"Sonata high school night.. sound's great."
Rapmon memegang dagunya. Sengaja He Ra tidak memberitahu siapa pencadang yang mencadangkan idea merepek ini kepadanya. Asal mereka berenam pergi, dia juga pergi.
"Mana kau tahu ? bukan kau baru masuk sekolah tahun ni jugak ke ?"
"Oh.. classmate bagitahu."
"yeke ? aku taktau pun ?"He Ra menjeling Jungkook. Lupa Jungkook adalah classmate nya.
"Memanglah. Dyeorg tak bagitahu kau. Dyeorg mana pernah berbual dengan kau sebab dyeorg semua takut dengan kau."
Jungkook mengangguk. Bau bau makanan yang datang dari dapur menaikkan selera makan mereka.
"guys, makanan dah siap."
Suara Jin kedengaran. Dia ibarat ibu dalam rumah yang mengaturkan semua benda. Kalau dia takde, mungkin mereka akan keluar makan setiap hari.
Jimin terlebih dahulu bangun dari sofa dan menuju ke belakang. Malam itu, mereka makan dengan penuh selera.------------
"Park Namjung, Jeon Jungkook, Choi He Ra."
"Nae !"
Sahut mereka bertiga serentak apabila nama mereka dipanggil oleh Guru Kelas.
"Awak bertiga terpilih untuk jadi peserta Sonata High School Night"
Mereka tidak teruja, tetapi kedengaran pelajar lain meluah rasa hampa apabila mereka tidak terpilih. Mr Kim mengagihkan surat kebenaran kepada mereka bertiga.
"Awak bertiga bergerak ke dewan utama sekarang"
"sekarang ?!"Jungkook melipat surt tadi. Mr. Kim hanya mengangguk tanpa sebarang kata. Dengan segera, mereka bertiga keluar dari kelas.
-----
"Jungkookie !! He Ra shii !!"
Jimin dan V berlari ke arah mereka berdua sebelum Rapmon, Jhope dan Suga menyertai mereka. Pada fikiran mereka,mungkin ini satu kebetulan kerana mereka semua terpilih. Tetapi tidak bagi He Ra. Jelas sekali Jungmyun yang memberitahunya semalam.
Dewan utama sekolah dipenuhi kira kira hanya 500 orang pelajar terpilih dari 3000 pelajar sekolah. Acara sebegini memang jarang sekali dapat disertai. Tambahan, malam kedua nanti hanya 50 orang sahaja yang terpilih.
"Baiklah, pelajar semua. Duduk di kerusi masing masing dan senyap."
Mereka akur. Hanya bahagian depan dewan sahaja yang penuh. Maklumlah, dewan mereka sangat besar.
"Anda semua adalah peserta yang terpilih untuk Sonata High School Night bagi tahun ini."
Tepukan tangan kedengaran bergema di dalam dewan .
"Acara ini akan bermula pada 29 September 2016, minggu depan dan berakhir pada 30 september bagi pelajar yang tidak terpilih. Manakala, pelajar yang bertuah akan meneruskan aktiviti mereka dihari berikutnya. Pelajar yang tak terpilih akan bercuti pada tarikh tarikh ini untuk memberi peluang kepada kamu semua menjayaan Sonata High School Night. Jadi, cikgu akan beri sedikit taklimat berkenaan acara ini."
Mereka semua diam memberikan perhatian.
--------------
Hari Pertama Sonata High School Night
"Pilih 3 hingga empat orang pelajar untuk bermalam di satu khemah."
Mereka mengambil khemah masing masing. Sonata High School memang dekat dengan Hutan, jadi mungkin malam nanti keadaan di sekolah akan menjadi gelap dan agak menyeramkan. Rapmon mengagihkan nama rakan rakannya.
"Jungkook shi, Jimin shi,V shi, satu khemah ok ? Yang lain dengan aku"
Mereka mengangguk. Borang diisi dan diberikan kepada Jungmyum, selaku kapten peserta. Entah kenapa dia jadi kapten pun mereka tak mahu peduli.
"Eh Jungmyun. Kau nak apa lagi ?"
Kata V apabila mendapati Jungmyun tidak berganjak dari situ.
"Aku cuma nak bagitahu, pukul 5 nanti cikgu dah takde. Dia lepaskan korang semua dekat tangan aku. So, aku nak mintak tolong jungkook untuk tolong aku uruskan acara malam ni, boleh ?"
