BAB 46

134 6 0
                                    


KEPALA yang terasa berat dipicit perlahan. Kelopak mata dibuka dan Raysha Adilla cuba untuk memproses apa yang telah berlaku. Tangan spontan naik meraba tubuhnya yang diselimuti kain pelikat. Dilihat sekeliling, dia masih di sofa yang berada di ruang tamu.

"You're awake. Eat the breakfast, I'm leaving." Ujar Izham Hayqal yang sedang memakai jam tangan di sofa yang bertentangan. Kelihatan lelaki itu sudah bersiap kemas dengan t-shirt polo dan seluar khakis.

Meski tulang belulang terasa sakit, Raysha Adilla gagahkan juga diri untuk bangkit dari pembaringan. "Don't you think you should apologize?"

"For what? For making love with my own wife?" Soal Izham Hayqal dengan kening yang dijongket sebelah.

Raysha Adilla gelak sinis. "Love? This isn't love, this is lust."

"Whatever you call it." Ujar Izham Hayqal seraya mencapai gugusan kunci dan keluar begitu sahaja. Meninggalkan Raysha Adilla dengan emosi yang berantakan.

Menyesal? Lebih dari yang boleh diungkap.

Beberapa minit tetap di posisi itu, akhirnya Raysha Adilla mencari kekuatan untuk bangun dan perlahan-lahan menuju ke biliknya.

Pili air dibuka lalu dia menyucikan diri. Tidak dapat menahan rasa sakit di hati, Raysha Adilla menangis di bawah pancuran air. Tidak tahu perkataan apa yang boleh menggambarkan sesakit apa perasaannya tika ini.

Sesudah mandi wajib dan mengqada' solat subuh yang dia tertinggal, langkahnya dibawa ke dapur. Dilihat beberapa keping roti bersama mentega dihidang dengan teh panas. Bukan rasa terharu, malah meluat kerana tingkah Izham Hayqal yang membingungkan. Sedikit pun dia tidak menjamah. Dibiarkan saja di atas meja, bertutup dengan tudung saji.

Tak mahu rasa terperap, Raysha Adilla mengambil keputusan untuk berjalan di taman. Udara pagi yang segar dihirup nyaman. Daun pokok yang meliuk-lentok dipukul angin memberi sedikit ketenangan dalam jiwa Raysha Adilla yang membungkam penuh kecelaruan. Dia cuba melarutkan kepiluan hati yang mula berdarah kembali.

Ke mana takdir ini membawaku wahai tuhan?

Sedang Raysha Adilla leka menikmati keindahan alam ciptaan yang Maha Besar, tiba-tiba dirinya disapa.

"Dilla?"

"Ana." Raysha Adilla agak terkejut dengan kehadiran Farhana di situ. Kelihatan wanita itu berpakaian sukan. Baru sudah senaman mungkin. Dulu sewaktu dia masih satu rumah dengan Farhana, memang rakannya itu rajin ke taman pada hujung minggu. Sampai sekarang, tabiatnya masih sama.

"Kau sihat?"

"Hmm." Raysha Adilla sekadar angguk kecil mengiakan. Luaran memang sihat, tapi dalaman sakit seperti tiada ubat.

Farhana senyum nipis. Ruang kosong di sebelah Raysha Adilla kini diambil. Lama jeda. Mungkin agak janggal kerana insiden kali terakhir mereka bersua.

"Aku minta maaf." Akhirnya Farhana membuka bicara.

"Sebab?"

"Aku terlalu emosi masa tu sampai cakap yang bukan-bukan. Instead of trust and defend you, I go against you. I'm sorry, I shouldn't say those hurtful things."

"It's fine, I'm used to be hate." Kata Raysha Adilla tanpa perasaan. Matanya masih memandang tasik yang terbentang luas di hadapan.

Diam. Farhana terkelu. Tak tahu mahu membalas apa. Hanya riak simpati yang mampu ditayang. Dia tahu kisah hidup wanita itu sudah terlalu sadis untuk dijalani. Dia pula hanya menambah berat dengan melukai hati Raysha Adilla lagi.

"Kau ada masalah ke?" Soal Farhana apabila raut wajah Raysha Adilla kelihatan sugul. Muka tak bermaya wanita itu diamati dengan rasa kasihan. Dia bukannya sehari dua mengenali Raysha Adilla, dia tahu ada sesuatu yang tidak kena.

Raysha Adilla ketawa. Masalah dia ni kalau diceritakan pun tak ke mana. Lebih baik dia memendam saja.

"Muka aku ni memang dari dulu nampak macam orang yang ada banyak masalah ke?" Seloroh Raysha Adilla dengan senyum sumbing. Cuba menutup kesedihan diri.

"Dilla, I'm serious. I don't think it's fine to joke about your pain."

Raysha Adilla melorek senyum lemah.

"You know you always have me. I'm here if you need someone to talk."

Segaris senyuman diukir. Dia tahu Farhana ikhlas, cumanya dia tidak tahu mahu mula dari mana. Lagipula ini soal rumah tangganya. Masakan dia mahu mencanang buruk suami. Aib dan pekung dalam hubungan mereka rasanya tak perlu dibahas. Cukup ditelan dan didoakan.

"Is it your husband?" Teka Farhana. Dari awal dia sudah dapat mengagak bahawa Izham Hayqal itu sejenis yang tidak layak dibuat suami.

"Ana, aku tahu dulu aku selalu cerita pasal dia. Macam mana dia buat aku, sakitkan aku, abaikan aku. Tapi itu dulu. Masa tu, dia bukan sesiapa. Tapi sekarang dia dah jadi suami aku. Apa pun yang jadi di balik tirai, aku cuma harap kau doakan yang terbaik buat kami."

Farhana mengangguk perlahan. Memahami privasi yang cuba dijaga.

Raysha Adilla yang kini tak seperti yang dulu. Lebih matang dan banyak mengalah. Sedikit sebanyak, Farhana lega melihat perubahannya.

Lama berbual-bual kosong, tidak sedar masa berlalu begitu pantas. Raysha Adilla mulai pamit. Namun beberapa langkah meninggalkan kerusi batu yang diduduki sebentar tadi, namanya kembali diseru.

"Dilla." Panggil Farhana.

"Ya?" Tanya Raysha Adilla sesudah berpaling.

"Fi Hifzillah."

Raysha Adilla hanya menyambutnya dengan senyuman. Kata-kata Farhana diaminkan dalam hati. Ya, semoga saja Allah memberi kesembuhan untuknya. Ketenangan serta kebahagiaan yang selama ini dia cari.

Tak banyak, sedikit pun jadi. Sisakan dirinya sedikit bahagia layaknya orang lain, wahai Tuhan penguasa seisi langit dan bumi.

Toxique [OG]Where stories live. Discover now