AN 06

359 17 1
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.












“MACAM mana kehidupan Nad lepas kahwin ni?” tanya Puan Natrah. Nadia menguntum senyum nipis.

“Okey aje ma. Kenapa? Mama risau Nad tak bahagia seperti yang mama harapkan?” duga Nadia.

“Mestilah mama risau. Nad kahwin dengan Aidan bukan atas dasar cinta. Malah, kamu berdua baru aje jumpa dah terus kahwin. Belum kenal sepenuhnya lagi. Mama takut aje,” ujar Puan Natrah dengan nada penuh kerisauan. Nadia ukir senyum kecil.

“Ma, Nadia yakin Aidan baik. Lagipun Nadia memang dah lama kenal keluarga dia. Naziha tu kan kawan baik Nad sejak sekolah menengah lagi,” ujar Nadia.

“Ya, mama tahu. Tapi ada Nad pernah jumpa Aidan selama Nad berkawan dengan Ziha?” tanya Puan Natrah. Nadia terdiam sebelum menggeleng kepala.

“Tak ada ma. Tapi ma, kalau mak mentua Nad pun baik, mestilah anak-anak dia pun baik. Sekarang ni Nad dah kahwin. Nad dah tunaikan apa yang mama nak. Jadi Nad harap mama doakan kami berdua bahagia,” kata Nadia. Puan Natrah menguntum senyum mekar.

“Mama sentiasa doakan kebahagiaan Nad dan Aidan. Jadi isteri yang baik,” pesan wanita separuh abad itu.

“Insya-Allah. Terima kasih ma,” balas Nadia dengan nada teruja. Puan Natrah memerhati wajah anaknya. Nampak berseri dan bahagia. Jujur, hatinya lega.

“Mama nampak anak perempuan mama ni gembira,” tegur Puan Mariam. Nada ketawa kecil.

“Sebenarnya kan... 3 hari sebelum Nad jadi isteri Aidan, Nad dah buat solat istikharah. Hari yang sama juga Nad dapat petunjuk. Sebab tu Nad yakin yang Aidan tu memang ditakdirkan untuk Nad,” balas Nadia.

“Alhamdulillah. Allah permudahkan urusan Nad. Sekejap aje Nad jumpa jodoh. Sebab tu solat jangan tinggal. Lepas solat, berdoa pada Allah,” kata Puan Natrah. Nadia angguk kepala tanda setuju dengan kata-kata mamanya itu.

“Ingat, sesibuk mana pun Nad, solat jangan pernah tinggal,” pesan Puan Natrah dengan nada tegas.

“Baik ma. Nad tak akan lupa pesan mama.”

Tanpa mereka sedar, Aidan mendengar semua perbualan mereka. Dia menguntum senyuman kecil.











FIGURA si isteri dicari. Di bilik tidur, bilik air, dapur, ruang tamu juga tiada. Malah, Aidan mencari di setiap pelosok ruang dalam rumah itu juga tiada. Ke mana isterinya pergi?

“Mana dia menghilang?” omel Aidan. Rambut yang menutupi dahi di sebak ke belakang. Langkah dihayun menuju ke luar rumah.

“Cari isteri ke Aidan?” tegur Puan Natrah. Lantas, Aidan paling ke arah datangnya teguran itu. Bibir mengoyakkan senyuman apabila pandangannya jatuh pada susuk tubuh ibu mentua yang sedang menanam pokok bunga. Dia tidak menyangka bahawa ibu mentuanya juga ada minat yang sama dengan ibunya. Aidan terus melangkah ke arah Puan Natrah.

[COMPLETED] AIDAN DAN NADIA Where stories live. Discover now