Beberapa bulan kemudian.
AIDAN menanggalkan kasut lalu menyimpan di dalam rak kasut. Belum sempat nak pegang tombol pintu, telefon bimbitnya berdering. Segera dia mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluarnya. Skrin yang memaparkan nama pemanggil yang amat dia kenali. Nafas berat dihela sebelum dia jawab panggilan tersebut.
“Assalamualaikum Aidan.” Si pemanggil terlebih dahulu memberi salam.
“Waalaikumussalam ayah.”
Aidan bergerak menjauhi pintu rumah. Melangkah menuju ke bonet belakang kereta. Belakang tubuhnya disandarkan di situ.
“Lama ayah tak jumpa Aidan. Kamu sihat?”
Aidan menguntum senyum kecil.
“Aidan sihat ayah. Maafkan Aidan sebab dah lama tak jumpa ayah.” Sungguh Aidan rasa serba salah sekarang.
“Tak apa. Ayah faham. Baguslah kalau kamu sihat. Maaf kalau ayah dah ganggu kamu.”
Tiba-tiba, pendengaran Aidan menangkap bunyi batuk. Riak wajah Aidan berubah risau.
“Ayah okey tak? Aidan dengar ayah batuk-batuk.”
Encik Sufian ketawa kecil.
“Ayah tak sihat sikit. Ini pun baru lepas makan ubat.”
“Fira ada tak dekat rumah? Dia tak bawa ayah pergi klinik?” soal Aidan. Hatinya jadi tak tenang memikirkan kesihatan lelaki separuh usia itu.
“Fira ada. Fira dah ajak tapi ayah yang tak nak.”
“Tak boleh macam tu ayah. Kena juga pergi periksa kesihatan tu. Tak boleh bergantung dengan ubat aje,” kata Aidan penuh kerisauan.
“Kamu masih ambil berat tentang ayah,” kata Encik Sufian bersama tawa.
“Aidan dah anggap ayah macam ayah kandung Aidan sendiri. Insya-Allah, esok Aidan datang jumpa ayah.”
“Yalah Aidan. Bawalah isteri kamu sekali. Boleh ayah berkenalan dengan dia juga.”
“Insya-Allah ayah.”
Lagi sekali Encik Sufian batuk. Makin bertimpa-timpa rasa risau Aidan.
“Tak apalah Aidan. Ayah nak rehat kejap. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.” Perlahan Aidan membalas salam. Skrin telefon direnung sebelum nafas berat dilepaskan. Rasa bersalah bertimpa-timpa kerana dia langsung tidak menjenguk Encik Sufian sejak dia dan Safira tidak ada apa-apa hubungan lagi. Bahkan, selama itu juga dia langsung tidak menghubungi lelaki separuh usia itu.
“Ya Allah. Anak jenis apa aku ni? Langsung tak ambil tahu perihal ayah,” keluh Aidan. Rambut yang sedikit menutupi dahi di kuak ke belakang. Telefon bimbit disimpan ke dalam poket seluar. Nafas ditarik dan dihembus perlahan. Kemudian dia pusing belakang.
YOU ARE READING
[COMPLETED] AIDAN DAN NADIA
RomanceAIDAN NAZHAN x NADIA ATHIRAH Tidak pernah terlintas dalam fikiran Nadia Athirah untuk berkahwin. Namun gara-gara desakan daripada sang ibu yang memintanya kahwin, terpaksa juga dia mencari calon suami. Jika dia tidak jumpa calon suami dalam tempoh y...