BAB 9

384 11 0
                                    


"DILLA, yang ni contoh design last year. Customer yang ni cerewet sikit, saya harap hasil kerja awak will meet the expectation." Ujar Azim seraya menghulur sekeping fail untuk diteliti.

"No worries. I'll handle it." Sahut Raysha Adilla dengan senyuman yakin. Melihat demikian, Azim juga turut tersenyum. Percaya akan kemahiran dan kualifikasi yang dimiliki oleh wanita itu.

"Ermm..."

"Ya? Ada apa-apa lagi ke bos?" Tanya Raysha Adilla apabila Azim masih berdiri di sisi meja kerjanya. Gaya lelaki itu seperti mahu mengatakan sesuatu tapi kenapa diam sahaja? Naik pelik Raysha Adilla melihat tingkahnya.

Azim yang serba salah mahu jujur, agak lama jeda sebelum menggeleng perlahan.

"Nothing." Nafi Azim. Namun beberapa tapak melangkah pergi, Azim kembali berpusing. Dia mendekat semula ke meja Raysha Adilla. Wajah wanita itu dipandang dengan riak simpati.

"Dilla, boleh saya tanya sesuatu?"

"Boleh, pasal apa tu?" Balas Raysha Adilla tenang. Menanti bait kata seterusnya yang akan keluar dari mulut bos muda itu.

"Awak dengan... Qal, serius ke?"

Seperti tertelan biji nangka, Raysha Adilla sungguh tak sangka soalan itu yang terpacul dari mulut majikannya.

"Haa?" Matanya sedikit membulat memandang Azim. Mungkin agak terkejut bagaimana lelaki itu dapat menghidu bau-bau hubungan mesra di antara dirinya dan Izham Hayqal. Rasanya dia tidak pernah bercerita pada sesiapa, malah tidak pernah membuka cerita tentang mereka.

"Awak tak perlu nak sorokkan apa-apa, saya tak buta dalam menilai perkara. Awak pekerja saya, dan Qal tu rakan kongsi juga merangkap sahabat rapat saya."

"Encik Azim, saya..." Raysha Adilla terkulat-kulat ingin mencari ayat. Malu apabila hal privasinya dibuka. Keningnya juga sedikit bertaut, aneh akan tujuan dan niat lelaki itu dalam bertanya.

Bagai faham Raysha Adilla yang serba salah ingin bersuara, Azim mencelah jua.

"Dilla, Qal tu kawan saya. Saya tahu luar dalam dia. Saya tak ada maksud atau niat tak baik, cumanya saya harap awak berhati-hati. Tak semua orang kita boleh percaya. Dan tak semua orang, baik untuk kita." Tutur Azim bersama nasihat yang dalam maknanya.

"A..apa maksud Encik Azim?"

"Dilla, you're beautiful. And people tend to ruin beautiful things. Saya tak suruh awak prejudis pada dia, tapi saya rasa awak faham maksud saya. Just, be careful."

Raysha Adilla diam. Cuba mencakna kata-kata yang dilempar padanya.

Melihat Raysha Adilla yang hanya diam tidak berkutik, Azim menyambung lagi bicaranya.

"Awak jangan salah faham pula, saya tak ada niat nak burukkan sesiapa. Saya cuma ingatkan saja. Apa awak nak buat lepas ni, itu terpulang. Saya cuma orang luar yang hanya mampu bagi peringatan. Saya harap awak tak salah langkah dan tak salah dalam buat pilihan." Ucap Azim ikhlas lalu beredar.

Raysha Adilla kehilangan kata. Separuh hatinya mengiakan, separuh lagi menegah. Dia sebenarnya sudah lebih dari tahu dan dapat menghidu permainan Izham Hayqal, tapi siapa dia ingin berbohong soal rasa. Dia sudah mula jatuh hati pada lelaki itu. Mungkin kerana rasa yang mula hadir, dia menutup sebelah mata kerana degil.

Toxique [OG]Where stories live. Discover now