13

100 1 0
                                    

Matahari mulai meraikan malam menyapa, disambut keheningan senja ke ufuk. Daun-daun yang luruh berselerakan di tepian jalan, tidak pernah membenci tangkai yang melepaskan. Bisikan angin semakin perlahan ditelinga, membaca-baca mantra sehingga badan menderita sejuk. Mata dipejam sembari menikmati nostalgia dwialam. Menggali-gali tanah untuk membuat jalan ke masa lalu yang kutemukan diriku di daerah yang teduh, sedang menatap seseorang dari jauh, diantara beratus-ratus manusia yang menghuni ruang itu, gelak ketawa, senyuman bianglala dan matanya yang tersenyum adalah hal terbaik yang pernah kutemukan, tanpa sebarang amaran dan peringatan, dia menatap kembali dengan raut wajahnya yang polos, degupan jantung di kiri tidak aman lagi, habis aku sudah ditangkap, bunyi jarum jam yang bergerak mula memenuhi ruang. satu, dua, tiga. Terus alihkan bola mataku ke bawah. selamat. Tiga detik yang paling bermakna aku telah berjaya menguasai dunia yang hanya menempatkan kami berdua.

"hai"

Lambaian tangan seseorang di hadapan memecahkan lamunan

"hello" tutur aku kepada dia

Kini, kami berada di luar perkarangan kolej bersiap untuk pulang ke rumah, lampu-lampu di tepian jalan sudah mula bernyala satu persatu. Pagar kolej juga sedang ditutup oleh pengawal yang sedang bertugas.

Kami mendongak ke atas seraya memuja langit yang membawa gumpalan awan sirrus yang sedang bergerak.

"wahh..." kagum serentak

"terima kasih sebab ajar tentang penulisan puisi, aku belajar banyak benda dari kau"

Puji dia kepada cara aku mempresentasikan ilmu

"kalau kau dah faham basic. aku... bagi task untuk kau cipta puisi dari metafora bulan"

"okay, tapi task tu kena hantar bila?"

"sekarang"

"sekarang?" dia menekankan sedikit suaranya seolah-olah tidak percaya.

"kau cuma ambil beberapa minit saja untuk siapkan puisi dalam ingatan atau kau boleh baca puisi berkaitan Bulan yang pernah kau tulis atau... kau hantar esok"

Dia memandang ke bawah dengan dahi yang berkerut, cuba berfikir sejenak sebelum memberikan kata putus.

"okay, aku cuba"

Aku menunggunya sambil melihat jam tangan di pergelangan kananku, dan hanya sekitar beberapa minit sahaja dia sudah siap menulis puisi dalam imaginasi.

"okay, dah siap. Judulnya Teruntuk Bulan"

Aku berpaling menghadapnya dan telingaku difokuskan setiap bait bicara yang akan dilafazkan oleh mulutnya.

"Apa gunanya bulan kalau tiada Mentari?
Sinarannya tidak akan turun ke Bumi.
Kewujudannya tidak akan diketahui oleh para ilmuwan
Keindahannya tidak dapat disaksikan oleh setiap anak Adam
Lukisannya tidak dapat diabadikan dalam setiap karya

Oleh itu, mulai detik ini aku akan menjadi Mataharimu yang setia memujamu supaya engkau bisa menjadi Bulan Purnama yang disanjung oleh 'Mereka'."

Dikara.

"seru. bahasa puisi kau ringkas dan mudah ditebak, kau boleh jadi Sang Matahari"

"terima kasih, tapi aku prefer jadi hujan"

Aku prefer kau jadi bintang.

"kenapa pilih nak jadi hujan?"

"sebab. Dalam hujan, tiada siapapun yang boleh tahu rahsia seseorang. Dengan mengamati hujan, ketenangan mula tumbuh, hal-hal yang ditakuti juga gugur. dunia ternoda dan membusuk, hujan yang akan bersihkan. Hujan berperan menyembuhkan luka dalam jiwa yang sudah habis dirobek. Dan segala pertemuan dan perpisahan yang tidak dirancang, tangisan hujan saja yang menjadi saksi. "

Deja vu

Kalau boleh aku nak berlari jauh dari hujan, titisannya juga tidak mahu aku sentuh

Hujan, didefinisikan sebagai serapah, makian, bala dalam kamus hidupku.

Tiada apa yang menarik dari hujan. Semuanya penuh dengan kedustaan.

"owh. Faham"

"lagi satu aku pernah baca puisi yang Mikael tulis, judul dirgantara. Puisi tu dia tulis lama dah. Dua tahun lepas tak silap, tapi best, dan aku rasa kau patut baca, sebab penulisan dia hampir sama dengan semua paten puisi yang kau tulis"

"kau ingat tak semua puisi dirgantara dia tulis dalam tu?"

"tak"

"kau memang, ERGHH geram aku"

"HAHAHAHA. Nanti aku cuba minta kat dia"

"tapi jangan mention nama aku" dari telunjukku di angkatnya pada paras bahu, menghala ke mukanya

"okay" dia mengangkat jari thums up

"..."

"tapi... yang paling aku ingat dalam dirgantara, dia ada tulis tentang gadis yang miliki senyuman canggung membacakan puisinya yang teragung. kepada jejaka bermata bermata teduh di bawah pohon? Atau di pantai Lumina? dan adalah bau bau perpisahan, dan kiasan yang dia tulis tentang keadaan yang akan jadi pada alam kalau  perempuan tu pergi dulu. tapi penulisan dia memang mantap dan mirip 'matahari di bawah teduh'. ha part ni saja yang paling aku ingat. Yang lain kabur" "Nantilah aku tanya dia. Tau jasmine. ?. jasmine? Hey, kau okay tak ni?"

"ha, owh ya. Aku okey" perlahan lahan mengangguk

"muka kau tiba-tiba pucat"

........

entah

Semua perasaan bercampur baur, gembira, sedih, teruja, takut, runsing. Saling bersilih berganti dalam pada waktu yang sama. Rakus mengambil alih masa. Yang pasti

Dirgantara itu satu puisi yang terkutuk.

"aku rasa gadis tu..."

Tentang SemestaWhere stories live. Discover now