ABANG ISAAC-11

0 0 0
                                    

BY : SEFFANO KAVANA

ABANG ISAAC

BAB 11

Mae berlari anak menaiki tangga belum sempat dia masuk kedalam lif dia sudah terlanggar seseorang dan habis pakaian orang itu tertumpah Milk teanya.

"Err..sorry awak.. ni wang buat ganti baju awak oke bye..!! " Mae terus melompat masuk kedalam lif itu, belum sempat pintu lif itu tertutup lelaki itu juga masuk kedalam lif.

"Awak.. jangan marah saya dulu, tunggu lepas saya selesai temuduga hari ini.. oke, nanti kita bincang hal ni... err, ketepi sikit saya nak keluar dulu..! "

Lelaki itu hanya terpinga-pinga saja dan dia hanya ditertawa oleh dua sahabat baiknya.

"Gadis tu comel betul lar.. awak dah jumpa persaing awak ,Jude.. !" Ujar  Warren lalu ketawa. Nampaknya ego Jude telah diruntuhkan oleh gadis comel itu.

"Dia tak bagi awak peluang bercakap langsung... i like her..! cute ja dia marah awak..! tadi aku nampak borang temuduganya..hari ni disyarikat kita..! "Ujar Desimond sambil tersenyum-senyum pada sahabatnya itu.

Jude tersenyum, dia akan balas dendam pada gadis kecil molek itu, belum pernah lagi dia dibentak oleh mana-mana teman wanitanya . Teman Wanita...? maaf dia tiada teman wanita pun..!

Mereka bukan teman wanitanya tetapi mereka yang mahu mendekatinya kerana dia tampan, kaya dan sentiasa menjadi perhatiaan..! tetapi Jude tidak pernah keluar makan dengan mereka jauh sekali keluar dating dengan perempuan-perempuan gedik itu.

Hati Jude belum terbuka lagi mahu bercinta dan sebentar tadi gadis itu sudah buat hatinya berdegup kuat.

"Dina datang tu..! " Bisik Warren, Desimond pula sudah hilang entah ke mana. Warren dan Jude memandang kearah beberapa orang gadis yang mahu mengisi kekosongan jawatan setiausaha untuk Jude.

Kesemua gadis-gadis itu memandang kearah dua pemuda tampan itu sambil melempar senyuman paling manis pada dua pemuda tampan itu,pemuda yang baru masuk tadi juga nampak tampan, bergaya dan berkrisma..!

Harap mereka gadis yang lincah, tahan tukul dan tahan kena maki dan tahan dengan sikap baran Jude itu.  Sebab bekas setiausaha Jude hanya bertahan sebulan saja..! paling lama pun hanya 3 bulan saja mereka tidak tahan dengan sikap Jude yang suka mengamuk itu.

"Perempuan gedik ni lagi..!" Keluh Jude menyampah. Wajahnya sudah tegang. Wajahnya tampak bengis tidak padan dengan wajah kacaknya itu.

"Hai.. sayang.. " Ujar Dina dengan suara manja. Warren mencebik bibirnya tidak suka. Jude berlalu pergi. Warren melangkah dengan pantas dan masuk ke bilik khas untuk temuduga bakal perkerja baru.

"Sayang...! kenapa dengan baju you ni.. " Ujar Dina lalu merangkul lengan Jude, Jude menepis kasar tangan Dina,  Dina hampir jatuh juga. Nasib baik lar dia dapat mengimbangi tubuhnya.

"Awak panggil sayang  siapa ni hah..! " Tegas Jude, Dina terkejut dengan perubahaan Jude itu kerana Jude tidak pernah membentaknya begitu kasar sebelum ini.

"Dengan you lar i panggil sayang..!sayang.. you tak rindu i kar..! " ujar Dina lembut dan tetap tidak mahu berputus asa memikat hati Jude.

"Tak...! buat apa saya nak rindu awak,kau tu bukan kekasih saya pun...!! awak dah tua pun..! sorry auntie,saya dah ada tunang..! "Ujar Jude lalu berlalu pergi, Dina memegang wajahnya. Dia dah nampak tua sangat kar..! Tidakkkk..!!

"Heiii.. i bukan auntie lar...!!!  i masih muda lagi..! " Marah Dina. Dan kesemua gadis-gadis itu memandang kearahnya dengan pandangan meluat.

"Apa tengok-tengok..!! " Marah Dina.  Gadis-gadis itu mencebik bibir mereka,meluat. Tapi tidak juga Dina berani bawa mereka bertengkar.

ABANG ISAACWhere stories live. Discover now