Aiman bergegas masuk ke dalam bilik konti, menuju ke bilik pintu pertama dan terus memulas tombol. Muka Mikael yang mempunyai line berwarna merah di dahi terpampang di hadapan menyebabkan Aiman hampir menghaburkan ketawanya.
"kenapa kau kunci aku?"
"ha? bukan akulah"
Aiman terus mengerutkan keningnya kemudian matanya jatuh ke arah Nadia. Mereka saling bertatap, 2 saat dan kemudian Nadia berpaling melarikan anak matanya sembari berpura-pura membetulkan tudung dihadapan cermin setinggi tubuh badan.
"aku..."
belum sempat Aiman mahu membela dirinya, Mikael terus memberikan kertas A4 yang sudah dilapit kepada 4 bahagian kepada Aiman.
"nah puisi untuk bulan ni" kata Mikael yang sedang menggosok mata teduhnya menandakan bahawa dia masih perlukan istirehat lagi.
Dia nggak ada masa untuk berbalah. Pada masa ini, dia hanya mahu baring di atas katil yang empuk beserta selimut yang hangat pada waktu hujan atau cuca sebegini, cuaca yang lembap setelah hujan turun. Tapi malangnya semua itu hanya dapat ditunaikan setelah dia pulang ke rumah iaitu kira-kira pada pukul 2 petang lebih.
"wah... bagus-bagus" Aiman meneliti puisi-puisi indah yang ditulis oleh Mikael.
"tapi aku tak boleh letak keempat-empat puisi kau, sebab syaratnya satu puisi seorang sahaja"
"owhh, kalau macam tu..."
Mikael mengambil semula kertas untuk memilih salah satu puisi yang terbaik menurutnya, tapi setiap puisi yang dikarang olehnya punyai melodi dan filem tersendiri yang sayang untuk dicalonkan sebagai puisi sampingan, tanpa membuang masa, satu baris tajuk pada puisi yang keempat yang dibaca di dalam hati telah menang tanpa bertanding. Puisi itu adalah salah satu puisi ajaib yang hidup di dunia nyata.
"aku pilih yang ni"
"owh, Gadis yang..."
Mikael terus menakup mulut Aiman menggunakan tangan kanannya manakala jari telunjuk tangan kirinya diangkat ke bibir sebagai isyarat 'diam tolol!'. Matanya dijegilkan karna dia malu puisinya didengari oleh pelajar lain di dalam bilik konti itu ditambah pula suara Aiman itu kalah speaker dewan.
"owhh, faham faham" Aiman memahami maksud tersirat Aiman itu sembari mengangguk dan berpura-pura mengalihkan topik perbicaraan.
"so, kau nak main bola petang esok? Aku tengah cari dua orang lagi."
"untuk apa?"
"untuk meraikan penutup bulan Jun, hujung bulan ni"
"owhh, okay. Aku on"
"cun"
"eh, letak nama Danish sekali dalam list tu"
"okey, no hal"
"aku gerak pergi kelas dululah" kata Mikael selepas membelek aktivitas di dalam telefonnya.
Aiman sekadar mengangguk tatkala Mikael berpaling menuju ke pintu keluar, dan kemudian tepat saja pintu ditutup kembali. Aiman terus memandang Nadia yang tercerut di sudut dinding.
"kenapa kau kunci pintu Mikael tadi?"
"sebab ada Jasmine kat luar"
"kenapa kalau ada Jasmine sekalipun, bukan masalah kau kan?"
"......."
Suasana bilik konti menjadi tegang, semua pelajar yang ada dalam bilik memberhentikan tugas untuk memasang telinga karna konflik yang terjadi antara Nadia dengan Aiman adalah perkara biasa, tetapi pergaduhan kali ini adalah suatu masalah yang serius yang belum pernah terjadi, Aiman seolah-olah lebih memenangkan Jasmine berbanding Nadia yang nggak ada tolok bandingnya.
"aku minta maaf"
tiga kalimat ini membuktikan bahawa Nadia menang, selain bicara yang lembut, egonya juga ikut turun karna dia merasakan bahawa perbuatannya menjadi penyibuk dalam hal orang lain itu adalah salah satu tindakan yang salah. Dia adalah seorang yang cepat membaca manusia melalui nada suara, gerakan tubuh dan tatapan mata seseorang, cepat kasihan dan juga miliki perasaan ingin tahu yang kuat yang boleh memakan dirinya jika tidak dikawal dengan baik.
Benar, Manusia juga nggak suka jika ada orang yang tidak dikenali berpura-pura tahu tentang semua perkara, buktinya hanya ada di depan mata, bicara Aiman yang tegas ini Nadia tidak suka. Makanya biar dia aja yang menjadi air di dalam lautan api, ganjil tetapi menyenangkan selama mana hal itu tidak menyakiti Aiman.
"jangan. Jangan ulang lagi tiga perkataan tu. Kau tak salah apa-apa, aku yang sepatutnya minta maaf sebab pressure kau. tindakan kau kunci pintu tu tadi sebenarnya betul" Aiman menyedari perbuatan yang tadi itu keterlaluan.
"aku just rasa kalau kau kat tempat aku, kau akan buat benda yang sama sebab nak tolong kawan kau dari jatuh dalam lubang yang sama, cuma kali ni dia buta" Anak mata Nadia berlari ke arah lain.
"maksud kau?"
"Jsmine memang bahaya untuk Mikael, bukan?"
Nadia terus menatap mata Aiman"apa yang membuatkan perasaan kau cenderung untuk berfikir ke arah tu?"
"aku sebenarnya ada kat tempat kejadian, berhampiran dengan pondok bas waktu hujan lebat, pertengahan bulan maret"
🌻🌻🌻
Mikael berjalan keluar tatkala pintu lif sudah terbuka pada aras 2, dia sudah berjanji untuk masuk ke dalam kelas subjek biologi dan tidak akan ponteng lagi walaupun sebenarnya dia sudah membazir masa dengan melalui jalan di aras dua padahal kelasnya di aras tiga, dia sengaja membuang waktu untuk melihat seseorang dari jauh sebenarnya dan itu adalah perkara biasa yang dia lakukan. Dalam pada itu beberapa orang pelajar perempuan di luar pintu lif terus menyerbu masuk menyebabkan pergerakan Mikael terbatas. Dalam keramaian itu dia mendengar suara gadis yang memanggil dirinya.
"Mikael, Julia minat kau dari sem satu lagi, notice lah dia cepat"
"ish, janganlahh"
gelak tawa gadis-gadis di dalam lif yang mengeletis meletus seolah-olah meminta perhatian. Mereka sempat menahan pintu lif dari tertutup untuk menunggu respon Mikael.
Julia nama yang disebut mereka, junior di kolej yang kerap kali cuba untuk melakukan eye contact dengannya, ke mana saja dia ada Julia pasti ada, dia cantik dan baik cumanya dia salah pilih teman sosialis yang nakal, karna itu Mikael menukar kelab dari fotografi ke kelab konti karna nggak mahu didekatin Julia ,membatasi diri untuk rehat di kafe karna sering menerima kode-kode yang dihantar oleh temannya, rimas dan perkara itu menggangu rutin hariannya seolah-olah dia pernah mengalami dalam situasi seperti ini suatu ketika dahulu. Mikael berpaling ke belakang, bertatap mata dengan Julia seraya berkata."maaf, hati aku orang lain dah pegang. Dan. Aku taknak kau. Jangan ganggu aku lagi"
──────
Why? why me?12:48