BAB 52

132 8 1
                                    


RAYSHA Adilla yang sedang ralit mencuci pinggan mangkuk ditegur oleh Mak Teh.

"Sudahlah tu Dilla, tinggal je situ. Sekejap lagi biar Mak Teh kemaskan." Tegah Mak Teh apabila melihat menantu majikannya sudah comot dengan sabun dan periuk belanga yang kotor.

"Eh tak apalah. Mak Teh dah masak penat-penat, Dilla tolonglah basuh pula. Tak akan nak melantak je tahu." Balas Raysha Adilla dengan tawa kecil. Ingin mewujudkan suasana mesra.

"Alah, Mak Teh dah biasa. Selama ni pun memang inilah kerja Mak Teh."

Raysha Adilla tersenyum. Agak kagum dia dengan Mak Teh. Pembantu rumah yang sudah berumur 50-an itu masih mampu mengurus rumah sebesar ini seorang diri. Kalau dia, sudah lama terkulai layu rasanya. Tak larat!

"Dilla, kamu dengan Qal tidur sini malam ni ya?" Tanya Encik Zamri, tapi lebih kepada sebuah permintaan yang tidak boleh dikatakan tidak.

"Err..."

"Ha'ah pa, kami tidur sini malam ni." Izham Hayqal yang tiba-tiba muncul entah dari mana mula menyampuk perbualan antara isteri dan ayahnya. Tangan diselinap ke celah pinggang Raysha Adilla tanpa amaran.

Terkejut bukan kepalang lagi Raysha Adilla dibuatnya. Nasib baik tidak terlepas pinggan kaca di tangan, ngilu rasanya. Kus semangat kalau pecah pinggan kesayangan mertua.

Meskipun diserang kebingungan akan perlakuan Izham Hayqal, tetapi tidak pula Raysha Adilla menolak memandangkan Encik Zamri masih di situ. Nanti apa pula kata si bapa mertua. Jadi dibiarkan saja tangan besar Izham Hayqal kekar pada tembok sinki, mengunci pergerakannya.

"Haa baguslah, Mak Teh pun dah kemas bilik kamu. Tapi katil bujang tu Mak Teh tak sempat nak minta tolong Ipan tukarkan dengan double, ada dalam stor. Dari hari tu lagi nak tukar, tapi tak menyempat. Kalau rajin, pergilah angkat dulu." Maklum Mak Teh.

"Haa, betul tu. Pergilah Qal sementara Dilla tengah basuh pinggan ni. Karang dah sudah, boleh dia terus rehat." Sahut Encik Zamri pula.

"Alaa... tak payahlah papa, Mak Teh, biar je katil tu dekat situ. Nanti Qal ambil toto dalam bilik belakang." Balas Izham Hayqal, menolak cadangan mereka. Bukan apa, malas pula dia mahu angkat mengangkat malam-malam buta ni.

"Dilla tak apa ke tidur atas toto je?" Soal Encik Zamri risau jika wanita itu tidak selesa.

"Eh, boleh je pa. Dilla tak kisah pun." Pantas Raysha Adilla membuang jauh fikiran negatif Encik Zamri. Padahal entah ya, entah tidak. Badannya ini sudahlah senang sakit. Tidur di permukaan yang keras, memang menahanlah esok pagi deritanya.

"Hmm... ikut suka kamu berdualah. Papa naik dulu, nak solat isyak." Pamit Encik Zamri dan disambut anggukan dari anak menantunya.

"Mak Teh pun pergilah berehat, yang ini biar saya dengan Dilla yang selesaikan." Suruh Izham Hayqal lantas menolak lembut tubuh Mak Teh agar meninggalkan pekerjaan dapur itu.

Mak Teh yang pada awalnya agak keberatan diyakinkan dengan senyum angguk. Niat sebenarnya ingin berdua-duaan dengan Raysha Adilla, kerana itulah dihalaunya semua.

"Banyak lagi ke? Nak aku tolong?" Tawar Izham Hayqal yang masih kekal dengan posisi yang sama.

"Tak apa, dah nak sudah dah pun. You pergilah naik tidur dulu." Tolak Raysha Adilla. Tidak selesa dikepung begitu oleh Izham Hayqal.

Izham Hayqal tidak mengendahkan suruhan Raysha Adilla. Dia kemudian merenung sisi wajah isterinya. Helaian rambut yang jatuh disangkut pada celah telinga. Cantik, tiada apa yang kurang. Mungkin selama ini aku yang telah salah menilai. Detik hatinya.

"Qal."

Raysha Adilla berpusing menghadap ke kiri. Dia mahu menolak lelaki itu dari terus menyentuhnya. Tetapi Izham Hayqal bertindak di luar ekspektasi. Tidak semena-mena, bibirnya dicium.

Raysha Adilla terkesima. Statik dia tidak bergerak, cuba memproses apa yang berlaku.

"Wow! What a scene. Sorry doh, wrong timing." Irfan Haydar yang turun ke dapur untuk membasahkan tekak terus membatalkan niat apabila tanpa sengaja terlihat wayang percuma. Dia kembali naik ke biliknya.

Muka Raysha Adilla sudah membahang merah menyala. Malu tak usah cakaplah. Hendak buat adegan pun, kenapa harus di khalayak begini? Di depan Irfan Haydar pula tu. Nasib baik bukan di depan Encik Zamri atau Mak Teh. Lagilah dia rasa mahu menyorok dan terperosok di hujung dapur.

"You ni kenapa?!" Marah Raysha Adilla dengan tingkah Izham Hayqal yang sukar difahami. Sekejap elok, sekejap tidak. Sekejap macam benci, sekejap macam suka. Orang gila pun boleh pening kepalalah!

"Tak ada apa." Balas Izham Hayqal selamba lalu meninggalkan ruang dapur seperti tiada apa yang berlaku.

Sudah buat orang malu, dia main pergi begitu saja. Geram betul aku dengan perangai dia inilah. Sungut Raysha Adilla dalam hati.

Toxique [OG]Where stories live. Discover now