Chapter 18

409 20 3
                                    

Kakashi berkelakuan aneh sejak dia keluar dari hospital seminggu yang lalu, Iruka cuba mengabaikannya tetapi renungan lelaki itu, mendebarkan jantungnya. Dia berharap dia tidak diserang penyakit jantung.

Iruka mengemas kertas ujian anak muridnya dan dimasukkan ke dalam beg kerjanya, manakala Kakashi terus merenung setiap gerak-gerinya. Sehingga guru hamil itu merasakan dirinya umpama tikus yang diintai helang.

"Kakashi-" Iruka memanggil tetapi lelaki itu terus menguburkan wajahnya ke dalam novelnya seolah Iruka tidak tahu bahawa dia sedang merenung. Jounin itu tidak bergeming dari tempatnya.

"Kakashi, awak ada masalah dengan saya?" Soal Iruka, sambil menyarung beg silangnya, bersiap untuk ke Akademi, memandangkan hari ini adalah hari terakhirnya di Akademi, dia tidak mahu membawa perasaan tidak puas bersamanya.

Kakashi tidak menjawab, dia pura-pura menyelak helaian bukunya. Iruka geram.

"Kalau awak tak suka saya tinggal di sini, hanya katakan, saya boleh pergi!" Dia membentak dengan kebisuan Kakashi dan meninggalkan lelaki itu yang terkebil-kebil menyimpan novelnya.

"Iruka, tunggu!" Dia menjerit lantas melompat dari kedudukannya mengejar guru itu yang dengan rakus memakai sandalnya dan keluar dari rumah itu sambil mengabaikan panggilan dari Kakashi.

"Sial! Iruka tunggu!" Kakashi memanggil lagi, apabila Iruka tidak berpaling dia berlari ke biliknya untuk mengambil jaket flaknya. Setelah memastikan dia lengkap berseragam dan memakai semula topengnya. Dia keluar mengejar Iruka.

Ketika dia berdiri di sebelah Iruka, guru itu sedang mengesat air matanya. "Ruka, maaf, saya tak bermaksud mengabaikan awak" Dia menarik guru itu dan membenamkan wajah Iruka ke bahunya dan memeluk erat.

Hanya untuk berapa saat sebelum Iruka menolaknya dengan kasar. "Apa yang awak mahu!" Dia bertanya kasar sambil menghapuskan air mata dan mengelap hingusnya. "Kalau awak takut nak usir saya, tak apa. Saya sendiri akan keluar!" Dengan air mata yang semakin deras mengalir dia menolak Kakashi supaya menjauh. Dia semakin menangis.

"Bukan itu, tolong dengar.."

"Tidak! Saya sudah tahu! Awak dah bosan dengan saya, bukan! Saya tahu! Awak mahu saya pergi! Saya.. " Kata-katanya terhenti apabila bibir kosong Kakashi meragut bibirnya. Dia terdiam sepenuhnya. Matanya membulat terkejut.

Apabila dia kembali tenang Kakashi melepaskannya lalu menyatukan dahi mereka bersama. Sisa air mata dikeringkan oleh sepasang tangan yang bersarung.

"Saya ada perkara nak cakap dengan awak. Tidak! Bukan tentang mahu awak keluar rumah" Dia pantas menepis apabila Iruka membuka mulut untuk berbicara. Kakashi berundur menarik topengnya semula

"Saya telah berfikir sejak seminggu lalu, tetapi saya tak tahu bagaimana nak bercakap dengan awak" Bisik Kakashi sambil menjalinkan jari mereka.

"Tetapi bukan sekarang, Saya tahu awak sudah lewat" Kata Kakashi. Guru itu pantas mengangguk. "Mari, saya hantar awak ke Akademi" Tanpa menunggu jawapan lagi dia menarik Iruka untuk bergerak, mereka berjalan dalam diam dan berhenti apabila mereka sampai di pintu pagar Akademi.

"Saya akan jemput awak nanti, kemudian kita akan berbincang" Ujar Kakashi, tangannya lembut mengusap perut Iruka. Guru itu sudah tidak memakai jaket flaknya sejak seminggu lalu dia telah mengadu susah untuk bernafas. Iruka pergi selepas dia mendapat ciuman singkat dari Kakashi di dahinya.

Manakala Kakashi mula meninggalkan kawasan Akademi terus ke tugu peringatan untuk bercakap dengan orang yang sudah mati. Sudah menjadi kebiasaan sejak bertahun lalu untuk berdiri dihadapan tugu ingatan. Tetapi sejak kehadiran Iruka. Dia mula jarang berdiri di sana apabila dia lebih suka mengganggu Iruka.

Omedetō, Anata wa Chichioyadesu! (Mpreg)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang