"Tangan kau nie kenapa, He Ra ?"
Tanya Se Na ketika mereka sedang makan bersama sama. Namjung juga turut memerhati tangan He Ra yang lebam diikat semalam.
"Tak de ape, semalam aku jatuh tangga."
"Jatuh tangga sampai macam nie ?"Namjung memegang kedua belah tangan He Ra. Dia mengerang kesakitan.
"Eh sorry."
He Ra menggosok gosok pergelangan tangannya. Muka si botak semalam masih tak boleh dilupakan. Begitu juga dengan budak topeng tu. Matanya sahaja sudah cukup indah bagi He Ra.
Penyelamat..
"Hey, si tunduk !"
Laung Sam, diva sekolah yang agak baik hati kepada Namjung. Bukan apa, Namjung ini adiknya.
Sam, nama sahaja sudah menggambarkan yang dia ini lain daripada yang lain. Bukan sembarangan perempuan cantik, memang Sam ini boleh dikatakan budak perempuan hot dalam sekolah. Namjung juga mempunyai ciri ciri yang sama dengan Sam. Cantik...
"Dengar cerita semalam Jungmyun tegur kau, betul ?"
Sam mengambil tempat di sebelah He Ra. Seperti biasa, He Ra hanya menunduk.
"Jangan macam macam tau. Dia boyfriend aku"
Namjung mendengus perlahan. Terkena juga dengan kata kata kakaknya itu. Lazer yang ditembak tepat ke arah He Ra di depan matanya amat amat lah memalukan.
"Unnie.."
He Ra tak terkecil hati sikit pun. Mungkin dia sudah terbiasa kerana di sekolah lama tiada istilah mengutuk belakang. Semuanya hanya di depan ! Dia juga tergolong dalam senarai si mulut lazer.. Cuma di sekolah baru, dia lebih menjaga adab.
"Nae.."
Sam tersentak. Ini baru kali pertama dia nampak budak sepelik He Ra. Langsung tidak terkesan atau takut pada diva sepertinya. Mendatar sahaja nadanya ketika menjawab.
"Berani kau menjawab. Kenapa tunduk, takut ?"
He Ra tak menjawab. Hm, kan betul ? semalam dia dipaksa jawab pertanyaan Jungmyun. Hari nie bila jawab dikata menjawab pula. Apa mereka nak sebenarnya ?
Lagi satu, kenapa tunduk ? Hey, kau yang gelarkan aku si tunduk ! Jadi, kenapa tanya bila aku tunduk ! anjing !
He Ra memaki hamun diva bernama Sam dihadapannya. Tetapi semestinya dalam hati. Gila ke nak cakap depan depan ? boleh mampus kene sound .
"Mian.."
"Okay, kau dengar sini."
"Unnie dah lah tu "Namjung menghentikan kakaknya. Dia pula yang sakit hati. Tanpa berkata apa apa, Sam terus bangun dan menuju ke arah sekumpulan budak perempuan yang mungkin geng atau kulinya ?
"Mianhae.. He Ra.."
"Ah, gwenchanna."He Ra tertawa kecil mengelakkan rasa bersalah Namjung berterusan.
Dia fikir dia diva, semua orang takut dengan dia ?
He Ra mencebik. Makanan di hadapannya dilahap kembali selepas dikacau oleh diva sekolah takguna. Jangan pulak lepas nie si samseng tu datang lagi.
Samseng ? hmm
"Kalau korang nak tahu..."
SeNa dan Namjung yang sedang makan terhenti seketika memberi tumpuan kepada He Ra. Menantikan sambungan ayatnya.
"Semalam aku hampir hampir je nak kena kidnap."
"What ?! SERIOUSLY ?"Burger yang berada dalam tangan SeNa diletakkan semula ke dalam bekas. Barangkali tertarik dengan cerita He Ra yang menyebabkan fokus makannya terhenti.
YOU ARE READING
Perfect Game | jjk
Mystery / Thriller"If you dont belive me, then just look into my eyes. Cause the heart never lies"