"Aku ?"Jungkook menunjukkan jari telunjuknya ke arah dadanya sendiri. Yang pertama, mungkin pelik bab cikgu lepaskan dyeorg semua dekat tangan Jungmyun. Yang keduanya mungkin kerana.. Jungmyun memilihnya untuk menguruskan acara ini. Walhal ini adalah kali pertamanya.
Pelik betul acara ni.
"Okay je."
Balas Jungkook selamba. Kelihatan Se Na, Namjung dan He Ra sedang memasang khemah tidak jauh dari mereka. Jam menunjukkan pukul 4. Mereka bergerak ke tepi padang untuk membuat minum petang sendiri. Lebih kurang 10 peserta satu kumpulan yang dipilih oleh mereka sendiri.
Kebetulan, He Ra dan Se Na adalah Kumpulan mereka. Termasuk dengan dua orang classmate Jungkook dan He Ra.
----------
8 malam.
"Okay guys. Aku dah tetapkan acara untuk malam ni secara berpasangan. So, aku dah tentukan dan bla bla bla bla bla......."
Suara Jungmyun bergema di tepi Hutan. Memang amat menyeramkan pada malam itu. sudahlah tiada guru yang mengiringi.
"Suga dengan He Ra. Jungkook dengan Namjung. Se Na dengan V... ...."
Mereka duduk dengan pasangan masing masing. Suga dan He Ra masih tidak bertegur sapa. Mereka hanya ikut apa yang dikata oleh Jungmyun.
Terdapat lebih kurang 90 buah khemah yang didirikan di sepanjang hutan. Mereka dikehendaki masuk ke khemah khemah tersebut dan menyelesaikan beberapa misi sebelum bergerak ke khemah seterusnya. Hanya pelajar yang berani dan sanggup sahaja yang akan meneruskan misi mereka.
Semakin lama, lorong di dalam hutan semakin gelap dan seram untuk mereka lalui bagi menuju ke khemah seterusnya. Sengaja Jungmyun memasang beberapa buah perangkap dan patung patung hantu bagi menyukarkan misi.
9 malam.
Kini, hanya tinggal tiga pasangan di dalam hutan. Pasangan Jungkook, He Ra, dan pelajar lain. Ada yang keluar dari hutan dengan keadaan yang pengsan, ada yang menangis dan ada yang meraung. Pasangan V juga turut menangis dan tak sanggup untuk meneruskan lagi.
Kini He Ra dan Suga berada di Khemah ke 70. Terdapat sebuah patung pocong sedang duduk di sudut khemah. He Ra menutup matanya. Sebuah kertas di atas meja di buka.
"What the hell is this !! Urrgghh !!"
"wae ?"Bisik He Ra perlahan. Suga menunjukkan kertas tersebut kepada He Ra.
"Dia suruh cari patung yang sama dengan yang ni... tapi dekat mana."
"macam mana aku nak tahu.. hish ! misi apa yang mengarut macam ni !"Suga menggelarkan dirinya sebagai 'aku' dengan He Ra semenjak dia tahu He Ra sudah tidak menerimanya.
Suga mendekatkan dirinya ke arah patung tersebut. Baru dia perasan, ada sebuah kertas tergantung di lehernya. Patung tersebut berbalut dengan kain putih yang dipenuhi warna merah yang hanya menampakkan muka. Mukanya pula tercarik carik dan sebelah matanya hilang. Seperti mayat betul.
"Suga.. pali !"
Pantas Suga mengambil kertas tersebut.
Petunjuk.
Pergi ke khemah 72
Anda tidak perlu menyelesaikan misi di khemah 71."okay jom"
Suga memegang tangan He Ra dan berlari terus ke hutan yang lebih dalam. Khemah yang tertulis nombor 71 tidak dipedulikan mereka. Jauh juga perjalanan mereka.
Lebih kurang 10 minit mereka sampai di khemah 72. Perlahan lahan mereka masuk ke dalam khemah dan..
"Jungkook !"
He Ra menutup mulutnya. Jungkook yang sedang mencium Namjung pantas berhenti dan membutang semula bajunya. Mereka terpaku.
YOU ARE READING
Perfect Game | jjk
Misterio / Suspenso"If you dont belive me, then just look into my eyes. Cause the heart never lies"