BAB 41

306 8 0
                                    


SEUSAI menyalam Encik Zamri, langkah Izham Hayqal dituju ke dapur. Dia kemudian meletakkan bungkusan makanan yang diberi oleh Hanani tadi di atas meja.

"Mak Teh, ni ada makanan sikit." Beritahu Izham Hayqal pada pembantu rumah yang sudah dianggap seperti ibu angkatnya. Wanita itulah yang menjaga dia dan adiknya selepas Puan Malia pergi meninggalkan mereka dua beradik.

"Apa tu? Kamu beli ke? Kan Mak Teh dah kata tak payah beli apa-apa Qal. Mak Teh masak banyak ni." Mak Teh mula membebel. Geram kerana Izham Hayqal tidak mendengar kata.

"Tak lah, mana ada Qal beli. Ni ada orang bagi tadi." Nafi Izham Hayqal.

Raysha Adilla yang mendengar tak mampu menahan riak meluatnya. Dia menjulingkan matanya ke atas. Cakap sajalah bekas tunang kesayangan intan payung kasih yang bagi. Orang konon, si Hanani tu bukan orang ke? Macamlah ada alien yang nak bagi makanan.

"Haa ya lah. Letak atas meja tu, nanti Mak Teh hidangkan sekali dengan lauk yang lain." Kata Mak Teh tanpa menoleh. Tak menang tangan dia memasak pelbagai juadah istimewa bila tahu anak majikannya pulang.

Setelah Izham Hayqal meninggalkan dapur, Raysha Adilla kian mendekati Mak Teh. "Mak Teh nak Dilla tolong apa-apa?" Pelawanya menghulur bantuan.

"Eh tak usah... Dilla dengan Qal berehat saja dulu, mesti penat kan baru balik kerja. Lagipun dah nak siap dah semua ni." Bantah Mak Teh enggan menyusahkan. Sudah bertahun memang inilah pekerjaannya, jadi dia sudah terbiasa lakukan semua sendiri tanpa pertolongan orang lain.

Rancak bersembang dengan Mak Teh, Irfan Haydar tiba-tiba masuk ke ruangan dapur.

"Err... akak." Panggil Irfan Haydar menggamit kakak iparnya sambil bersandar pada kaunter dapur.

"Ya?" Sahut Raysha Adilla.

"Papa ada beritahu yang akak ada Master in Architechural kan?"

"Ha'ah, cuma tak apply Ar. je." Canda Raysha Adilla dengan tawa halus. "Kenapa Ipan?"

"Nanti akak tolong Ipan kejap boleh? Tengokkan apa yang Ipan lack, peninglah last semester punya projek ni asyik kena redo je. Lecturer tu pun dah muak agaknya tengok muka Ipan." Adu Irfan Haydar dengan muncung panjang. Berharap dirinya dikasihani.

Raysha Adilla gelak kecil. Faham akan situasi pelajar senibina seperti Irfan Haydar kerana dia sendiri sudah melaluinya.

"Okay, lepas makan malam nanti akak tengokkan." Setuju Raysha Adilla tidak keberatan. Mungkin inilah masa untuk dia membina hubungan rapat dengan ahli keluarga Izham Hayqal. Selama ini pun jarang sekali mereka berbual.

"Terbaiklah akak." Puji Irfan Haydar dengan gaya ibu jari diangkat tanda bagus. Senyuman manisnya jelas terlorek tanda dia gembira.

Raysha Adilla menggeleng perlahan dengan senyum senget. Macam-macam gaya bahasa budak zaman sekarang.

Toxique [OG]Where stories live. Discover now