Lama mereka berdiam diri setelah gelombang emosi bergelora dengan kenyataan yang dikeluarkan. Mereka tidak berkata apa-apa, masing-masing cuba berdamai dengan perasan dan emosi sendiri.
Hatake duduk di sebelah sofa sambil kaki disilangkan dan sikunya dilutut sambil telapak tangannya menongkat dagu. Matanya terus merenung lantai.
Manakala Umino pula telah menarik diri ke sisi sofa lainnya, lututnya ditarik ke dada dan memeluk erat, tangan yang disilang menggengam erat bahu sendiri yang hampir meremukkan buku jarinya.
"Saya tak minta awak untuk bertanggungjawab, saya hanya mahu awak tahu ia juga milik awak. Saya tak kisah untuk jaga anak ini sendiri. Saya akan bertahan walaubagaimanapun caranya, saya juga tidak peduli kalau awak tidak mahu mengakunya di depan orang lain, tetapi setidaknya awak sendiri tahu ia juga milik awak. Anak yang berkongsi darah awak dan saya" Iruka berkata tenang, dia sudah berfikir panjang, sejak Kakashi menjerit kepadanya malam itu.
Lagi pun sejak awal mereka tidak punya apa-apa ikatan perhubungan dan dia tidak mahu mereka terpaksa terikat hanya kerana anak itu. Anak yang lahir atas kesilapan mereka. Dia yakin Kakashi mahu memiliki seorang yang setaraf dengannya untuk hidup bersama.
"Saya fikir kita sudah berhati-hati" Kakashi berkata tanpa mengalihkan pandangannya. Disisinya Iruka mengeluh, kakinya diturunkan. Ikatan rambutnya ditarik lalu mengusutkan rambutnya dengan kasar.
"Kita mabuk Kakashi, fikiran kita tidak terlalu jernih, kita fikir kita sudah berhati-hati tetapi...perkara berlaku" Iruka menjatuhkan kepalanya lemah di sandar sofa. Kakinya diluruskan ke bawah. Memejamkan mata untuk merehatkan minda yang berselirat.
Suasana lagi sekali sunyi sepi diantara mereka berdua.
"Pulanglah Kakashi. Awak tak perlu rasa terbeban dengan perkara ini. Pergi dan hidup seperti biasa anggap sahaja perkara tidak pernah berlaku" Iruka bangun dari duduknya tanpa memandang Kakashi dia hilang ke dalam biliknya. Dia sendiri sakit dengan perkataannya.
Sebaik bunyi klik pintu dikunci Kakashi rebah badannya ke sofa. Dia masih dapati bau Iruka yang melekat di sekitar sofa dan hampir dapat mencetuskan dirinya ketika itu tetapi dia cuba menahannya.
Malam itu kakashi tidak pulang walaupun guru itu menyuruhnya pulang.
Pada keesokkan paginya ketika Iruka bangun Kakashi masih terbaring di atas sofa Iruka. Sama ada chunin atau jonin masing-masing tidak menegur atau bercakap walau sepatah.
Ketika Iruka mandi Kakashi mengeledah dapur untuk menyediakan sarapan pagi buat mereka berdua. Masa berlalu dan masih tiada siapa diantara mereka mahu menurunkan ego untuk bercakap walau masing-masing duduk bertentangan di meja makan untuk bersarapan bersama-sama.
Setelah selesai makan, Iruka mula mengemaskan meja makan sambil dibantu Kakashi yang masih tidak bercakap.
Segalanya berjalan tanpa sebarang percakapan dan perbualan sehingga masing-masing berpisah untuk menuju ke destinasi yang berasingan. Iruka seperti biasa ke akademi manakala Kakashi menuju ke pejabat misi.
_____________
Dua minggu mereka tidak bersua muka, Iruka telah mendapat tahu bahawa Jonin perak itu sedang bertugas di luar daerah Konoha dan akan pulang bila-bila masa sahaja. Dalam diam dia berdoa agar lelaki itu pulang dengan selamat.
Apabila selesai syif petang di pejabat misi pada hari itu. Iruka mengambil keputusan untuk menuju ke pasar membeli bahan basah untuk dimasak untuk makan malam walaupun kemahiran memasaknya sama taraf dengan Naruto. Malangnya apabila perkara pertama yang dilihat adalah terung. Niat memasaknya jatuh merudum seperti hujan ribut.
KAMU SEDANG MEMBACA
Omedetō, Anata wa Chichioyadesu! (Mpreg)
Fiksi Penggemar📑Dunia dimana lelaki yang hamil itu normal kerana saya berkata begitu. Iruka dijangkakan hamil, hanya masalahnya adalah dia tidak pernah memiliki pasangan romantis, dia hanya tidur dengan seseorang yang hanya untuk melepaskan tekanan tidak lebih ti...