BAB 10

478 15 0
                                    


SETIAP malam minggu, Raysha Adilla akan pergi ke tempat melepak 'wajib'nya seperti biasa. Mana lagi kalau bukan kelab malam.

Melepasi ruang dansa, Raysha Adilla tersenyum pabila wajah Izham Hayqal menyapa pandangan mata.

Sudah menjadi kebiasaan mereka berseronok bersama, memandangkan Izham Hayqal sendiri tidak mencampur-adukkan urusan luar dan kerja. Juga tidak pernah mempertikai keputusan hidupnya, menjadikan keterbukaan antara mereka semakin tinggi dibina.

Raysha Adilla tidak kata dia suka dengan hal itu, tapi dia seakan mulai terbiasa. Entahkan sampai bila tempoh mereka, dia inginkan lelaki itu buat selamanya. Biarlah disebut tamak atau haloba, dia mula selesa dengan kemampuan Izham Hayqal dalam mengisi kelompongan yang ditinggal oleh sang bapa.

"Sorry late, I pergi pick-up Gina dulu tadi." Maklum Raysha Adilla seraya melabuhkan punggung di sebelah Izham Hayqal.

"It's okay." Balas Izham Hayqal sambil mengelus belakang tubuh Raysha Adilla yang terdedah sempurna. Bahu wanita itu dicium sekilas.

Leka berbual di meja VIP yang ditempah khas oleh Izham Hayqal, Raysha Adilla menoleh pabila skrin telefon pintarnya yang berada di atas meja menyala. Suasana yang bingit dengan lagu yang terpasang kuat, jelas buat deringannya tak kedengaran. Melihat nama bonda yang tertera, dia buat tak tahu sahaja.

"Excuse me, I nak pergi ladies sekejap." Beritahu Raysha Adilla pada Izham Hayqal yang sedang rancak berborak dengan rakannya.

Pulang dari tandas, kelibat Gina tidak kelihatan di mana-mana. Sudah pulang duluankah temannya itu? Tidak beritahu dia pun.

"Mana Gina?" Soal Raysha Adilla sambil bola matanya mencari figura si kawan.

"Dah ada orang reserved dia." Balas Izham Hayqal senada. Seperti itu perkara biasa.

Raysha Adilla hanya menjulingkan matanya ke atas sambil gelak kecil. Arif sudah tabiat rakannya yang gemar meniduri lelaki setiap kali berkunjung ke kelab malam.

Raysha Adilla akui perkara itu salah di sisi agama, namun dia sendiri dua kali lima. Bagaimana hendak menegur kalau diri sendiri pun masih tak betul. Dia tak pernah menghalangi pilihan Gina. Bagi Raysha Adilla, itu bukan urusannya.

"Kawan you dah pergi. Kita macam mana?" Bisik Izham Hayqal sensual di telinga Raysha Adilla.

"Macam mana apa?" Tanya Raysha Adilla pura-pura tidak mengerti.

"Jom, balik rumah I." Ajak Izham Hayqal. Hidungnya digesel manja pada pipi Raysha Adilla.

"Qal, I- "

Belum sempat Raysha Adilla habis menutur ayat, rengusan Izham Hayqal jelas kedengaran. Sebal kerana kemahuannya tidak mahu dituruti. Keras dia bersandar sambil menayang muka masam mencuka.

Penatlah berlembut dengan perempuan ini, susah betul nak dapat kau ya Raysha Adilla. Rungut hati Izham Hayqal geram.

"Janganlah macam ni, kenapa nak marah-marah ni?" Pujuk Raysha Adilla sambil mengelus rahang Izham Hayqal yang tajam terbentuk. Melihat muka lelaki itu yang cemberut, nadanya mula jadi lembut.

"Why don't we head home now? Esok kan kita ada meeting dengan Quantity Surveyor?" Raysha Adilla cuba memberi alasan. Dia tahu jika Izham Hayqal yang memujuk rayu, dia pasti akan mudah layu. Dia sudah tahu taktik yang lelaki itu gunakan. Tapi entah kenapa, batinnya masih tegar berharap bahawa lelaki itu bakal berubah untuknya.

"Jomlah," Raysha Adilla masih cuba memujuk. Tangan Izham Hayqal diraih supaya lelaki itu turut bangun mengikuti langkahnya. Kalau lelaki lain, jangan harap dia bakal begini. Memang dalam mimpilah. Tarik sahaja muka, memang selamat tinggal jawabnya.

Enggan memperbesarkan hal, Izham Hayqal akur. Tidak mahu terlalu menampakkan diri bahawa dia sangat menginginkan wanita itu. Walhal sekilas di air sudah tahu jantan betina, inikan pula isi hati yang terpancar di raut muka.

Tak mengapa, dia masih punya seribu satu cara. Pantang mengalah yang namanya Izham Hayqal. Tunggu Raysha Adilla, suatu hari nanti kau akan aku takluki jua.

Toxique [OG]Where stories live. Discover now