DI dalam kelas yang terpencil ini, semua orang tampak sibuk melakukan hal masing-masing, sedang menunggu guru seterusnya untuk masuk bagi memulakankan pembelajaran selepas tamat waktu rehat.
"Danish"
Dia memusingkan badannya kebelakang
"ini aku kasi tisu"
"terima kasih..."
Selesai memberi tisu kepunyaanku kepada Danish untuk dia menggosok bajunya yang basah walaupun tisu itu mungkin tidak membantu sama sekali.
Tetapi sekurangnya aku berasa senang bisa menolongnya.
Melihatkan bajunya yang separuh basah itu mirip seperti perilaku Mikael pada hari kedua di kolej ini. Sewaktu dia keluar dari tandas kemudian kami bertentangan mata, terus dia pusing kebelakang dengan telinganya yang memerah. Berjalan laju sehingga tersandung kasutnya sendiri.
Aku hanya tersenyum melihat perilakunya yang aneh dan lucu.
Walaupun hal yang sepele itu dianggap biasa oleh mata orang lain, tetapi untuk aku dia sudah berjaya membuat aku jatuh cinta.
Pria yang berada di hadapanku ini ialah cerminan masa silamku
Dia umpama karya abadi dalam jasad yang mati.
Kesatria yang kehilangan puterinya.
Dan Jatuh dalam jurang yang dalam tiada berpintu,
Puteri yang dipersalahkan tidak mungkin akan menghukumnya.
Jadi sehingga jasad karya itu hidup semula puteri itu akan sentiasa menunggunya, biarpun memakan beratus tahun kerna dia masih belum melunaskan hutangnya yang tersisa.
Setia menunggu berkemungkinan yang manis atau pahit.
Yang tulus,
JasminMenutup buku putisku sejurus mataku menangkap sosok tubuh cikgu sejarahku sedang menaiki tangga dari tingkat satu menuju ke atas.
Pena terakhir aku menggarapkan putisku sebagai
Curhat seorang gadis buat Bintang yang dinamai Matahari.
🌻🌻🌻
"puisi, puisi, tolong hantar puisi"
tamat sesi pembelajaran hari ini dengan bunyian loceng yang terakhir.
Separuh dari kelas ini datang kepadaku untuk menghantar bait putis mereka manakala yang lainnya aku harus berjalan untuk menanyai sendiri. Ada yang bilang sudah siap tetapi waduh tertinggal di rumah neneknya. Ada pula yang memberi alasan dia akan hantar sendiri padahal belum tulis lagi. Yang paling kaget sekali ada yang bilang tidak tahu pula ada tugasan sastera. Jadi peringatan di dalam tele itu hanyalah sebagai mesej berantai, jangan percaya kalau tidak mahu ditimpa musibah tujuh hari berturut-turut.
Bacot
"selitkan aku punya bawah sekali, terima kasih" pinta seorang lelaki yang berbaju t-shirt putih sedang menggalas beg Nike berwarna hitamnya sebelum bergegas keluar dari kelas.
Raut mukanya tidak seperti kebiasaan.
Dia macam nak nangis.
Aku turut keinginannya dengan menyelitkan suratnya di bawah sekali.
surat terakhir dia titipkan buat juitanya yang paling dipuja.
Yang menjadi saksi adalah aku, di dalam kelas ini...
Mereka berdua seperti Matahari dan Pluto.
Mengapa pluto?
Kerana pluto mustahil untuk berselisih dengan Matahari apatah lagi kewujudannya diragui oleh segenap bintang. Dia hanyalah jasad kecil yang punya hati yang kuat.
Tetap cekal walaupun dia tahu tidak segampang itu untuk merelakan seseorang menghentikan perjalanan di tengah jalan cerita yang hampir menggapai takdir yang bahagia.
Merelakan seseorang untuk mencintai orang lain juga ialah suatu bentuk mencintai.
Hanya berharap masa boleh menyembuhkan lukanya.
"Jasmin" suara yang menarik aku ke alam nyata
"Kau nak pergi bilik guru kan?"
"Haa. Sebab nak nak hantar tugasan sastera"
"Boleh aku ikut? Sebab aku kena jumpa sorang cikgu ni kat sana juga"
"Boleh, jom"
"jom! lepastu kita tunggu Mikael kat bawah"
?
"okey"
Dia mula menunjukkan sisinya yang tidak pernah dilihat oleh aku.
Sisinya yang sangat bernilai di mata orang tepat.
Tanpa sadar aku jadi mahu tahu dia itu seperti apa
──────
Moonlight or STAR ?
15:37