Suasana rumah itu menjadi janggal antara mereka dengan permintaan Kakashi yang tiba-tiba. "Boleh awak ulang?" Iruka berharap dia hanya tersalah dengar. Kakashi tidak mungkin mengajaknya tinggal bersama.
Jonin seribu jutsu itu menelan liur, terasa ketulan menghalang pernafasannya. "Awak dan saya, sama-sama tinggal disini" Ulang Kakashi memantapkan azamnya.
"Kenapa? Adakah awak nampak saya tak mampu jaga diri saya sendiri? " Dahi Iruka berkerut, tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan tinggal bersama-sama dan tidak suka jika Kakashi memandang rendah dengan kebolehannya menjaga diri sendiri. Selama ini sejak kematian ibubapanya dia telah hidup sendiri dan tiada siapa kisah. Walaupun dia terpaksa merangkak untuk menghidupkan dirinya.
"Saya perlu bertanggungjawab, bukan?"
Iruka mengeluh, ini yang dia bimbangkan. Dia tidak bermaksud untuk menyusahkan Kakashi dengan tanggungjawab menjaganya atau anak mereka. Jonin itu sudah banyak masalah dia tak mahu dia menjadi salah satu darinya.
"Awak tahukan awak tak perlu lakukan ini semua. Saya bukan perempuan, Kakashi. Saya boleh jaga diri saya sendiri. Hamil atau tidak perkara tetap sama untuk saya" Iruka bertegas
"Perkara berubah Iruka, awak tidak boleh nafikannya dan Iruka-" Kakashi bangun dan mengelilingi meja untuk duduk di sebelah chunin hamil itu. "Awak hamil kerana saya. Sedar atau tidak perkara ini juga berpunca dari saya juga. Terlebih lagi semua orang tahu sama ada awak perempuan atau lelaki, jika seseorang hamil, itu adalah waktu paling terdedah untuknya terutama bagi shinobi" Iruka terdiam dia tahu Kakashi benar dan tidak ada alasan untuknya berhujah.
"Saya dan awak juga sama-sama tahu bahawa awak sangat menghindari komitmen untuk kehidupan awam terutama memiliki anak" Iruka masih teringat beberapa bulan lalu dia telah berbual dengan jonin itu.
Iruka telah bertanya mengapa dia tidak mencari sahaja seseorang dan berkahwin. Memandangkan tiada siapa akan menolak lamaran perkahwinan dengan pemegang Chidori itu, tetapi Kakashi hanya ketawa dan berkata dia tidak mahu bersusah payah dengan terikat dengan pasangan tambah pula memiliki anak bukan satu perkara yang pernah dia fikirkan. Kemudian mereka sudah tidak bercakap tentang perkara itu.
"Saya tahu! saya tahu! tetapi ini awak Iruka. Awak kawan baik saya. Saya tak boleh tinggalkan awak seperti itu saja selepas saya buntingkan awak, setidaknya izinkan saya jaga awak sepanjang tempoh kehamilan awak." Kakashi benar-benar bersungguh.
Iruka diam lagi, tetapi tangan tidak boleh berhenti untuk mencapai biskut. Biskut itu terus hilang sekeping demi sekeping ke dalam mulutnya.
Kakashi masih diam menunggu jawapan balas. Tetapi nampaknya guru itu sedang gembira menikmati bisku coklat yang dihidangkan. Jadi dia membiarkan guru itu menikmatinya selama dia mahu.
"Awak sedar awak jonin, Kakashi?" Iruka memuncungkan bibirnya kearah Kakashi. Kakashi berkelip, tiba-tiba dia dapat melihat Iruka melalui cahaya asing. Segera dia membuang fikirannya dan kembali kepada realiti.
"Ya dan apa hubungannya pangkat saya dengan menjaga awak?"
Iruka mengeluh menjeling sepintas lalu sambil menghirup airnya. "Itu bermaksud awak mempunyai beratus misi yang beratur dihadapan awak. Beritahu saya berapa lama awak berada di Konoha berbanding awak berada di luar?" Kali ini Kakashi pula yang memuncung sambil bersandar. Iruka berkelip terfikir adakah jonin itu merajuk dengannya.
KAMU SEDANG MEMBACA
Omedetō, Anata wa Chichioyadesu! (Mpreg)
Fiksi Penggemar📑Dunia dimana lelaki yang hamil itu normal kerana saya berkata begitu. Iruka dijangkakan hamil, hanya masalahnya adalah dia tidak pernah memiliki pasangan romantis, dia hanya tidur dengan seseorang yang hanya untuk melepaskan tekanan tidak lebih ti...