BY : SEFFANO KAVANAABANG ISAAC
BAB 06
5 Bulan kemudiaan
Cassey sangat marah dan menyesal juga bila tiada siapa pun mahu terima dia berkerja disyarikat mereka,malah rakan-rakannya juga tiada yang mahu keluar makan atau melepak denganya lagi. Sedikit demi sedikit Cassey mula sedar yang selama ini dia hanya dipandang sebab dia punya kedudukaan tinggi disyarikat besar, berduit dan berharta tetapi bila dia jatuh semua lari dan tidak mahu didekati lagi.
"Sorry lar i sibuk..! "
"Malam ni i ada temujanji dengan boyfriend i..lagipun i gaduh dengan my boyfriend, harap maklum.. "
"Malam ni aku ada dinner dengan family aku, sorry lar kali ni aku tak nak jemput awak.. sebab kali ni untuk family aku saja.. "
"Aku tak cukup duit nak lepak dengan awak.. lagipun aku malas nak keluar malam..boring..! "
"Sorry beb...kepala i pening.. bye.. i nak tidur dulu..!"
Begitu lar alasan yang diberi oleh teman-temannya pada Cassey, Kini baru lar Cassey sedar selama ini mereka hanya dekat pada Cassey sebab duit Cassey dan mereka hanya pergunakan Cassey saja, mereka tidak pernah ikhlas bersahabat dengan Cassey.
Bila Cassey buka instagram dan facebook bukan main lagi mereka berkumpul sambil berparty mewah. Cassey bersyukur juga bila dia jatuh dia tahu siapa musuh dan siapa sahabat. Paling dia kesal lagi bila Dania guna namanya memfitnah Isaac dan Janet, nasib baik sepupunya tahu siapa dalangnya.
Lebih teruk lagi nombornya diblock oleh tiga temannya. Cassey sangat marah juga mulanya tetapi dia tetap bersyukur kerana mengetahui sikap sebenar tiga temannya itu. Mereka bertiga juga adalah kawan Dania patut lar.. pelik..!
"Hai.. Cassey..! " Sapa suara lembut itu. Cassey menoleh lalu berdiri dan memeluk gadis itu sambil menangis.
"Darl.. kenapa ni..! "
"Saya minta maaf sebab tinggalkan kamu, saya sangat menyesal.. !!saya rindukan kamu berdua..! maafkan saya, maafkan saya.. saya sangat jahat pada kamu berdua" Tangis Cassey.
"Darlingg.. cakap siapa yang kasi menangis kau, biar saya cangkul kepala dia..! " Marah seorang gadis berambut panjang tetapi diikat kemas.
"Tiga teman saya tu.. mereka hanya pergunakan saya selama ini...! "Ujar Cassey sambil menangis.
"Mereka tu bukan teman awak.. tapi Dania, kami dah tahu kau buat begini sebab mahu melindungi kami dari kejahataan Dania, Janet dah bagitahu kami semuanya.. " ujar Gadis berikat rambut itu.
"Mereka dekat saya sebab duit saya.. " ujar Cassey lalu mengesat air matanya.
"Dasar mata duitan betul...! " Marah gadis berambut pendek itu sambil mengusap-usap belakang Cassey dengan lembut.
"Maafkan saya, sebab tak dengar cakap kamu..! dan putuskan dengan persahabatan kamu berdua.. !" ujar Cassey sedih.
"Sejak bila kita putus sahabat ni, kau tetap sahabat kami dan kita adalah sahabat selamanya " Ujar gadis panjang rambut itu sambil tersenyum manis.
"Mae.. Rina i miss you so much..! "
"Miss you too darl..! "
Mereka bertiga berpelukaan erat. Cassey sangat bahagia bila dua sahabatnya masih mau berkawan dengannya, Malah Cassey menceritakan apa yang terjadi dari A hingga lar Z.
"Saya sangat jahat pada Janet, padahal Janet tu baik sangat pada saya.. saya juga jahat pada kamu berdua sebab meninggalkan kamu berdua demi mahu terkenal..! " Tangis Cassey kesal dan malu pada kedua-dua sahabatnya itu.
YOU ARE READING
ABANG ISAAC
CasualeBY:SEFFANO KAVANA ABANG ISAAC SINOPSIS Mahu membesar dua adiknya yang masih kecil bukan senang. Hati Isaac kena kuat untuk menempuh segala cabaraan dalam hidupnya agar kedua adiknya dapat meneruskan persekolahaan mereka,Ada saja masalah yang timbul...