8

126 3 0
                                    

USAI selesai menghantar tugasan sastera, aku terus keluar dari pintu hadapan bilik guru; pintu pelajar. Diluarnya ditunggu kelibat seorang pria yang sedang menelefon seseorang sambil matanya mengerling kearahku seolah-olah aku ada kaitan dengan panggilannya.

"sudah pulang? Okay"

Sudah pulang? Siapa ? Aku ingin tahu tetapi kerna hubungan kami tidak begitu rapat aku batalkan hasratku. Tidak mahu dianggap kaki penyibuk kelas pertama. Lagi pula boleh jadi dia sedang menelefon pacarnya atau mantannya. Eh tidak mungkin, orang yang tulus sepertinya tidak mungkin punya pacar. Punyai pacar itu hal yang kotor.

"Mikael kata dia sudah pulang. Sebab ada kerja dia kena siapkan"

"owh"

haha

.........

"kalau macamtu, kita balik dululah." tutur aku kepada Danish.

"okay"

Jasmin. Takkanlah dia tak tunggu, kau nak diam sampai balik. Dia bukannya teman lelaki kau. Status hubungan korang pun aku taktau. Nak kata kawan kau tidakkan, teman lelaki lagilah jauh. Teman tapi mesra?

Istilah tu tak wujud.

Lagi satu, jangan mudah jatuh cinta. Jatuh cinta itu musibah. Lebih baik kau fokus belajar.

Nasihat Nadia seperti mengingatkan aku kembali tentang fatamorgana senja .Menarik tanganku dari dalam laut untuk bernafas. Cahaya naluri untuk jiwa yang lelah. Kewujudan Nadia Tihani umpama tali dari langit semesta dalam hidupku.

Betullah tu

Dan kau jangan fikir tentang hal konyol kat taman bunga. Aku cubit kau nanti.

Sebenarnya aku boleh agak dia akan kata begitu jika aku ceritakan hal ini kepadanya. Mesti dimarahin loh.

"area rumah kau sama dengan Mikael?"

Pertanyaan Danish membuatkan aku kembali sadar ke alam nyata

"sama. Rumah aku dekat atas rumah dia dekat bawah."

"belah kanan?"

"yes"

"owhh"

"rumah kau kat mana?"

"aku takde rumah sendiri. aku tinggal dengan Mikael, buat masa sekarang"

"Buat masa sekarang?"

"yup. Ibu bapa aku dah meninggal jadi keluarga Mikael saja yang nak ambil aku. Lagipun aku anak tunggal dan aku ingat nak buat part-time dalam masa terdekat. Dengan duit tu aku nak sewa rumah dekat area sini juga"

Sisi baru yang aku tahu tentangnya.

"owh. sorry" salahku kerana menanyakan soalan yang sensitif yang mengamit emosinya.

"takpa. Lagi pun ibu bapa aku dah lama meninggal, so aku prefer tinggal sorang-sorang"

"..." mulutku lebih baik dijahit.

"Tapi, tolong jangan bagitahu Mikael pasal ni?. Dia mesti marah teruk gila kalau tahu aku nak cari duit sendiri. Dia berkeras suruh aku tinggal dengan dia walaupun nanti aku akan susahkan keluarga dia."

Kepalanya dipusingkan untuk melihat ke dalam kelopak mataku, mencari kepastian sama ada aku akan menolongnya atau sebaliknya. Aku jadi kasihan padanya tapi dalam masa yang sama Mikael sepertinya harus tahu hal ini, jadi..

"okay. Jangan risau, rahsia kau selamat di sini" aku meletakkan tangan kananku atas dada kiriku. Rahsia Danish ini kayaknya penting.

Secara automatisnya. Aku meniru perilaku mikael dalam menyimpan rahsia seseorang. tanpa sadar aku ukirkan senyuman apabila mengingat Mikael sosok yang kupuja.

Tentang SemestaWhere stories live. Discover now