Chapter 1

2.5K 74 12
                                    

Iruka mundar-mandir dengan gelisah dan resah sambil melihat alat uji kehamilan bertanda positif ditangannya. Dia mengibas dihadapannya seolah alat itu kipas kertas. Dia terus berdoa dan bermohon agar entah bagaimana keputusan itu akan berubah.

Guru akademi itu gugup, peluh berembun di dahi. Menggigil gementar berharap ujian positif itu hanya kesalahan. Tetapi melihat dari simptom yang dilaluinya. Dia merasakan harapan itu bakal terkubur lebur.

Guru akademi itu merenung wajah sembamnya di kaca, pantulan wajahnya benar-benar mengerikan. Sudah beberapa minggu kebelakangan ini dia tidak dapat tidur dengan baik.

Ketukan bertalu-talu menariknya dari lamunan, Iruka meraup wajahnya kasar berharap ini hanya mimpi ngeri yang perlu dia lalui lagi dan lagi. Alat penguji itu diselitkan di celah vest chuninnya.

Chunin sensei itu mengeluh apabila ketukan tidak sabar itu berterusan dengan namanya dilaungkan. Dia membuka air dan menyimbah ke wajahnya untuk beberapa kali. Pili air dimatikan semula. Dia perlu keluar dan menghadapi hebatnya cabaran hidup.

Apabila pintu dibuka wajah geram Kotetsu menghiasi pandangannya. Chunin itu mencebik sambil melingkari tangannya didada.

"Apa yang awak buat lama sangat? Saya fikir awak tidur disana!" Kotetsu merengus kemudian berpaling untuk keluar. "Kita perlu bergerak segera atau kita akan tiba di Konoha menjelang tengah malam" lelaki itu berjalan pergi tanpa menunggu guru itu sama ada mengikutinya atau tidak.

Iruka tidak berkata apa-apa lagi. Dia segera mengumpul barang-barangnya dan meninggalkan bilik penginapan itu dan mengikuti langkah rakan seperjuangannya berambut hitam pekat.

Ketika dia melepaskan meja penyambut tetamu, dia sempat membalas senyuman dengan wanita penjaga penginapan itu. Dalam diam dia sebenarnya menyumpah wanita itu. Jika tidak kerana wanita itu, dia tidak dalam keadaan kesal dan bingung.

Lima hari mereka menginap di rumah tumpangan itu kerana misi yang perlu diselesaikan. Hanya misi mudah. Dia telah mendapat permintaan untuk menguji cakra kanak-kanak kampung itu.

Daripada dua puluh hanya sembilan daripada mereka yang layak menjadi shinobi dan yang lain, dia terpaksa mengecewakan mereka tetapi memberi mereka sedikit nasihat tentang usaha yang besar tidak akan pernah mengecewakan diri sendiri.

Dia telah memberitahu tentang seorang shinobi tanpa kawalan dan rizab cakra yang baik tapi sangat berusaha keras dan kini menjadi antara shinobi yang hebat. Wajah anak didik Maito Gai telah tergambar di mindanya ketika itu.

Nah! Kotetsu dan Izumo hanya tambahan sebagai pengiringnya walaupun guru chunin itu telah membantah kepada hokage kerana dia tidak memerlukan pengiring tetapi itu bukan masalah sekarang.

Masalahnya sekarang adalah wanita manis berpakaian kimono berwarna biru lembut yang duduk tersenyum kepada pelanggan di meja pendaftaran adalah sebab mengapa kepala Iruka berdengung dengan masalah.

Izumo dan Kotetsu mungkin tidak tahu kerana kedua shinobi itu telah dia bebaskan untuk melakukan apa saja yang mereka mahu sepanjang dia menguji cakra kanak-kanak.

Tetapi wanita perihatin itu telah menyedari bahawa guru akademi itu sebenarnya tidak sihat sejak shinobi Konoha itu menjejaki kaki mereka ke Rumah Teratai. Dia telah menjaga lelaki itu seketika apabila demam, loya, muntah dan sakit kepala menyerangnya.

Omedetō, Anata wa Chichioyadesu! (Mpreg)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang