KEDUA-duanya berhenti di bawah langit yang sama. Berpijak pada tanah yang nyata. Aku menukar posisi untuk menghadap ke arahnya. Tidak jauh dan tidak dekat cukup sahaja aku tahu keberadaanya.
Labiru menatap cemani.
Lumina menjadi saksi.
"puitisku diberi nama Pecundang, tolong jangan memberi komen yang buruk dan jahat" amaran awal dari aku.
Dia hanya sekadar mengagguk sambil menyandarkan kepalanya ke batang pohon yang redup. Kelopak matanya semakin memberat dan kelihatan sangat indah sekali. Aku mahu memujanya. Sungguh.
Tangan ini memegang diari tentang semesta, halaman pecundang di bawah awan.
mengulum lidahku sebelum memulakan bacaan puitis agar rasa gugup dalam dada kiriku ini hilang dibawa debu pasir yang berterbangan.
Sedia. aku mula dari bawah.
"Oh dwidunia yang menjajikan sebuah pengharapan,
cemani ini melihat sosok tubuh seorang lelaki,
lagut memuja juitanya,
Dalam balada orang-orang tercinta,
cemani tidak tahu apa yang dia harus lakukan untuk tetap menjauh,
langit itu harus dipandang sebagai langit, mana boleh ingin memeluknya"tamat
Aku menutup diari ini perlahan-lahan tanpa berpaling menghadap ke arahnya.
Sejujurnya
aku takut
Sekali
Aku takut dia sudah tahu.
"kamu..."
Tolong semesta, sampaikan khabarku kepada Bulan bahawa aku saja sudah cukup untuk memulihkannya
"apa kamu dilamun cinta?"
"Cinta?"
Gila. Dia memang lelaki gila. Semesta, aku mahu mati saja. Aku tidak sanggup membaca puitis tentang dia lagi.
"IYA, CINTA!" "jasmine, cepat bagitau aku. Lelaki mana yang paling malang sekali tu!"
Kamu.
"Owhh, kau dalam diam-diam simpan perasaan kat someone..."
Sebab kau hilang ingatan
"Ni mesti kes she fall first and then he fall harder"
Bukan
He fall first and then she fall harder. But now he forgetten. she still fall harder, everday and every moment she spend with him thought he will remember back one day.
But, its all useless.
There was a barrier between them.
"Oh Jasmine, kenapa selama ni aku buta. Patutla kau selalu pergi menyusup senyap-senyap kat taman bunga waktu rehat. Kau sedang bermanfaatkan masa lengang kau dengan menulis puisi-puisi yang indah tentang dia yang kau puja"
"Betul"
"Serius! Aku bangga dengan kau Jasmine. Kalau aku perempuan dah lama aku peluk kau"
"Langit itu harus dipandang sebagai langit, mana boleh ingin memeluknya"
Bisikan aku cukup untuk telingaku saja yang dapat mendengarnya. Tidak termasuk dengan air mataku yang sedang bertakung ini.
Semangat ya
"Apa langit??"
Overwhelming ecstasy
Our bodies move in harmony
Always waking breathlessly
From dreams that leave me wanting more of you
These silly games we play
Stupid ways to make you stay
My heart's split open on display
I can't wait another day
To touch your face, to hold youLagu kegemaranku menjadi nada dering di telefonnya.
Jupiter dari Flower Face
"Sebentar ya, aku harus menjawab panggilan ini"
Aku mengganguk dengan lemah dan mengelap titisan air mata ini sejurus saja dia berpaling ke arah lumina.
Sebahagian dariku menjadi miliknya.
Tetap berkongsi dan saling bertukar jiwa untuk aku faham kamu dengan lebih mendalam
Walaupun sekarang kita sudah seperti magnet yang kutubnya sama.
Kamu masih tetap langit yang sama yang kupuja.
Tolong jangan putus asa terhadapku.
"aku ada berita gembira"
"Apa"
"Sepupu aku akan belajar di sini, Namanya Danish"