BAB 19

280 8 0
                                    


HUJAN renyai di subuh hari sepatutnya menjadi waktu terbaik mengabdikan diri pada Tuhan yang berkuasa seluruh alam dan isi, tapi sebaliknya bagi Izham Hayqal dan Raysha Adilla yang terpesong dan lebih bertindak memuaskan nafsu sendiri.

Sejak hari di mana dara Raysha Adilla direbut oleh lelaki yang kononnya cinta itu, liarnya seakan makin menjadi-jadi. Hampir setiap hujung minggu mereka melakukannya, dan ini sudah kali ketiga.

Terjaga dari lena, mata Raysha Adilla bertembung dengan milik Izham Hayqal yang sedang bersandar selesa di sofa menghadapnya. Perlahan-lahan dia bangkit dari pembaringan dan memperhatikan tingkah laku si jejaka dalam diam.

Kelihatan lelaki itu membakar hujung rokok dengan pencucuh api sambil kakinya disilang panggung. Dengan mata tertutup, kepulan asap dari puntung rokok yang dihisap kemudiannya dilepas menjadi awan busuk yang menyesakkan.

Melihat badan sendiri yang togel tanpa sebarang urat benang, Raysha Adilla diserang rasa serba salah. Dia sedar Izham Hayqal memberi pengaruh buruk, tapi sangat sulit untuk dia keluar dari perkara terkutuk.

Sejak terbabas tempoh hari, Raysha Adilla seakan ketagih dengan rasa baru yang diberi. Tidak mengelak buat kali yang seterusnya, dia malah rela dijadikan tempat permainan si buaya.

"Qal." Panggil Raysha Adilla.

Izham Hayqal angkat wajah memandang Raysha Adilla. Kening sebelah diangkat, sebagai tanda bertanya tanpa suara.

"This is the third time, what if I get pregnant?"

Izham Hayqal melakar senyum sinis. Sudah tiga kali, baru tahu takut? Dasar perempuan tak ada maruah, desisnya dalam hati.

"Well, that sounds like a 'you problem' not mine."

Bagai dicucuk tepat oleh belati, Raysha Adilla rasa dikhianati. Tidak disangka secepat ini manusia boleh berubah hati.

"Kenapa? You menyesal ke? Dah terlambat sayang," Izham Hayqal tertawa halus.

Melihat Raysha Adilla yang sudah berubah riak dan seperti mahu marah, Izham Hayqal kembali menyambung kata. "It is what it is. Me and you are perfect together, but this ain't love. So no offense. Plus, it's not my fault that you put yourself in this position."

Amarah terasa kian meluap ingin menumpahkan larva, berbakul cacian ingin diutara, tapi Raysha Adilla sedar akan silap dan khilafnya. Dia sendiri yang membenarkan semua ini terjadi, jadi dia juga harus bersedia menanggung risiko yang perlu dihadapi.

"Kenapa tiba-tiba?" Tercetus soalan itu tanpa sengaja. Perubahan Izham Hayqal sungguh drastik. Tak logik jika lelaki itu berubah tanpa sebab.

"I engaged with someone already, so this might be the last time I guess."

Raysha Adilla ketap bibir. Hatinya bengkak menerima apa yang dikatakan Izham Hayqal. Sudah bertunang, tapi masih buat perangai? Dasar siluman!

"You dah bertunang but still having sex with me? Lelaki jenis apa you ni?!" Raysha Adilla mula naik angin. Nadanya juga sudah mulai meninggi.

"Like I said, this is gonna be the last time. Thank you for your service anyway. Nak I bayar ke? Cakap je berapa, nanti I transfer." Sinis Izham Hayqal berbaur hinaan.

"Fuck you!" Dengan dada berombak, Raysha Adilla menyumpah.

"Yeah, you already did. Three times already." Tanpa rasa malu Izham Hayqal membalas.

Tidak tinggal lama, Raysha Adilla pantas berdiri kerana tidak sanggup diremehkan lagi dan lagi. Dikutip satu persatu helaian pakaiannya yang bertaburan. Beberapa saat berpusing ke kanan dan kiri, Raysha Adilla hairan ke mana baju dalamnya menghilang pergi. Dicek di bawah bantal serta katil, namun tidak dijumpai.

Izham Hayqal yang perasan wanita itu sedang mencari-cari sesuatu pantas tersenyum apabila pandangannya jatuh pada sesuatu yang kebetulan terhampar berhampiran dengannya.

"Looking for this? I thought you're thinking of leaving it behind." Soal Izham Hayqal sambil mengangkatnya dengan senyum senget.

Raysha Adilla membuat muka. Dia menghampiri lelaki itu. Dengan sebelah kaki yang dipijak atas sofa, dia mendekatkan wajahnya dengan wajah Izham Hayqal.

"You're lower than I expected." Raysha Adilla berkata perlahan di depan wajah Izham Hayqal. Ditatap mata lelaki itu tajam, penuh dengan amukan yang tak mampu diluah.

"And you're cheaper than I expected." Tak kurang kalah, Izham Hayqal turut membalas tatapan helang Raysha Adilla. Tak hadir sedikit pun rasa bersalah dalam hatinya.

Kalah dengan perasaannya sendiri, Raysha Adilla merentap miliknya yang berada di tangan Izham Hayqal.

Tidak mahu terus berlama-lama, Raysha Adilla mula bergerak ke arah bilik air ingin membersihkan diri.

Mujur semalam dia sudah memberitahu Farhana awal-awal yang dia tidak pulang. Raysha Adilla berbohong dan mengatakan bahawa dia malas mahu memandu sampai ke rumah dan memutuskan untuk bermalam di rumah Gina sahaja. Kalau tidak, mahu sampai ke subuh esok dia disoal siasat.

Sesudah membersihkan diri, Raysha Adilla pulang ke rumahnya apabila Izham Hayqal juga sudah meninggalkan kondominium itu setengah jam yang lalu.

Toxique [OG]Where stories live. Discover now