas lega bila Boss besar dan dua lagi sahabat bossnya keluar dari pejabat itu. Sebab tadi, Daniel sempat lagi memarahi mereka semua sebelum dia masuk ke bilik pejabatnya.

Nasib baik Shane memujuk mereka semua dengan membelanja mereka makan tengah hari dan Naim pula membelanja mereka minuman dan Cik Delina sudah memesannya tadi diresturant pilihan mereka.

🍏🍏🍏🍏🍏🍏🍏🍏🍏🍏🍏🍏🍏🍏🍏🍏🍏🍏🍏🍏🍏🍏🍏🍏🍏🍏🍏🍏

Isaac menatap gambar ibu bapanya dengan perasaan sedih.Dia sangat merindui mereka. Pencariaan mayat ibubapanya sudah lama dihentikan dan dalam diam Isaac mengupah dua lelaki mencarinya.

Namun,Isaac telah dikianati oleh dua lelaki itu, mereka berdua tidak pernah mencari tetapi hanya berseronok dengan wang yang telah diberi oleh Isaac pada mereka.

ABANG ISAACWhere stories live. Discover now