Chapter 19

329 21 10
                                    

Kakashi membalas dakapan Iruka dengan senang hati sehinggalah dia mendengar esak tangisan lembut daripada guru chuninnya.

Dengan segera dia menjarakan tubuh mereka dan menyentuh wajah menangis itu. Cuba menghapuskan air matanya "Hei, kenapa awak menangis, saya minta maaf saya tak bermaksud nak buat awak menangis"

Iruka menggelengkan kepalanya dengan lembut lantas mengambil tangan Kakashi yang menekup pipinya. Menghirup nafas beberapa kali sebelum merenung mata risau Kakashi.

"Saya juga, saya telah memikirkannya berhari-hari. Saya hampir takut.. sangat takut saat hampir waktu bersalin kerana saya akan terpaksa keluar dari rumah awak, terpaksa hidup tanpa awak yang selama ini telah menjadi tempat saya berteduh." Dia berhenti untuk mengambil nafas.

"Hampir setiap hari saya berfikir bagaimana takutnya hidup saya tanpa awak. Saya tahu saya pentingkan diri sendiri kerana mahukan awak untuk saya sendiri, saya... saya kejam kerana mahukan setiap masa awak hanya untuk saya, saya mahu awak hanya memandang saya bukan orang lain." Kakashi tersenyum lembut mendengar pengakuan itu.

"Saya fikir saya gila kerana saya cintakan awak... Saya cintakan awak sepenuh hati. Saya sayangkan awak Kakashi, Kashi saya, cahaya saya" Kakashi dengan lembut mengusap air mata yang masih mengalir lembut. Iruka sedikit mencondong dengan sentuhan kasih itu.

Kakashi akan menafikan bahawa dia bukan cahaya Iruka, malah Iruka adalah cahayanya, cahaya yang menariknya dari kegelapan. Cahaya yang menuntun jalannya yang selama ini gelap. Tetapi dia hanya membisu mendengar pengakuan guru itu. Hatinya kini sarat dengan pelbagai perasaan gembira.

"Saya mahu awak. Saya mahu hidup dengan awak, saya mahu jadi seseorang yang awak mahu pulang. Saya mahu jaga awak, melindungi awak. Saya mahukan segalanya dari awak. Segala-galanya saya akan serahkan kepada awak termasuk nyawa saya jika itu mengembirakan awak" Bisik Iruka sambil menarik Kakashi untuk memcium lembut bibir tertutup itu.

"Iruka sayang saya"

Kakashi tidak menunggu lama untuk membawa Iruka sekali lagi ke dalam pelukan hangatnya. Dia terus membenam wajah di celah leher Iruka. Menghirup bahu khas guru yang sangat di kenali.

Dia tidak boleh lagi hidup tanpa guru ini. Iruka adalah segala-galanya untuknya. Cahaya mataharinya. Pelita jalannya. Dia mahu menuntut guru ini. Menjerit kepada dunia bahawa Iruka adalah miliknya, bahawa Umino hak milik Hatake. Bahawa Iruka Umino adalah kepunyaan Kakashi Hatake.

Di satu sudut pohon berdiri Genma  dan Tenzo yang telah menjadi saksi pengakuan cinta yang tidak disangka mereka. Tenzo adalah orang pertama yang berdiri di sana kerana kedatangan untuk memanggil Kakashi kerana lelaki itu diperlukan Hokage.

Tetapi ketika dia melihat bekas ANBU itu sedang membimbing guru hamil itu pulang dia hanya menunggu dan mengikut secara senyap.

Manakala Genma telah muncul sebaik melihat Tenzo bersembunyi dan terkejut apabila diarahkan diam dan menunjukkan kebawah satu pohon tepat dimana Iruka dan Kakashi berdiri.

"Akhirnya mereka mengakuinya" Genma berbisik perlahan.

"Baik untuk mereka" Balas Tenzo sama bisiknya.

"Agak gila memandangkan mereka terus menafikan hubungan mereka sedangkan Konoha tahu mereka saling mencintai. Hanya manusia bodoh tidak dapat melihatnya" Balas Genma sambil memerhatikan kedua  insan itu kembali bergerak untuk pulang. Jelas mereka berdua telah menyelesaikan kekusutan mereka dan berbual gembira tentang hari-hari terakhir Iruka di Akademi.

Tenzo tidak berkata apa-apa, melambaikan kepada Genma dan dia teleport terus ke perkarangan Hatake untuk menunggu mereka disana yang dia sepatutnya melakukan dari awal supaya tidak menjadi saksi pengakuan cinta antara dua merpati shinobi. Tenzo mengeluh apa-apa pun dia gembira untuk senpainya.

Kakashi mengeluh kesal apabila mereka sampai di rumah mereka dan melihat Tenzo dalam pakaian ANBU sedang menunggu.

