PART 3: New Kingka

1.6K 173 6
                                    

"Aku rasa aku kenal dia."

Kenal ?! Kat mana kau kenal huh.

Jungkook meradang di dalam hati. Entah kenapa dia meradang. Nak kata dia pun jatuh cinta ?

"Kita buli dia nak.."

------------

"Weh, ada cerita hotz !"

Kata seorang pelajar perempuan kepada rakannya yang sedang sebok menggilap kuku. Rasa terganggu pun ada.

"Apa dia."

"Kau tahu kan, budak baru.. si tunduk tu, kene buli dengan Jungmyun"
"Yeah I know. Biasalah Jungmyun suka buli budak baru"

Dilayankan sahaja karenah rakannya yang seorang itu.

"Tapi kali ni budak budak yang baru masuk sekolah yang hot gila tu.."
"Apa ? Jungmyun buli diaorang ? Heh apalah sangat ka-"
"Nope.. Dyeorg buli Jungmyun"

Dia memperbetulkan kata kata rakannya. Baru rasa terperanjat bagai nak rak ketika itu. Sam yang lalu di sekitar itu memberhentikan langkah sambil memandang mereka.

"What ?! Excuse me ? Siapa yang berani sangat cakap boyf aku kene buli ni ?"

Mereka tersentak. Berderau darah mereka ketika ditengking oleh diva sekolah seperti Sam. Mereka diam tertunduk. Menyesal pula berbual pasal Jungmyun.

"Kalau aku dengar lagi sekali korang mengutuk boyfriend aku. Siap korang"
"N..nae.."

Sam berlalu dari situ dan menuju ke kantin. Agak pelik kerana suasana di kantin tiba tiba senyap. Baru dia perasan, tumpuan pelajar di kantin tertumpu pada satu meja yang menempatkan 6 orang pelajar baru. Salah seorang daripada mereka sedang berdiri sambil memerhati...

"Si tunduk ?!"

------------

Mereka semua tersenyum. Walaupun rancangannya agak bodoh, Jungkook turut merasakan idea ini sesuai untuk mengenali He Ra dengan lebih dekat.

Mereka bergerak ke meja He Ra. Dua orang rakannya yang lain terkedu melihat mereka.

"So, Hye ~ Si tunduk ?"

Suga merapatkan badannya ke arah He Ra. Rapmon mengangkat keningnya, mengisyaratkan supaya Se Na dan Namjung pergi dari situ. Mereka akur.

He Ra menjeling Jungkook, satu satunya ahli kumpulan mereka yang dia kenal. Riak wajahnya memaparkan seolah olah dia tidak faham dengan situasi yang berlaku. Kini, tumpuan pelajar kantin lebih kepada mereka.

"Aku dengar kawan aku dah selamatkan kau daripada kene buli dengan.. siapa nama mamat tu ? Junghyun ?"

"Jungmyun."

Jungkook membetulkan kata kata Rapmon. He Ra masih diam.

"Emm.. terima kasih ?"

Kata He Ra. Suga memandangnya lama sebelum bersuara.

"Terima kasih je tak cukup, si tunduk. Kau kene balas jasa kteorg"

He Ra terkejut dan mereka tersenyum. Dia tak kenal siapa orang yang menyuruhnya buat kerja bodoh. What ? balas jasa ? Tetapi bila direnung kembali mata suga. Dia terperasan sesuatu.

Mata dia...

-----

"Errgghh..."

He Ra melenakan kepalanya di atas meja. Namjung yang duduk disebelahnya mula bicara.

"Dyeorg.. buli kau ?"
"Hmm.."

He Ra membalas perlahan. Barangkali penat memikirkan apa yang berlaku. Budak baru buli budak baru, watdehell.

Perfect Game | jjkWhere stories live. Discover now