BAB 21

253 9 0
                                    


FARHANA menghempas majalah yang tadinya sedang dibelek ke atas meja. Menggelegak darahnya dengan cerita dari Raysha Adilla. Ikutkan rasa, hendak diganyang mamat bernama Izham Hayqal itu. Paling dia alergi dengan lelaki yang berperangai sebegitu.

"Kau tahu aku panggil lelaki macam tu apa?"

Raysha Adilla senyap. Terdiam lemah tak bersuara.

"Fuckboy! That type of guy can say 'I love you' and still cheats."

Keluhan kesal terbit dari bibir Raysha Adilla tanpa sedar. Nasi pun sudah menjadi bubur, apa lagi yang boleh dibuat.

"Kau berhenti je lah dari situ, cari kerja lain. Menghadap muka buaya jantan tu pun tiada guna." Selar Farhana. Raysha Adilla pun bukannya tidak berkualifikasi, cuma gadis itu saja yang terlalu memilih. Kalau setakat mahu cari kerja kosong, banyak lagi yang menawarkan jawatan serta tangga gaji yang bagus. Bukannya syarikat Izham Hayqal seorang yang punya prestasi yang baik.

"Aku dah pesan banyak kali Dilla, tapi kau degil. Tengok sekarang, sendiri yang sakit." Tambahnya lagi.

Raysha Adilla masih diam tidak berkutik. Tiada semangat mahu membalas atau menangkis kata-kata Farhana.

Ini pun Farhana tidak mengetahui bahawa Izham Hayqal pernah menidurinya. Kalau tahu, rasanya boleh kiamat. Mahu pecah kokleanya dengan ceramah dan nasihat yang berbondong-bondong dari mulut pedas Farhana. Pasti berdas-das serangan peluru berpandu yang bakal terlancar.

"Dia dah ada tunang." Tutur Raysha Adilla perlahan. Hampir kepada tidak dengar. Seperti berkata pada dirinya sendiri. Namun telinga Farhana yang seperti telinga kuali, laju saja dapat menangkap butir bicaranya.

"See? Dahlah, lupakan dia. Kasihan tunang dia kalau tahu tentang ini."

Berlapis-lapis kerutan di dahi Raysha Adilla dengan ujaran Farhana. Tunang lelaki itu pula yang dikasihankan, habis perasaannya yang separuh hancur ini tidak layakkah dipeduli?

"Yang kau beria back up perempuan tu pula dah kenapa? Aku ke dia kawan kau?!" Raysha Adilla mula panas hati. Entah kenapa, cepat pula barannya naik akhir-akhir ini. Penangan Izham Hayqal punya fasal.

"Sebab kau kawan akulah, aku tak nak kau buat benda merepek."

Raysha Adilla sengih jahat. Otaknya mula menjelajah jauh memikirkan jika rasa sakit yang dirasakan boleh dibalas kembali. Biar sama-sama rasakan sakitnya. Barulah adil.

"Aku tak sebelah mana-mana pihak. Aku sendiri tak tahu apa status hubungan kau orang memandangkan kau pun tak ada bercerita sangat. Cuma aku nak pesan, jangan korbankan masa depan kau semata-mata sebab ego. Tak berbaloi, Dilla." Panjang lebar Farhana memberi nasihat.

"You deserves someone better." Tekan Farhana ingin meyakinkan Raysha Adilla bahawa lelaki itu tidak layak untuk diperjuangkan.

"And he deserves my vengeance." Tukas Raysha Adilla dengan muka tak berperasaan.

Farhana mengeluh. Berat masalah rakannya ini. Tidak tahu dia mahu memberi respon bagaimana lagi. Begini salah, begitu juga salah.

"Aku tahu kau tak jahat dan masih waras, Dilla. Please... he's not worth it. Leave him, he is toxic. Forget, heal and find somebody new. Cari kebahagiaan kau sendiri."

Raysha Adilla tertunduk menekur. Andaikan perbuatan semudah kata, sudah lama dibuang nama itu dari hidupnya. Dan kalaulah jalan cerita boleh diubah sesuka rasa, tak perlu berterih untuk dia cuba sembuh dari luka.

Farhana tak faham. Tak akan pernah faham.

Toxique [OG]Where stories live. Discover now