Iruka memandangkan antara ANBU itu dan kekasihnya dengan sedih, sudah tahu jika Kakashi diperlukan untuk misi. Siapa yang tidak jika mereka sudah ditunggu oleh ANBU.

"Senpai, Iruka-sensei" Tegur lelaki itu. Iruka membalas dengan senyuman lembutnya dan Kakashi mendengus bosan.

"Senpai, awak diperlukan" Kemudian lelaki itu menyerah satu gulung misi kepada Kakashi dan lelaki itu meneliti sepintas. "Saya akan menunggu awak di tempat biasa, ambil masa awak, senpai" Kemudian lelaki berpakaian ANBU itu melompat pergi setelah menunduk kepalanya kepada Iruka, tanda menghormati pasangan senpainya.

"Kashi.. "

"Maaf sayang, tanggungjawab misi" Kakashi mengenggam tangan Iruka dan menariknya untuk masuk ke dalam rumah mereka. Sudah jelas kini rumah ini milik mereka.

Kakashi mendudukan Iruka di atas sofa kemudian dia melutut di hadapan guru itu. Sambil tangannya mengenggam tangan Iruka di atas pangkuan guru itu.

"Tsunade-sama cakap, dia takkan beri awak misi ANBU apabila usia kandungan saya cecah enam bulan" Dagu dan bibir bawahnya berkerut. Iruka hampir menangis lagi, matanya berkaca air mata diambang pecah.

"Mungkin ini misi mendesak, dan tiada siapa yang bebas, saya cuba akan pulang dengan segera, okey" Si perak sudah menanggalkan topengnya sebaik sahaja mereka masuk ke dalam rumah. Dia terus mencium jari-jemari tan itu dengan penuh kasih sayang.

"Tapi kita baru saja-"

"Saya tahu sayang, tetapi arahan tetap arahan" Kakashi bangun untuk duduk di sebelah Iruka. Iruka tidak membuang masa untuk bersandar di dada lelaki itu.

"Tsunade-sama sudah janji-" Dia cuba mengambil bau Kakashi sebanyak yang boleh sebelum lelaki itu pergi.

"Maaf sayang" Kakashi memberi kucupan di dahinya sambil meleraikan ikatan rambut itu. Menguburkan jari di celah helaian sutera itu.

Iruka semakin tenang di dadanya, Kakashi pasti sedikit masa lagi, guru itu akan tertidur, dia terus mengurut kepala itu. Menarik Iruka lebih rapat sehingga tiada ruang diantara mereka.

Beberapa minit kemudian nafas Iruka kembali teratur, wajah itu kelihatan tenang dalam tidurnya. Kakashi memberi kecupan terakhir di dahi Iruka sebelum meleraikan pelukan mereka dan dengan perlahan membaringkan Iruka diatas sofa itu.

"Saya akan cuba pulang lebih awal untuk awak dan anak kita, sayang" Bisiknya lembut sambil menyelimuti guru itu dengan selimut yang dia ambil dari biliknya Dia merenung wajah itu untuk beberapa saat terakhir sebelum berkemas untuk misi ANBUnya.

________________

Sakura baru sahaja selesai dengan syif hospitalnya apabila guru jouninnya dalam pakaian ANBU jatuh di sebelahnya.

"Kaka-sensei?" Dia berkerut dahi terkejut dengan kemunculan tiba-tiba.

"Yo, Sakura" Dia tersenyum dibawah topeng kainnya.

"Ada apa? Kenapa awak dalam seragam ANBU?" Soal gadis itu

"Saya ada misi, saya nak minta tolong awak sedikit, boleh?"

"Apa itu?"

"Jaga Iruka untuk saya, misi saya mengambil masa sekurang-kurangnya dua minggu, saya terpaksa pergi dan Iruka sangat sedih dan kecewa. Saya risau jika sesuatu berlaku kepadanya dan anak kami" Sakura tersenyum. Sejak kehamilan Iruka bukan lagi rahsia. Kakashi nampak tidak segan untuk mengakuinya secara lantang bahawa itu anaknya, miliknya.

"Jangan risau sensei, saya akan pastikan Iruka-sensei baik-baik saja" Gadis merah jambu itu berjanji pasti.

Kakashi tidak lain adalah bersyukur kerana telah menjadi sebahagian daripada hidup gadis itu, Sakura seorang yang bertanggungjawab dan mudah membantu.

"Terima kasih, Sakura" Ujar Kakashi sambil meletakkan tangannya lembut di atas rambut gadis itu seperti seorang ayah yang berbangga. Sakura hanya tersenyum dan melambainya ketika Kakashi memberi isyarat untuk pergi.

BERSAMBUNG...


Omedetō, Anata wa Chichioyadesu! (Mpreg)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang