SAFIRA menghembus nafas berat. Skrin telefon yang memaparkan status instagram milik Aidan direnung dengan perasaan sedih. Kapsyen yang tertera di situ dibaca berulang kali. Seakan tidak percaya bahawa lelaki yang pernah dia cinta sudah menjadi suami kepada perempuan lain.
“Date night with my wife.”
Safira terus keluar dari aplikasi instagram. Tidak mahu lagi melihat hantaran itu. Hatinya terlalu sakit. Rasa menyesal makin menghantui diri. Kalaulah dia berfikir panjang sebelum membuat keputusan itu, pasti sekarang ini dialah isteri kepada Aidan Nazhan. Namun, dia harus terima semua yang berlaku itu sudah tertulis. Benar kata sahabatnya Zatul. Dia dan Aidan tiada jodoh.
Dia manusia biasa yang tidak layak mempertikaikan takdir yang sudah tertulis. Mahu tak mahu, dia perlu move on.
Tetapi dia ada terfikir, bagaimana Aidan dan Nadia boleh bertemu? Setahunya Aidan tak ada kenalan perempuan yang dia tidak kenal. Tertanya-tanya juga, siapa Nadia Athirah itu. Begitu cepat Aidan jatuh cinta dengan perempuan itu. Tiba-tiba, hatinya timbul rasa cemburu.
“Safira...”
Tersentak Safira. Bibirnya menguntum senyum nipis apabila wajah si bapa menyapa pandangannya.
“Eh ayah? Bukan ayah dah tidur ke?” tanya Safira. Setahunya ayahnya sudah masuk tidur. Lagipun sekarang sudah pukul 11 malam.
“Ayah terjaga. Lepas tu ayah rasa dahaga, ayah turunlah ke dapur. Kemudian, nak masuk tidur balik, ayah nampak pintu rumah terbuka. Ayah fikir Fira lupa nak kunci pintu. Alih-alih ayah nampak Fira dekat sini,” balas Encik Sufian panjang lebar. Dia terus melabuhkan punggung di sebelah anak gadisnya.
“Oh...” Itu saja respons yang Safira berikan.
“Anak ayah ni kenapa? Nampak macam ada masalah aje? Tak nak kongsi dengan ayah?”
Safira hela nafas berat.
“Petang tadi, Fira terjumpa dengan Aidan dekat mall,” cerita Safira. Terkejut Encik Sufian.
“Sungguh? Aidan sihat?” Semenjak kejadian Aidan berkahwin dengan orang lain, dia tidak lagi bertemu dengan Aidan. Jujur, dia rindukan Aidan. Lelaki yang sudah dianggap anak sendiri.
“Dia sihat aje ayah. Malah nampak lebih bahagia lepas kahwin dengan orang lain,” balas Safira mendatar. Encik Sufian hembus nafas. Bukan dia tidak perasaan air muka sedih anak gadisnya itu.
“Fira kecewa?” tanya Encik Sufian. Air matanya jatuh apabila si ayah bertanyakan soalan begitu.
“Fira masih cintakan Aidan. Fira cemburu bila tengok dia bahagia dengan perempuan lain. Kalau Fira tak ikut hasutan kawan, mesti Safira dah bahagia dengan Aidan.”
Encik Sufian menggeleng kepala seraya beristighfar dalam hati.
“Tak baik cakap macam tu Fira. Apa yang dah terjadi ni semuanya ketentuan Allah. Semuanya takdir Allah. Berdosa mempertikaikan ketentuanNYA.”
YOU ARE READING
[COMPLETED] AIDAN DAN NADIA
RomanceAIDAN NAZHAN x NADIA ATHIRAH Tidak pernah terlintas dalam fikiran Nadia Athirah untuk berkahwin. Namun gara-gara desakan daripada sang ibu yang memintanya kahwin, terpaksa juga dia mencari calon suami. Jika dia tidak jumpa calon suami dalam tempoh y...