Chapter 12

368 26 7
                                    

Apabila anak-anak dilepaskan, Iruka meregang dengan gembira. Dia telah mengelak sebaik mungkin dari bertemu dengan para pengajar lain.

Jadi disaat waktu makan siang, Iruka mengheret kakinya menuju ke taman botani yang terletak di belakang bangunan kelasnya.

Di tangannya terdapat beg kertas coklat yang berisi bento ihsan Kakashi, Jounin itu telah membebel tentang nutrisi. Lelaki itu terus menyumbat Iruka dengan salmon, brokoli, oat dan pelbagai jenis sayuran hijau. 

Dia bersumpah dia akan membakar buku tentang kehamilan yang Kakashi beli untuknya yang dia tidak pernah membaca.

Bento diabaikan, ada makanan yang lebih menarik minatnya. Di dalam bungkusan itu juga terdapat sebiji terung mentah dan sebotol madu.

Ketika guru itu dalam perjalanan ke Akademi, dia melintasi gerai sayur-sayuran. Matanya tertarik melihat terung, benda ungu itu seolah-olah menariknya, dan dia terpaksa mengeluarkan beberapa Ryo untuk membeli sebiji terung dan madu, kerana benda manis itu juga terus menjeling kepadanya.

Air liur yang berkumpul di dalam mulutnya ditelan sambil dia menuang sedikit madu ke atas terung. Dengan senyuman pemangsa dia menggigit sayur mentah itu. Dengan campuran madu dan terung memberi letupan keenakan di dalam mulutnya yang tidak pernah dirasai.

Kata-kata Kakashi tentang terung juga terngiang-ngiang di benak fikirannya.

"Terung mempunyai sumber folates yang sangat penting sepanjang kehamilan. Ia juga menggalakkan pembentukan sel darah merah."

Iruka yakin lelaki itu telah menghafal keseluruhan buku itu.

Tangan kanannya memegang terung dan tangan kiri mengusap perut yang sedikit memboyot. Iruka bersandar sambil menikmati paduan makanan aneh itu dengan nikmat.

Dia tidak tahu bahawa terung boleh menjadi makanan yang sangat enak, dia sebenarnya tidak pernah menyukai sayur ungu itu, malah berkali-kali menjeling kepada Kakashi ketika lelaki itu terus mengambil terung setiap kali mereka bertembung untuk makan bersama. Tetapi sekarang dia memiliki keinginan yang tidak terhingga terhadap sayur ungu itu.

Suzume telah perasan kelakuan luar biasa Iruka sejak guru itu kembali dari cuti sakitnya selama dua minggu. Rakan guru sangat merisaukannya kerana Iruka tidak pernah mengambil cuti melebihi tiga hari. Berfikir kemungkinan guru itu sakit parah.

Tetapi apabila dia muncul, ramai yang terkejut dengan perubahan badannya yang kelihatan lebih berisi dari kali terakhir mereka melihatnya.

Suzume terus merenung Iruka yang nampaknya mengabai kotak makanannya malah menikmati terung mentah. Suzume berkerut hidung, bukankah sayur itu sepatutnya dimasak terlebih dahulu?.

Guru wanita itu menghampirinya, kemudian dia barulah perasan bahawa perut Iruka tidak kurus seperti sepatutnya, dengan corak kedudukan Iruka yang bersandar seperti itu. Jelas kelihatan perubahan perutnya yang membengkak dan tangannya terus membelai dengan kasih sayang.

Kesedaran menerpanya serta-merta. "Awak mengandung, Iruka-sensei?" Soal Suzume secara tidak sedar. Perhatian Iruka terhadap makanannya terhenti. Dengan perlahan-lahan dia menoleh melihat Suzume betul-betul berdiri di sebelahnya.

Iruka memarahi diri sendiri kerana tidak menyedari kedatangan guru wanita itu. Iruka cuba mencari alasan dan akhirnya dia terpaksa mengalah. Perutnya semakin membesar dan untuk apa berahsia lagi.

"Ya" Jawab Iruka ringkasnya. Dia berpaling, malu untuk membalas pandangan dengan Suzume tetapi mengejutkan apabila kunoichi itu tersenyum cerah dan duduk di sebelahnya.

"Tahniah, Iruka-sensei" Suzume memeluknya. Dia hanya menunduk malu lalu mengucapkan terima kasih.

Kemudian mereka berbual tentang perihal mengandung dan melahirkan memandangkan Suzume sendiri seorang ibu yang memiliki dua orang anak. Iruka juga membisik kepada wanita itu untuk tidak beritahu sesiapa kerana dia sendiri akan memberitahu mereka nanti.

Omedetō, Anata wa Chichioyadesu! (Mpreg)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang