BY : SEFFANO KAVANA
ABANG ISAAC
BAB 14
Sudah dua hari Janet bercuti dikampung Karen sahabat baiknya itu dan Isaac juga tahu yang isterinya ada dengan Karen lagipun dia dan Neo ada hal mahu diuruskan.
Isaac sudah agak kalau ada pengkianat dikalangan mereka dan dia pasti orang yang ada disekelilingnya. Tekaan Isaac tepat sekali.
Tanpa Ashley sedar dan tahu dalam diam Isaac sudah meletak pengesan kecil di pen dan tapak kasut Ashley. Dan Neo lar yang membantunya dibelakang.
Tiada sesiapa pun tahu kalau Neo adalah perisik rahsia Isaac yang sangat licik dan bijak. Jika Neo menyiasat tiada kesan jejak pun yang ditinggalkannya.
Isaac tersenyum melihat Tuan Peter dan orang-orangnya kebingungaan mencari orang-orang Bald Egale, Tuan Peter bukan main marah lagi pada Ashley.
Hampir-hampir saja kepala Ashley ditembak oleh Tuan Peter tetapi ditahan oleh seseorang yang berbaju hitam dan tinggi lampai. Isaac tersenyum kerana itu adalah Abang Ikram.
"Awak dah masuk perangkap sendiri Tuan Peter.." Ujar Isaac lalu ketawa lalu memadam laptopnya. Isaac geleng kepala saja.
"Kau cuba perangkap saya tetapi kau sebenarnya yang diperangkap oleh saya... " Bisik hati Isaac.
Betapa marahnya Tuan Peter bila mereka masuk kedalam markas itu, semuanya kosong dan tiada sesiapa pun disana paling teruk sekali satu benda pun tiada disana seperti tempat yang sudah lama ditinggalkan.
Ashley juga kebingungaan mana mungkin dia boleh tersilap sebab tempat ini lar hari-hari dia berkerja.
"Papa kecewa dengan kamu..! macam mana mereka tahu kita datang malam ni..!! atau kau cuba perbodohkan papa..!! " Tuan Peter mengangkat pistolnya lalu mengarah kearah Ashley.
"Sabar Boss...!! ni bukan salah Ashley, saya rasa mereka dah tahu siapa Ashley yang sebenarnya, sebab jika berkaitaan dengan Boss..! sebab Ashley anak kandung Boss.. lagipun Isaac tak akan berdiam diri punya.. Boss kena ingat Isaac bukan macam Tuan Mark.. dia lebih bijak dan akan mengorek kisah Boss sampai ke akar umbinya..! " Terang Abang Ikram lalu menurunkan tangan Tuan Peter.
Semua orang-orang Black Diamon terkejut bila mendengar kata-kata Abang Ikram itu, mereka menyangka Ashley hanya pembantu peribadi Boss mereka rupanya anak kandung boss mereka.
Tuan Peter merengus kasar, tapi dalam masa yang sama dia merasa marah dan kesal pada dirinya sendiri, kenapa dia boleh lupa hal itu..! Tuan Peter memandang wajah Ashley yang masih tertunduk kecewa itu.
Dia hampir saja membunuh anak kandungnya, nasib baik lar Abang Ikram menghalangnya.
"Tiger... bawa Ashley balik" ujar Abang Ikram ,Tiger mengangguk lalu menarik tangan Ashley dan merangkul bahu Ashley , Takut juga Tiger kehilangaan sahabatnya tadi.
Ashley hanya diam lalu melangkah pergi meninggalkannya tanpa menoleh lagi ke belakang. Hati Tuan Peter sangat sakit bila Ashley tidak lagi memandang dan bercakap dengannya seperti biasa.
Ashley menangis dalam pelukaan Tiger setelah mereka berada diluar tiga orang bodyguard itu hanya tunduk saja turut merasa simpati pada nasib Ashley itu, betapa sedihnya dia diperlaku kasar begitu pada bapanya.
Tiger mengusap lembut belakang Ashley, biar pemuda itu lebih tenang, Tiger sangat sayang pada sahabatnya itu kerana lelaki itu lar yang menyelamatkan nyawanya dulu dari ditembak oleh Tuan Peter. Sebab itu lar Tiger sayang Ashley macam adik kandungnya.
Tiger masih ingat umur Ashley baru saja berusia 10 tahun ketika itu dan dia berusia 17 tahun ketika itu, Ashley meraung bila Tuan Peter memukul Tiger dan akhirnya Tiger dijadikan bodyguard untuk Ashley, Tiger lar yang mengajar Ashley cara menembak, mempertahankan diri dan juga berkelakuaan baik.
YOU ARE READING
ABANG ISAAC
RandomBY:SEFFANO KAVANA ABANG ISAAC SINOPSIS Mahu membesar dua adiknya yang masih kecil bukan senang. Hati Isaac kena kuat untuk menempuh segala cabaraan dalam hidupnya agar kedua adiknya dapat meneruskan persekolahaan mereka,Ada saja masalah yang timbul...