ABANG ISAAC-16

0 0 0
                                    

BY:SEFFANO KAVANA

ABANG ISAAC

BAB 16


Isaac masuk kebilik pejabat bapanya dan menutup pintu bilik itu lalu melangkah menuju kearah meja pejabat itu, mata Isaac memandang kearah rak fail itu, Isaac tersenyum.

"Saya dah agak dah.. mesti ada pengkianat dalam rumah ni.. " Bisik hati Isaac lalu melangkah kearah tingkap bilik pejabat itu,lalu memandang kearah Evan dan Ivy yang diajar berenang oleh guru renang mereka.

Isaac tersenyum melihat gelagat itu dan tersenyum melihat isterinya tertawa melihat gelagat adik-adik iparnya. Janet tampak begitu cantik pula.

"Tuan muda boleh saya bantu.. "

Isaac tersentak juga lalu menoleh kebelakang dan wajah Isaac cukup bengis melihat seorang perempuan muda ada disitu.

"Siapa benarkan kau masuk disini hah..!!! keluar sekaranggg..!! " Herdik Isaac dengan suara yang lantang dan garang, hingga Janet juga terdengar dari situ.

Perempuan itu berlari keluar dan dua bodyguard Isaac berlari masuk tetapi salah seorang bodyguard Isaac sempat memarahi perempuan itu sebelum masuk kebilik pejabat itu.

"Siapa benarkan perempuan tu masuk disini...!! " Marah Isaac dengan suara lantang.

"Maafkan kami tuan..! kami tidak tahu siapa yang benarkan dia masuk disini.. maafkan kami sebab.."

"Sudah...! saya tak mahu dengar sebarang alasan lagi..! "

"Bie..bie oke kar.. " Ujar Janet lembut, Isaac memeluk erat isterinya.

"Jangan tinggalkan saya, saya takut... " ujar Isaac, Janet mengusap-usap belakang suaminya.

"Ini Anding dan Ben lar..err, awak berdua boleh keluar.. biarkan dia bersendiriaan dulu..maaf ya, kalau dia berkasar macam ni..dia cuma tak ingat awak berdua. "Ujar Janet lembut dan serba salah pada dua bodyguard itu.

"Tak apa Puan muda, memang patut Tuan marah kami sebab lalai pada kerja kami..dan kami faham keadaan tuan " Ujar Ben tenang tetapi serba salah kerana tidak berjaya menjaga keselamataan majikaan mereka.

Janet hanya mengangguk, Janet bukan tidak tahu Isaac juga sangat dingin orangnya, terkadang dia akan tampak bengis. Anding dan Ben berlalu pergi dan keluar dari bilik pejabat besar itu.

Janet terkejut bila tubuhnya dipeluk erat oleh Isaac, bibirnya juga dikucup oleh Isaac. Janet menolak lembut tubuh Isaac tetapi pelukaan itu dieratkan lagi oleh Isaac.

"Sial...!! "Marah perempuan itu pada dirinya kerana tidak menyangka Isaac bertukar jadi ganas pula tadi. Dia hampir pengsan mendengar suara garang dan wajah bengis Isaac tadi.

Dia menyangka bila berkerja disitu dia kan berjaya menggoda lelaki tampan itu dan menjadikan Janet persaing untuknya ternyata Janet sangat dicintai oleh suaminya.

"Denna...! "

"Ya, kak Nera..! "

PANG...!!!

"Berani-berani kau masuk dibilik tu..! kan akak dah pesan pada awak.. bilik tu jangan sesekali masuk..! " Marah Kak Nera dengan wajah bengis.

Semua perkerja disitu hanya tunduk diam saja, mereka memang takut pada wanita cantik itu, cantik tapi sangat berbahaya. Denna hanya tunduk saja, kecut juga perut Denna bila dia ditampar oleh Kak Nera.

"Kau ni jenis perempuan yang tiada maruah kan..kau fikir kau boleh jadi puan besar disini..!! hanya Puan Janet saja yang layak jadi puan besar sini..! kau dipecat..!!! " Marah Kak Nera dengan garang.

ABANG ISAACTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang