BAB 35

281 9 1
                                    


KEESOKAN harinya, seperti yang dijanjikan mereka berdua pergi untuk membeli barangan keperluan.

Elok saja kereta berhenti di kotak parkir, Raysha Adilla sudah keluar dari perut kereta duluan. Menanti Izham Hayqal yang tidak keluar-keluar, dia pun terus berjalan ke depan.

Kerana menonong saja, Raysha Adilla tidak perasan akan kehadiran motor yang laju. Hampir saja dia dilanggar tapi terasa badannya melayang seperti ditarik seseorang dari belakang.

"Kau ni buta ke?! Tak reti tengok kiri kanan sebelum melintas? Bukannya budak kecil, dah besar panjang. Tak akan benda macam ni pun nak kena ajar." Herdik Izham Hayqal yang geram akan kecelusan Raysha Adilla. Buatnya apa-apa jadi, dia juga yang bakal dipersalahkan.

Raysha Adilla terdiam seribu bahasa kerana dimarahi. Wajahnya mula merah bila ada beberapa pasang mata yang melihat ke arah mereka. Kut ya pun dia salah, tak perlulah nak tengking depan orang ramai macam ni. Malulah, dia pun masih ada air muka yang hendak dijaga.

Melihat Raysha Adilla yang membatu, tiba-tiba Izham Hayqal diserang rasa serba-salah. Dia merengus kecil sebelum menarik tangan wanita itu lalu dipimpin masuk ke dalam pasar raya.

Hampir membulat mata Raysha Adilla kerana terkejut dengan perlakuan suami terpaksanya itu. Tadi bukan main lagi marah-marah, sekarang baiklah pula. Ingatkan hati kering, rupanya masih ada sisa manusiawi dalam diri lelaki itu.

Malas peduli lagi soal Izham Hayqal, Raysha Adilla fokus mencari barangan keperluan dapur. Troli ditolak perlahan sambil ralit membelek. Dari satu lorong ke lorong yang lain dan akhirnya berhenti di bahagian makanan kering.

Galak memilih itu ini, Raysha Adilla tidak perasan dirinya sedang diperhati.

"Dilla?"

Sapaan itu membuat Raysha Adilla mengangkat muka mencari wajah gerangan yang menyebut namanya.

"Zariff." Senyumnya melebar melihat sosok kawan lama yang sudah hampir bertahun tidak dia jumpa.

"Tak sangka boleh jumpa orang cantik dekat pasar raya." Usik Zariff dengan tawa halus. "You seorang je ke ni?"

Raysha Adilla hanya ketawa menyambut pujian dari si mulut manis.

"No, actually i'm with... my friend." Bohong Raysha Adilla sambil turut meninjau-ninjau jika ada bayangan Izham Hayqal di celah-celah orang ramai. Tak akan dia mahu kata yang dia datang dengan suami. Mahu terjojol biji mata si Zariff ni nanti. Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba sudah bersuami.

"Ohh."

"You memang selalu beli groceries dekat sini ke? Tak perasan pun selalu." Raysha Adilla basa basi cuba mengubah haluan topik. Tidak gemar bila dirinya menjadi tajuk perbualan.

"Sometimes je, itu pun kalau I cuti."

Raysha Adilla mengangguk, faham dengan kerjaya lelaki itu sebagai pemandu kapal terbang. Sudah pasti cutinya sangat terhad.

"Okaylah I pun sebenarnya tak boleh lama ni, gotta run. So... see you when I see you." Pamit Zariff dengan lambaian mesra.

Raysha Adilla mengangguk dengan senyum nipis, tanpa mengetahui Izham Hayqal menadah telinga mencuri dengar perbualan mereka dari lorong sebelah.

"Ramai betul kawan lelaki kau kan?" Tegur Izham Hayqal dari belakang secara tiba-tiba, dekat di cuping telinga Raysha Adilla. "Ohh lupa, of course you are. You kan cantik." Tambahnya lagi dengan sengih sinis.

"What do you mean?" Soal Raysha Adilla dengan dahi berkerut. Lelaki itu seperti sengaja mahu mencari fasal dengannya. Memang apa yang keluar dari mulut Izham Hayqal itu berselit pujian, tapi bunyinya bernada perlian. Langsung tidak ikhlas.

"Nothing. Cuma nak ingatkan, lelaki ni bukan semua niat dia baik. Kadang-kadang nak ambil kesempatan je."

"Macam you lah?" Bidas Raysha Adilla memulang paku buah keras.

Melihat riak Izham Hayqal berubah kelat, terasa puas hati Raysha Adilla. Kerja asyik nak cari gaduh saja, bagi sekali tahu pula diam. Malas mahu melayan perangai Izham Hayqal, kaunter pembayaran dituju. Raysha Adilla terus beratur dan menanti giliran untuk membayar.

Setelah memasukkan kesemua barangan ke dalam bonet kereta, Izham Hayqal pergi untuk menghantar troli kembali ke tempatnya.

Sementara menunggu, dari jauh Raysha Adilla dapat melihat Izham Hayqal bersembang dengan seorang perempuan. Dia gelak sinis dalam memerhati. Boleh tahan permainan kau ya si buaya darat. Tadi cakap orang sangat, dia pun dua kali lima saja.

Itulah yang dinamakan manusia. Nampak salah orang saja, tapi silap sendiri tak pernah nak cermin.

Raysha Adilla tidak cemburu, malah rasa menyampah melihatnya. Izham Hayqal memang pandai menggoda, tapi sudah terlanjur buruk di pandangan matanya.

Toxique [OG]Where stories live. Discover now