Chapter 20

298 16 0
                                    

Iruka duduk di sana, terdiam, cuba menahan air mata yang ingin dia lepaskan. Dia tahu tidak ada jaminan bahawa Kakashi akan kembali dari misi itu. Tetapi Kakashi telah berjanji bukan?

Saat itu, ketika Iruka bangun, dia melihat hari sudah pekat malam. Siang itu dia tertidur dalam pelukan Kakashi dan langsung tidak sedar apabila lelaki itu pergi, agak terkilan kerana dia tidak dapat mengucap selamat tinggal dengan  cara betul.

Iruka kembali meringkuk diatas sofa, dengan pandangan kosong yang terpaku pada dinding di depannya. Dia merasa hampa, terasa berat di dadanya. Tangannya secara refleksi mengusap perut yang memboyot, sementara fikirannya terus menerus memikirkan Kakashi.

Tangisnya tersekat di kerongkong ketika dia memikirkan betapa jauhnya Kakashi sekarang. Rasa cemasnya semakin memuncak, memenuhi fikirannya dengan kerisauan akan keselamatan orang yang telah memenuhi paru-parunya dengan kasih sayang..

Tiba-tiba, pintu rumahnya terbuka perlahan, dan langkah ringan terdengar di lorong. Sakura, bekas anak muridnya yang bijaksana dan penuh kasih, melangkah masuk dengan wajah penuh kehangatan. Matanya yang lembut memancarkan kepedulian saat dia melihat Iruka yang hampir hancur di sofa.

"Iruka-sensei," panggil Sakura dengan suara lembut, mendekati Iruka dengan hati-hati. "Awak sudah makan? saya bawakan makanan untuk awak" Dia meletak kunci pintu yang diberi pinjam Kakashi sebelum lelaki itu pergi di atas kabinet tepi pintu.

Iruka menoleh, matanya bertemu dengan mata cemerlang Sakura. "Belum-" Suaranya kecil menjawab soalan gadis itu, tangannya tak berhenti mengusap perut. Sakura menatapnya dengan penuh perhatian.

Dia telah melihat ini berkali-kali apabila Kakashi terpaksa pergi misi. Tetapi kali ini kesedihan dan kekecewaan guru akademinya lebih terasa berat.

Dengan lembut, Sakura menghidangkan makanan yang dibawanya di atas meja kopi di depan Iruka. Aroma harum yang keluar dari makanan itu, menciptakan sensasi yang menggiurkan di ruangan itu.

"Bangun, sensei. Awak perlu makan. Ibu masakan awak sup ayam, sandwic tuna dan buah-buahan"

Iruka menatap makanan itu dengan pandangan yang kosong, seolah-olah dia tidak memiliki selera sama sekali. Tetapi setelah beberapa saat, dia merasakan rasa lapar yang menggelora di perutnya. Dia meraih sandwic untuk mengisi perut.

Sakura melihat ekspresi Iruka yang muram, dan dia tahu dia harus melakukan sesuatu untuk menceriakannya. "Iruka-sensei, saya ada di sini untuk awak. Jika awak mahu bercakap atau perlukan apa-apa hanya katakan kepada saya, saya akan cuba sebaik mungkin untuk membantu"

Iruka tersenyum tipis, merasakan kehangatan dari kata-kata Sakura. "Terima kasih, Sakura." Mereka berdua duduk di sofa, menikmati makanan dengan damai dan malam itu, Sakura menawarkan dirinya untuk bermalam bersama Iruka.

____________________

Sudah sebulan, Iruka menunggu tetapi dia langsung tidak tahu status Kakashi sekarang, Lelaki itu telah meninggalkan nota mengatakan bahawa dia hanya pergi sekurang-kurangnya dua minggu. 

Sudah berkali-kali dia naik turun tangga menara hokage bertemu dengan hokage bertanyakan tentang Kakashi, tetapi wanita itu hanya mendiamkan diri dan memberitahu bahawa misi Kakashi telah di klasifikasi.

Tetapi naluri Iruka jelas mengatakan bahawa Tsunade menyembunyikan sesuatu daripadanya, begitu juga kawan-kawan Kakashi. Setiap kali mereka bertemu dengannya mereka terus memberikan pandangan kasihan kepadanya.

Dan seperti dua hari yang lalu, Iruka baru sahaja dibuang oleh pengawal hokage, kononnya wanita itu sedang mengadakan pertemuan dengan ahli majlis. Walhal chunin itu tahu, hokage enggan bertemu dengannya.

Omedetō, Anata wa Chichioyadesu! (Mpreg)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang