NADIA merenung ikan-ikan koi yang berenang bebas di dalam kolam itu. Tidak semena-mena, fikirannya melayang mengingatkan peristiwa yang berlaku malam tadi. Dia pejam mata rapat sebelum meraup wajahnya.
“Kenapa dengan diri aku semalam? Kenapa aku begitu berani bertindak begitu? Argh! Memalukan! Macam mana aku nak hadap dia?” keluh Nadia. Dia sendiri tidak tahu dari mana datangnya keberanian itu.
Namun, apabila dia fikirkan balik, apa yang berlaku semalam tak akan dapat diundur kembali. Menyesal pun sudah tiada guna. Mahu tak mahu, dia perlu terima kenyataan yang dia sudah bergelar isteri kepada Aidan dalam erti kata yang sebenar. Terfikir juga, apa hala tuju hubungan mereka selepas ini. Akan bahagia kah mereka memandangkan mereka berkahwin bukan atas dasar cinta. Dia sedar, yang dia dan Aidan masih orang asing.
Pun begitu, dia akan pastikan perkahwinan ini akan kekal sampai bila-bila. Kata orang bercinta lepas nikah itu lebih manis. Dia yakin rasa cinta itu akan hadir juga dalam diri mereka.
“Assalamualaikum,” sapa Aidan. Tersentak kecil Nadia apabila suara garau itu menyapa pendengarannya. Tidak semena-mena jantungnya berdetak laju.
“Waalaikumussalam. Selamat pagi,” jawab Nadia tanpa memandang Aidan. Dia cuba kawal riak gugupnya. Macam mana tak gugup, kejadian semalam masih menghantui fikirannya.
Aidan tidak membalas malah terus mengambil tempat di sebelah isterinya.
“Kenapa tak nak pandang aku? Kau malu sebabkan hal semalam ke?” soal Aidan dengan nada mendatar.
“Diam lah.”
Aidan kemam bibir tahan tawa.
“Kenapa nak malu? Kau sendiri yang mulakan dulu. Aku tak sangka yang kau ni boleh tahan nakal,” usik Aidan nakal. Nadia merengus geram.
“Anggap ajelah saya kena rasuk semalam.” Mudah saja Nadia membalas. Lantas, Berdekah Aidan ketawa.
“Kau menyesal?” soal Aidan. Masih ada sisa ketawa.
“Sudah terlambat untuk menyesal. Benda bukan boleh dikembalikan pun. Sudahlah. Tak nak cakap fasal ni,” balas Nadia. Wajahnya sudah merah padam apabila topik itu dibahas.
“Anggap ajelah apa yang berlaku antara kita tu atas kerelaan kita. Kalau ditakdirkan kau mengandung, aku akan bertanggungjawab. Jadi jangan risau,” ujar Aidan
Nadia diam. Lega hatinya apabila mendengar butir bicara Aidan itu.
“Awak masih cintakan bekas tunang awak?” soal Nadia. Wajah tampan Aidan direnung tanpa lepas. Walaupun ada kumis nipis di wajah lelaki itu. Namun, tidak mencacatkan rupa tampan itu. Malah Aidan lebih nampak maskulin dan matang dari usia sebenarnya.
“Safira tu cinta pertama aku. Selalu orang cakap cinta pertama tu sukar untuk dilupakan. Sebabnya, cinta pertama tu mengajar kita pahit dan manis di dalam alam percintaan. Tetapi tak semua cinta pertama tu boleh jadi cinta terakhir. Macam aku dan Safira. Kami dah tak ada jodoh walaupun bertahun-tahun bercinta.”
YOU ARE READING
[COMPLETED] AIDAN DAN NADIA
RomanceAIDAN NAZHAN x NADIA ATHIRAH Tidak pernah terlintas dalam fikiran Nadia Athirah untuk berkahwin. Namun gara-gara desakan daripada sang ibu yang memintanya kahwin, terpaksa juga dia mencari calon suami. Jika dia tidak jumpa calon suami dalam tempoh y...