"Can you trust me ~ can you trust me ~ jebal.. jebal.."
"Wooohhhhh !! Jeon Jungkook ! Jeon Jungkook ! Jeon Jungkook !"
mereka semua bersorak gembira. Ini kali pertama mereka mendengar nyanyian dari jejaka kacak sekolah. Mungkin sebelum ini Jungmyun tak cukup kacak dan suaranya juga tak cukup merdu kalau nak dibandingkan dengan Jungkook. Lagipun, mereka semua masih takut pada Jungmyun. Acara tahun lepas pun mereka bersorak kerana terpaksa.
Mrs Sicca sudah lama sampai dan memerhati pelajar pelajarnya bersorak riang pada tahun ini. Tak seperti tahun tahun sebelum ini. Dia datang pun secara senyap senyap untuk menilai pelajarnya. Sudah 2 jam kelibat Jungmyun tidak kelihatan.
Hish.. mana Jungmyun ni.
"Jungkook !! nyanyi lagi !!"
Rasa gerun hilang serta merta. Baru mereka tahu, Jungkook seorang yang sporting. Lebih lebih lagi dengan senyuman dan nyanyiannya tadi. Berbeza dari sebelum ini. Dia dipandang gerun oleh pelajar hanya kerana pernah menumbuk salah seorang samseng sekolah.
"Ada nampak Jungmyun tak ?"
Jungkook memandang sekeliling. Mereka semua memggeleng. Malah berbisik sesama sendiri.
Tak nampak pun.
mana dia ?
eh lamanya dia hilang
mana samseng tu pergi ?
entahlah.."Hish.. apa nak buat ni"
"nyanyi lah lagi.."
"haah.. nyanyi lah lagi"
"Jungkook !! nyanyi !!"Jungkook mengengkat bahunya.
okay..
Gitar dipetik, lampu lampu yang tergantung di atas kepalanya menerangi tengah bulatan. Ada satu tunggul kayu juga ditengah bulatan untuk Jungkook duduk.
"Please remember me.. please remember me.."
"Jungkook !! hati hati !!"
Suga berlari ke tengah bulatan dan menolak Jungkook ketepi. Dia dan Jungkook jatuh tersungkur, Lampu lampu yang menerangi tengah bulatan juga jatuh menghempap tunggul kayu.
"aduh.. errgghh"
"jungkook, kau ok tak ?"--------
"I yakin member dia mesti selamatkan dia punya. So, I dah rancang mende ni awal awal"
---------
Jungkook memegang tangannya yang dipenuhi cecair merah. Dia mengerang kesakitan. Terdapat benda tajam di tempat dia tersungkur tadi, nasibnya baik kerana benda tersebut tidak tertusuk perutnya.
Seorang pelajar bergegas membawa peti kecemasan.Seorang lagi pula memberikan sebotol air. Darah merah pekat terus menerus mengalir melalui lengan. Kelihatan kelibat Mrs. Sicca berlari ke arah mereka.
Jhope mendail nombor rapmon. Entah kenapa dia berbuat begitu pun dia tidak pasti.
"Jeon Jungkook, awak ok ?"
Mrs Sicca memegang tangan Jungkook.
"Arrgghh !!"
Suga meninjau ke sekeliling tempat. Hanya pelajar yang tinggal sahaja yang ada. Dia bangun.
"Mana Jungmyun Ni !"
------
"Oh, jadi awak semua tinggal serumah ?"
"Ha ah..kteorang serumah. Mrs Sicca, Ni abang kami, Kim Seok Jin. He Ra ni adik tiri Seok Jin."Jin tunduk hormat apabila identiti dirinya diperkenalkan oleh rapmon.
"Apa nama panjang awak ye ?"
"Namjoon. Kim Namjoon. Kawan saya panggil saya RM"
"Okay, Namjoon. Awak jangan risau sangat pasal kawan awak tu, doktor kata dia okay even dia hilang banyak darah tadi malam. Apepun,saya nak ucapkan tahniah."
"tahniah ? untuk apa ?"
YOU ARE READING
Perfect Game | jjk
Misterio / Suspenso"If you dont belive me, then just look into my eyes. Cause the heart never lies"