"Pilih sesiapa sahaja yang awak mahu untuk misi ini" Akhir Tsunade sambil menghulurkan gulungan misi kepada Genma. Lelaki peminat senbon itu mengangguk sambil mengambilnya.
"Jika tiada apa-apa lagi, Tsunade-sama. Saya izin pergi" Genma bersuara sopan.
"Baiklah dan berhati-hatilah!" Wanita itu mengingati ringkas sambil melambai pergi. Genma segera menunduk hormat dan meninggalkan ruangan itu. Manakala Tsunade kembali kepada kerjanya yang tertangguh sambil ditemani oleh sebotol alkohol kesukaannya.
Genma meruap wajah seketika dia jarang mendapatkan misi pengintipan dan penyamaran, selalunya misi ini akan diberikan kepada Chunin yang mahir.
"Hmm, Raidou masih belum pulang" Dia bersisik sendiri. Misinya tidak terlalu terdesak, Hokage memberinya masa untuk pergi bila sahaja dia mahu jadi dia masih ada masa untuk memilih siapa yang dia mahu.
Kakinya terus turun dari lantai tiga menuju ke lantai dua di mana bilik bersedia shinobi terletak. Mungkin boleh bertanyakan kepada siapa yang tersedia.
Fikirannya kini mungkin mendapatkan Kakashi, kerana lelaki itu mahir dalam pengintipan dan sharingan adalah bonus yang baik. Jadi dia berharap lelaki itu tersedia dan bersetuju.
Dia menelusuri lorong terus ke ruang shinobi, dari jauh dia boleh mendengar mereka berbual sama ada bergurau atau bermain sejenis permainan kanak-kanak. Dia akui shinobi lebih teruk daripada kanak-kanak ketika mereka berkumpul.
Sebaik kaki melangkah ambang pintu dia melihat beberapa Chunin, Tokubetsu Jounin dan Jounin yang sangat dikenali. Beberapa diantara mereka sedang bermain kad yang sentiasa dimenangi oleh Hyuga yang terus menggunakan Byakugan walaupun berkali-kali dihalang.
Genma segera mendekati kumpulan itu. "Aoba, awak lapang? Saya perlukan awak untuk misi" Dia berkata lurus kepada lelaki itu.
Aoba yang berkaca mata hitam itu hanya mengangguk sambil menunjukkan ibu jarinya tanda setuju seperti yang dilakukan oleh Gai setiap hari. "Butiran?" Dia bertanya ringkas walaupun tumpuannya jelas melihat mereka yang sibuk bertaruh kad
"Kita perlu dapatkan Kakashi terlebih dahulu, kemudian kita akan bercakap" Genma bermain dengan senbonnya.
Dan seperti dipanggil, Lelaki berjalan bersama novel matangnya menutup separuh wajah, dia melintasi ruangan itu berkemungkinan menuju ke bilik misi.
"Kakashi!" Genma memanggil sambil melambai-lambai kepada salinan ninja itu.
"Apa?" Dia menjawab malas tanpa menoleh melihat lelaki itu.
"Sinilah, ada perkara nak cakap"
Dengan malas Kakashi menurunkan novelnya tanpa menyimpan dia menukar haluan dan bersandar pada bingkai pintu tangannya di silang sambil memandang Genma.
"Saya perlu.. "
"Tidak-"
"Serius Kakashi! Saya belum selesai bercakap!"
"Tidak, Terima kasih" Jawab Kakashi malas cuba melangkah pergi.
"Kakashi! Dengarlah dulu!"
"Tidak, saya sangat sibuk" Balasnya malas melangkah pergi
"Kakashi, saya perlukan awak untuk misi" Langkah kakinya terhenti dia berpaling kembali bersandar di dinding sebelah pintu. Dia mengeluh. Dia baru sahaja pulang dari misinya dan bercadang untuk tidak mengambil mana-mana misi untuk beberapa hari melainkan hokage memanggilnya untuk misi terdesak.
"Cari orang lain-"
"KAKASHIII!!" Tiba-tiba sahaja satu suara melaung namanya dari kejauhan. Shinobi yang berkumpul terus menoleh melihat siapa yang menjerit. Di hujung lorong terdapat seorang guru Akademi sedang berlari ke arah mereka dengan tergesa-gesa.
KAMU SEDANG MEMBACA
Omedetō, Anata wa Chichioyadesu! (Mpreg)
Fanfiction📑Dunia dimana lelaki yang hamil itu normal kerana saya berkata begitu. Iruka dijangkakan hamil, hanya masalahnya adalah dia tidak pernah memiliki pasangan romantis, dia hanya tidur dengan seseorang yang hanya untuk melepaskan tekanan tidak lebih ti...