Matahari di bawah teduh

138 1 0
                                    

Taman Bunga Sutera

Matahari di bawah teduh

kisah benar.
Dia, dihadiahi kirana mutia di balik mata kencananya,
Tatkala rintihan Hujan dan arakan mendung bergugus
Diksi-diksi indah mula bermain di segenap jagat raya
Jantung tidak mahu belajar berdetak perlahan
Saat matanya menatap cemani ini
Menembusi pandangan atma
Dia, terlalu indah jika hanya dipandang dengan lensa bugil
Nirmala, Matahari, Purnama, Romantis julukannya
Di atas Astaka Opera yang wilis ini
jatukrama aku itu wujud
Hanya pada detik itu
Teruntuk Langit
Aku mampu merasai seisi Dunia buat pertama kalinya
semesta juga tahu, dia adalah ratna dalam lokaku,
Hampir majnun aku dibuatnya

Yang Mencintai,
Jasmin Nirmala

Kitab yang menjadi saksi akan segala hal yang tersembunyi perihal manusia, alam, langit, Bulan, Bintang dan laskar aku tekapkan pada dadaku sejurus sahaja aku selesai membaca puitis lama yang aku garapkan 7 bulan yang lalu.

Mahu saja aku membawanya menaiki levitasi bersama atma kerna buku ini adalah titik nadiku.

Jika terbongkar aku akan mati lama-lama.

Kedengaran aneh bukan?

Iya benar

Aku itu aneh dan pelik, sok ganjil

Kata mereka yang tinggal di dalam tempurung usang

Aku itu nggak pantas untuk dilindungi apatah lagi dicintai oleh mana-mana kesatria. Aku itu lalat.

kata mereka yang persis syaitan membangkang ciptaan Tuhan

'Pergilah engkau dari sini, kembali semula ke longgokan sampah, rumah asalmu. Kau itu kotor dan jijik. Kami akan terpalit jika kamu semakin dekat. Makanya, jauh!'

Kata mereka yang sedang berpura-pura menjadi sekuntum Bunga.

Kata-kata, yang sebenarnya boleh dirumus sebagai sindiran, makian, dan serapah oleh mereka yang menggapnya dirinya sebagai anak Tuhan.

Aku boleh apa saja.

Selain memalingkan muka dan berdiam berdiri. Berteriak di atas tenggorokan seorang diri.

benar

Hancur lebih mudah dari bertahan

Mungkin pada detik itu hati aku sudah tidak berfungsi dan menjadi bangkai kerna sudah lama makan hati sehingga pada hari aku sendiri yang merapah hati orang lain.

Dan orang itu adalah Mikael. Dewa yang dipuja oleh Nirmala.

"Maaf"

Bunyi di sebalik semak samun di belakang membuat mataku terbuntang. Suara gadis yang paling kukenali. Aku mengalihkan kepala kebelakang tetapi tidak berdiri. Aku tidak boleh berdiri jika aku mahu mendengar apa yang dia mahu katakan. Jarak kami dekat cumanya landskap dinding yang diperbuat dari tumbuhan ini saja yang memisahkan kami. Pergerakanku statik dan terbatas.

"Aku dah ada orang lain. Aku jenis private relationship. Lagipun aku tak pernah suka kau. Mungkin cara aku buatkan kau mudah catch feeling. Tapi memang betul, aku tak pernah anggap kau lebih dari classmates walaupun kita cuma satu group waktu sejarah. Bagi aku kau okey ja. Cuma aku bukan orang yang tepat untuk kau. Hati aku, orang lain dah pegang."

Pedih. Kata-kata dari Matahari.

Tapi dalam masa yang sama aku juga dapat

panahan Deja vu.

"owh, okey. Terima kasih sebab... reject aku? HAHAHAHA"

sakit. sangat-sangat

julukan pluto

"Haih....Aku. aku tak menyesal confees dekat kau sebab aku rasa lega sekarang. Kalau aku tak confees mungkin aku masih lagi berharap. Dan masih percaya tepuk tangan berbunyi"

Suara lelaki yang aku kenali juga. Bepura-pura menutupi kesedihan di balik nada suaranya.

"aku salute kau sebab berani confees, aku anggap kita tak pernah borak tentang nih dan lepas nih kita kena kurangkan eye contact ya?"

"okey. Aku cuba"

"kalau macamtu aku pergi dulu. Jangan sedih-sedih tau. Kau kan lelaki. Kuat kuat kuat!"

"okey"

Dan gadis itu berjalan pergi meninggalkan tikaman luka yang paling dalam di dada lelaki itu.

Camtu jer

Laki juga punya perasaan anjir

"sial. Aku dah agak dah" tutur dia dengan suara kaca pecah

Setelah selang beberapa minit, aku memberanikan diri untuk berpaling ke belakang dan bangun sedikit untuk melihatnya.

Dia masih lagi disitu. Jelas raut kecewa bermain di wajahnya. dan sepertinya dia sedang mencari sesuatu di tanah

Batu diambil dari tangannya melalui intaian mata aku ini. Kemudian dia membaling batu itu jauh-jauh beserta jeritan carutannya.

Dia layak memahari apa-apa sahaja yang berada disekitarnya. Mengapa harus marah, sudah jelas sekali. Dia kecewa. Asalnya marah itu datang dari perasaan kecewa. Ada ketikanya manusia mentafsirkan perasaan kecewanya dari tangisan atau amukan. Tetapi jika seseorang itu sering dikewakan makanya ekspresi dan emosinya sudah hilang. Dia tidak memberikan reaksi apa-apa kerna sudah banyak kali ditikam. Hatinya juga sudah hancur bagaimana dia mahu meluahkan perasaanya.

.........

Kalau begini ya perasaan Mikael, aku juga turut sedih.

Jika ingatannya masih utuh mungkin dia sedang memuji-muji karma.

Tapi aku juga punya alasan sendiri.

Untuk mengelak bencana

──────

                                   12:00

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

12:00

Tentang SemestaWhere stories live. Discover now