Selepas malam ketegangan antaranya dan Kakashi. Iruka mula berfikir bahawa Kakashi marahinya. Dia akui mereka tidak terlalu terbuka di luar dinding tertutup tetapi mereka kadangkala bertegur sapa jika berjumpa di sekitar jalan Konoha dan bertukar perkataan di pejabat misi.
Tetapi sekarang dia juga tidak berjumpa Kakashi di pejabat misi atau di mana-mana tempat yang mereka selalu terserempak. Dia tertanya-tanya jika lelaki itu sebenarnya mendapat misi terus dari hokage. Tetapi dari buku rekod tiada jonin dihantar untuk misi peringkat S.
"Iruka-sensei!" Satu panggilan dari kejauhan menarik perhatian Iruka kembali. Dia yang ketika itu sedang berjalan dengan santainya menuju ke akademi tersenyum kepada tiga gadis manis yang berlari kearahnya.
Bekas pelajarnya yang kini jarang dia temui hanya Sakura lebih kerap dari tidak kerana dia bekerja di hospital dan kadangkala kerap berkeliaran di menara hokage.
"Selamat pagi gadis-gadis cantik, apa yang boleh saya bantu?" Iruka tersenyum melihat bekas pelajarnya yang tersipu malu.
"Iruka-sensei, tahniah!" Sakura berkata teruja sambil menarik Iruka ke dalam pelukannya. Iruka berkerut dahi tidak mengerti mengapa gadis itu mengucap tahniah.
"Oh! Iruka-sensei jangan pura-pura tak tahu. Tahniah untuk baby" Ino pula menariknya.
"Ta..tahniah Iruka-sensei-" Hinata bersuara malu-malu untuk memandang Iruka.
"Ba..bagaimana awak tahu?" Iruka berwarna seram. Perkara terakhir yang dia ingin tahu adalah berita tersebar diseluruh Konoha bahawa dia kini mengandung. Iruka menelan liur pahit.
"Shizune-san beritahu. Saya tak sengaja melihat fail awak diatas mejanya. Saya fikir awak sakit, jadi saya desak dia untuk beritahu apa sakit awak-" dia berjeda dalam senyuman. "Jangan risau saya hanya kongsikan berita ini Hinata dan Ino sahaja" Jelas Sakura berbisik skandal, lalu dia dan Ino menarik tangannya untuk teruskan perjalanan dengan masing-masing masih memeluk lengannya. Hinata berjalan dengan senyap di belakang mereka.
"Siapa lagi tahu?" Soal Ino, gadis itu benar-benar gembira.
Iruka mengeluh "Tsunade-sama sudah tentunya, tiada apa yang dapat disembunyikan daripada hokage hebat kita. Shizune-san sebab dia yang memeriksa saya dan awak bertiga" jelas Iruka sambil tersenyum kecil.
"Serius Iruka-sensei ini berita gembira awak perlu beritahu semua kawan-kawan awak" Ino berkata
Iruka terdiam perkara 'kawan-kawan' terngiang-ngiang. Dia hanya boleh mengira berapa sahaja kawan yang dia punya kebanyakan adalah sensei akademi sendiri, tetapi adakah mereka kawannya atau mereka hanya rakan seperjuangan?. Tiba-tiba wajah Kakashi terlintas. Dia merasakan tulang belakangnya menggigil.
"Awak tak bagitahu Naruto?" Soalan dari Hinata menghentikan langkahnya. Dia menoleh ke atas bahu untuk memandang gadis itu. "Sensei?" Hinata bertanya keliru.
"Boleh tak buat masa ini awak bertiga rahsiakan perkara ini kepada Naruto atau sesiapa sahaja seperti Kakashi-sensei.." dia sengaja menekan nama Kakashi. Dia telah berjanji kepada dirinya bahawa dia sendiri akan memberitahu lelaki itu.
"Tapi kenapa?" Iruka kembali menoleh kepada Sakura disisi kanannya.
"Saya belum bersedia dan.. agak menakutkan, hampir seluruh Konoha tahu bahawa Umino Iruka belum berkahwin. Apa yang orang akan fikirkan apabila seorang guru akademi hamil tanpa pasangan-" Iruka terpaksa akuinya dirinya takut dengan cakap-cakap orang, terlebih lagi dia adalah seorang guru. Nama dan kerjayanya dipertaruhkan. Ketiga gadis itu tersenyum faham.
"Tapi siapa bapa lainnya, dia perlu tahu, kan? Oh! sensei saya akan sangat gembira untuk tahu siapa pasangan sensei" Ino benar-benar teruja dengan fikirannya tetapi tidak kepada Iruka.
KAMU SEDANG MEMBACA
Omedetō, Anata wa Chichioyadesu! (Mpreg)
Fiksi Penggemar📑Dunia dimana lelaki yang hamil itu normal kerana saya berkata begitu. Iruka dijangkakan hamil, hanya masalahnya adalah dia tidak pernah memiliki pasangan romantis, dia hanya tidur dengan seseorang yang hanya untuk melepaskan tekanan tidak lebih ti...