2

112 7 0
                                    

🌻🌻🌻

Bip bip bip bip bip

Bunyi-bunyian yang tidak asing bagiku menggagu waktu tidurku, di dalam kelas yang terpencil ini.

bip bip bip bip

bising.

"Berhenti. Kamu bukan alarm aku"

"Sudah tiba waktu pulang Puan Jasmin. Sampai bila mahu beradu"

"Sampai kamu ingat semuanya"

".........." "semua? Maksudnya?"

"......."ah sudah "erm maksud aku formula, formula matematik yang aku buat khas untuk kamu. Tolong ingat semuanya ya"

"Baiklah..."

Hampir. Hampir saja aku mahu mengatakannya. Kalimat penutup itu. Aku sudah bersumpah untuk tidak membukanya semula.

"jom pulang, sampai bila mahu jadi boneka di situ. Kamu bukannya dilahirkan terus menjadi David"

Tutur seorang lelaki gila yang dengan sesuka hatinya mengambil beg sandangku dan terus beredar begitu sahaja. Sempat lagi memberikan senyuman bianglalanya.

Tidak mahu mengerti, aku terus membuka buku puitisku dan menulis sesuatu yang rakus di dalamnya.

🌻🌻🌻

Di tepian jalan kecil yang diterangi lampu-lampu neon yang berwarna-warni serta malap menghidupkan lagi suasana yang nyaman dan lakaran swastamita terbentang di lautan Lumina.

Aku memandang ke atas.

Langit seolah-olah berbicara denganku.

Menangislah.

"Hari ini kamu belajar apa?"

tutur dia yang berjalan bersebelahan denganku. Mata ini melihat irisnya yang berwarna coklat cair namun telah bertukar menjadi labiru, mungkin refleksi cahaya matahari yang hampir jatuh.

"Sastera"

"Owh, kamu sudah mula tulis puisi untuk sastera kamu?"

"Belum"

"Jujur denganku"

"Sikit saja"

"Baca"

"Aku tiada keyakinan"

"Aku ubat kamu"

"Ubat aku sudah luput"

"Pujangga mana yang mengatakan hal itu?"

"Pujangga Jasmine"

"HAHA,kamu lucu sekali!"

Dia menghamburkan ketawanya. Matanya tersenyum ke arahku.

Pada detik itu segala tentang dunia menjadi Sempurna

Lucu sekali ya

Apa lucu itu artinya gemas. Comel?

Jadi Aku ini comel?

Pertanyaan yang menyimpang.

Bukan

Kamu teruk sekali Jasmine. Antara bunga yang paling malang sekali dilakar oleh semesta.

Aku juga ikut menghamburkan ketawaku buat kali pertama. Qamari saja yang mengerti keperitanku ini. Semesta jatuh di bahuku tiada siapa yang tahu.

"Jadi, disebabkan kamu memanggil aku ini lucu, aku akan membacakan puitisku yang teragung"

Tentang SemestaWhere stories live. Discover now