9

76 3 0
                                    

Mikael

Jarum jam semakin mengecil di mata bundarku, seolah-olah masa itu ialah sebuah penjara; bak kata Bunga Jasmine. Yang memaksakan aku untuk terus berjalan dan berpusing. Aku meramal. Tidak lama lagi aku akan baring dekat sofa empuk belakang aku.

Kenapa kelas matematik harini rasa makin panjang? padahal sejam saja. Adakah disebabkan kefaktoran minat aku terhadap matematik sudah hilang? Atau sebenarnya aku rasa matematik ni semakin lama semakin susah dan payah sebab Kementerian Pendidikan sudah tukar cara pembelajaran abad-21, kalau negara makin maju makin susah. Budak darjah satu pon didesak untuk belajar tentang matriks dan formula pelik-pelik. Tapi waktu Jasmine ajar, semua aku ingat, masuk terus macam vacumm tapi kalau cikgu ajar aku tak faham langsung. Sepatutnya Jasmine kena ajar aku kat sini.

sekejap, aku mengantuk

“yow Mikael! Kau buat ape tu” sapa seorang lelaki berambut mullet yang sedang memindahkan kerusinya untuk berada di sebelahku.

“aku tengah cuba untuk selesaikan soalan nih, tapi masalahnya jawapan aku tak sama dengan skema jawapan” tanganku memangku dagu dengan keadaan mata yang sebam sebab tak cukup tidur.

Ngantuk gila ya Allah.

Aku rasa macam Dunia aku semakin gelap dan hitam.

Aku nak pitam

“sini aku tengok” mengalihkan bukuku untuk dia semak. Aku hanya memejamkan mata dan mengubah cara posisi tidurku dengan meletakkan kepala di atas meja.

Suara dan jeritan yang bingit diiikuti gelak tawa yang nyaring di dalam perpustakaan ini aku endahkan.

Bising lah.

Aku ngantuk sangat-sangat sehingga tidak mampu untuk senyum lagi.

Malam tadi aku hanya tidur tiga jam saja. Semuanya bermula dengan mimpi yang sama. Pita rakaman yang berulang. Hal benda yang semirip. Di dalam cermin panjang setinggi tubuh aku yang tidak boleh aku gapaikan itu. Ditemukan diriku di daerah yang teduh. Merpati, Pohon, Senja, Perhentian Bas, mp3. Pada waktu hujan senja. Ditemani seorang gadis yang hampir sempurna. Kelihatannya kami seperti berada di kemuncak konflik sebuah buku cerita. Serius dan gentir. Dan apabila hujannya mulai surut. Mataku bergelimpang dengan air yang aku tadahkan kepada semesta yang kejam. Sepertinya kata-kata gadis itu menusuk kalbuku seperti sebuah kaca yang jatuh berselerak tidak terpermanai. Tetapi siapa gadis itu, personalitinya, asalnya, namanya, tidak kutemui dalam mana-mana diari semesta. Raut wajahnya juga tidak bisa kulihat kerna dipangkah dengan tanda x yang berwarna merah darah.

Memori ini seolah-olah tidak mahu timbul.

Apakah peristiwa ini benar-benar terjadi?

Jika benar

Terbuat dari apa dirimu?

Sepertinya kamu persis bidadari yang telah memperlakukan diriku dengan seenaknya. Aku tidak marah tetapi aku mahu tahu semua tentang rahsiamu, diarimu dan separuh diriku yang telah kamu ambil sebelum aku hilang ingatan.

“ha ni!. kau kena buat darab silang dekat dua nombor ni. Mana boleh darab terus dengan nombor depan dia.”

“oooo”

“O bulat”

Aku membuka kelopak dan terus lihat dia tengah menulis pengiraan yang betul atas buku latihan aku sambil membuka kertas jawapan di belakang.

aku sedang berfikir untuk bertanyakan kepadanya tentang beberapa soalan yang sedang berlegar-legar dalam kotak fikiranku.

"weh Aiman, dulu aku macam mana"

"dulu kau pendiam nak mampos macam ada emas dalam mulut kau"

"serius lah?sekarang nih?"

"sekarang ni kau tak macam dulu"

"kau rasa mana okey lagi? tentang personaliti aku"

dia mendonggakkan kepalanya untuk menyusun perkataan yang sesuai untuk diberikan

"aku prefer sekarang. sebab kau lebih berani dan berkehadapan"

"oooo"

ada sebahagian memori untuk aku susah ingat kembali, antara salah satunya ialah personaliti aku dan perasaan benci yang masih kabur.

Aku mahu tanyakan lagi satu soalan, tapi entah datang dari mana kekuatan aku ni untuk tanyakan soalan yang satu ini.

aku cuma muskyil dan ragu-ragu.

aku nak kepastian yang lebih jelas, bukan hanya dari khabar angin yang ditiup dari seorang ke seorang dengan tokokan.

“weh Aiman, dulu aku dengan Jasmine macam mana”

Dia berhenti menulis. Diam, tapi mukanya sedikit berkerut seperti sedang memikirkan sesuatu. Lama, Setelah selang beberapa minit, dia bersuara semula. Kepalanya dialihkan mengahadap kearahku

“kau kena jauhkan diri dari Jasmine, dia bukannya perempuan baik sangat. Menipu je lebih.”

“what?” keningku bertaut.

Tentang SemestaWhere stories live. Discover now