ABANG ISAAC-07

2 0 0
                                    


BY: SEFFANO KAVANA

ABANG ISAAC

BAB 07


Cassey memeluk adik sepupunya itu dengan erat dan meminta maaf pada Janet dan Cassey menceritakan kesemua tentang fitnah yang dilempar oleh Dania terhadap Isaac dan Janet dulu.

Janet memaafkan kakak sepupunya itu dia tahu Cassey pasti diugut oleh mereka sebab Janet tahu siapa Cassey,  mereka bergaduh pun tidak lar seteruk itu,Janet tahu macam mana sikap sebenar Cassey, Cassey tidak sejahat yang orang fikirkan..!

Cuma Dania yang ambil kesempataan pada kebaikaan Cassey sebab Dania tahu Cassey lurus orangnya.

Isaac hanya duduk diam sambil mengawasi isterinya agar tidak ada sesiapa pun menyakiti Janet, Rina dan Mae juga ada disitu dan mencuri-curi pandang wajah tampan  Isaac itu.

"Kalau saya tak ikut apa yang mereka cakap ... mereka akan bunuh awak..dan bunuh Isaac saya tak tahu mengapa mereka benci pada awak dan Isaac... !terutama sekali auntie Dekna tu.. dia sangat benci pada awak berdua.. tapi dia sangat benci pada suami awak.. " Ujar Cassey ingin tahu.

Cassey pandang kearah Isaac yang sedang berbual-bual dengan Liam tunang Rina, tetapi mata Isaac sentiasa mengawasi Janet dari jauh.

Dia tidak mahu mengganggu perbualaan antara Janet dan Cassey, dia akan bertindak jika Cassey mengasari Janet.

"Ohh.. auntie Dekna.! Uncle Chan ada cerita saya pasal perempuan sihir tu.. dulu dia pernah dera Evan dan Ivy dan itu membuatkan Isaac sangat marah pada perempuan sihir tu..berani-berani dia sentuh adik-adik saya..!! " Ujar Janet geram pula dia.

"So, awak kena hati-hati mulai hari ini tak kira lar sesaat kar! seminit kar atau apa-apa saja lar tak kira hari apa..! , sebab Heidi dan Auntie Dekna tidak akan duduk diam, terutama sekali Heidi... dia sangat obses pada Isaac..! dan kau kena berhati-hati pada Dania juga kerana kalau dia tahu siapa Isaac nanti... Heidi juga bakal disingkirkannya.." ujar Cassey geram.

Gara-gara Heidi lar juga dia dan Kenzo putus dulu dan Kenzo lar juga yang meninggalkannya dan memilih Heidi sebagai kekasihnya.

"Dia selalu datang jumpa Isaac dibengkel..! " ujar Janet cemburu. Cassey tertawa melihat wajah cemburu Janet.

"Tu awak jangan risau.. Abang Kane dan Abang Ikram kan ada..! untuk jaga Isaac disana.. "

"Abang Kane dah berhenti kerja.. dia bantu bisnes keluarganya...err, Abang Kane tak bagitau pula dimana , mungkin Uncle Chan tau.. "ujar Janet.

Cassey hanya mengangguk saja dan dia juga risau tentang keselamataannya juga. Cassey tahu Auntie Dekna,Puan Kartini ,Dania dan Heidi akan mencarinya nanti..!

"Semalam Kenzo datang kerumah kami dan Kenzo tu abang sepupu Isaac..! "

"Apa...!! se.. sepupu Isaac..! "

Janet tergelak ketawa melihat reaksi Cassey itu. Cassey menutup mulutnya bila Isaac memandangnya dengan pandangan tajam.

"Heyy.. macam mana awak boleh hidup dengan Isaac arr.. tengok lar tetapan matanya itu sudah cukup buat aku kecut perut.. " Rungut Cassey
Janet hanya ketawa saja.

"Sambung cerita awak tadi tu.."Ujar  Cassey ingin tahu pula pasal Kenzo.

"Kenzo masih cari awak dan masih sayang pada awak, dia menyesal atas perbuataannya dulu..Kenzo masih ada disini, Kenzo cakap dia ada meeting dengan Uncle Vince dan akan pikat awak semula.. " Ujar Janet dengan wajah mengusik.

"Saya tak mahu jumpa Kenzo...!!" Tegas Cassey, Janet faham akan perasaan Cassey, mana tidak bercinta tiga tahun dengan Kenzo tetiba putus ditengah jalan tanpa Cassey tahu apa sebabnya..!

ABANG ISAACWhere stories live. Discover now