BY: SEFFANO KAVANA
ABANG ISAAC
BAB 20
Puan Morgana memandang wajah tampan Isaac sambil tersenyum manis bila Isaac melapor semua perbuataan Uncle Martin itu pada Puan Morgana tanpa ada satu pun yang tinggal.Puan Morgana kemudiaan melihat dan mendengar kesemua rakaman video itu Uncle Martin yang merencana mahu membunuh Puan Morgana.
Isaac bercakap siap dengan buktinya sekali.Puan Morgana sangat berpuas hati pada hasil kerja Isaac.Wanita itu gembira kerana akhirnya semua surat wasiat ibubapanya berjaya dirampasnya semula atas bantuan Isaac.
Rupanya selama ini Uncle Martin hanya memperdayakannya dengan berpura-pura berkawin dengannya demi mahu merampas semua harta yang dimiliki oleh Puan Morgana kerana Puan Morgana adalah seorang anak bangsawan.
Apa yang membuat hati Puan Morgana amat terkilan adalah Uncle Martin juga sanggup mahu membunuh anak Puan Morgana tetapi anak itu diselamatkan oleh pengasuhnya.
Puan Morgana kini sudah boleh tidur lena kerana anak lelakinya kini berada disisinya dan putera yang balasan tahun kini ada didepan matanya,malah Isaac yang sendiri membawa anak itu kepadanya.
Puan Morgana hanya tersenyum melihat Duncan bermain-main dengan anjing kesayangan ibunya. Lady Marsha dan kakaknya membebel bila Duncan mengusik mereka.
"Duncan tu seorang anak yang bijak, baik dan punya bakat macam auntie.. degil dan tidak boleh duduk diam..!" Ujar Isaac lalu berdiri disebelah Puan Morgana.
"Terima kasih Isaac kerana menjaga dan bawa anak auntie kembali..!"
"Abanggg Isaacccc...!!! Mami...!!!"
Mata Puan Morgana terbesar bila Duncan memanggilnya mami,hatinya sangat gembira kerana akhirnya Duncan menerimanya sebagai ibunya.
Duncan melambai-lambai kearah Isaac dan ibunya,kedua-dua manusia itu membalas lambaiannya.
"Jom..kita kesana auntie..karang ada budak merajuk pula..satu lagi sikap Duncan yang Auntie tak tahu.."
"Apa dia..."
"Duncan kuat merajuk dan..."
"Ehh..mana ada Duncan kuat merajuk..!" Duncan berlari lalu memeluk ibunya.Puan Morgana membelai rambut Duncan.
"Mami...!"
"Oke..saya tinggalkan kamu sini dulu yaa..bye"Ujar Isaac lalu berlalu pergi. Isaac tersenyum gembira bila mendengar Duncan bermanja dengan ibunya,Biar lar mereka bahagia berdua lagipun mereka anak beranak sudah terpisah sangat lama.
🍎🍎🍎🍎🍎🍎🍎🍎🍎🍎🍎🍎🍎🍎
Daniel memandang dirinya didepan cermin, lalu meraup mukanya. Daniel kecewa bila tidak dapat memiliki Janet.
Malah sudah banyak kali Isaac menyelamatkan nyawanya dan akhirnya Daniel sedar kalau Janet sangat menyintai Isaac.
Malah minggu lalu Daniel ada bertemu dengan Isaac dan meminta maaf pada lelaki itu kerana mengganggu rumahtangga mereka selama ini.Tetapi sedikit pun Isaac tidak memarahinya.Daniel sedar kalau dia bukan lar pesaing Isaac.
Daniel perasaan kalau selama ini dia
seperti dilindungi sesuai apa yang dikatakan oleh Isaac."Awak jangn risau orang-orang saya akan melindungi awak dan tiada sesiapa pun boleh sakiti awak hanya saya saja.."
Semalam Daniel hampir dirompak tetapi empat lelaki berpakaian serba hitam datang menyelamatkannya dan membawa pergi 6 orang perompak itu.
Daniel tersenyum gembira kerana dia merasa selamat kini, dan sekarang Daniel sudah ada kekasih yang seiras wajah Janet tetapi Janet lebih cantik dari kekasihnya tetapi bukan itu yang Daniel mahu tetapi Daniel hanya mahu kejujuraan dan kesetiaan dari kekasihnya dan sopan santun juga harus ada.

YOU ARE READING
ABANG ISAAC
RandomBY:SEFFANO KAVANA ABANG ISAAC SINOPSIS Mahu membesar dua adiknya yang masih kecil bukan senang. Hati Isaac kena kuat untuk menempuh segala cabaraan dalam hidupnya agar kedua adiknya dapat meneruskan persekolahaan mereka,Ada saja masalah yang timbul...