"Jungkook.."
"hmm..?"
"kenapa kau buat semua ni ?"
"buat apa ?"He Ra tidak menyambung katanya. Sebaliknya, dia memeluk Jungkook dengan semakin erat. Jarak diantara rumah dan sekolah tidaklah sejauh mana. Tetapi dengan beban seberat 45kg di belakang bahunya ditambah lagi berat beg dan kasut He Ra menjadikan beban Jungkook lebih bertambah.
"macam Jee Hi cakap.. kenapa kau sebok sebok pertahankan aku ?"
"memangnya tak boleh ke ?"Jungkook melepasi kawasan jalan besar dan masuk ke dalam taman perumahan. Badan He Ra diangkat sedikit bagi menyelesakan dirinya.
"bukannya apa.. aku.."
"kita kan kawan. kawan kene lah tolong kawan"Laju sahaja Jungkook memotong kata He Ra.
"Pasal pura pura couple tu..."
"tu tak payah pikir lah. kau berlagak je macam girlfriend aku. bukan susah pun.. kita kan cuma pura pura je.."ye.. kita pura pura je..
Hati Jungkook berbisik.
"Sampai bila ?"
Sampai kau dah betul betul lupa yang kita tengah pura pura.sekali lagi hatinya berbisik
"Entahlah.."
Akhirnya, mereka sampai di depan pagar rumah. Jungkook melalui pagar rumah dan membuka kunci pintu utama. Badan He Ra didudukkan di atas sofa.
"Dah sampaii...."
Jungkook menuju ke dapur, mungkin untuk meneguk air sejuk. He Ra memandang sepi kakinya yang masih berbalut dengan kemeja sekolah Jungkook. Dia tersenyum. Jungkook keluar dari dapur dan menuju ke biliknya. Dengan sedaya upaya, He Ra bangun untuk turut sama naik ke atas.
Kalau diikutkan, He Ra memang boleh berjalan. Dia mendaki anak tangga dan menuju ke pintu bilik Jungkook yang tidak tertutup rapat. Dia menjenguk. Kelihatan Jungkook sedang terbaring kepenatan di atas katil sambil merasai nikmat aircond.
"Jung..kook ?"
Jungkook memandang He Ra.
"Lah.. yang kau naik kenapa ? kalau nak apa apa panggil je lah. Kan senang. kaki kau tu sakit !"
"aku tak nak apa apa pun."
"dah tu ?"Jungkook menukar posisi kepada duduk. He Ra menuju ke sebelahnya. Tak lama kemudian, pipi jungkook dicium lembut. Dia yang terkejut dengan perbuatan He Ra hanya mampu memandangnya tanpa berkedip.
"Gomawo.."
He Ra tersenyum
--------------------------------
Ray memasuki kawasan sekolah. Tak ada seorang pun yang memperdulikannya. Hanya beberapa pelajar perempuan sahaja yang dari tadi menyapa dengan penuh keayuan plus kegedikan. Dia mencari di mana letaknya pejabat sekolah.
"Weh Jungkook. Guru disiplin nak jumpa kau tau"
Seorang lelaki tinggi dengan mukanya yang agak matang dan kacak menegur. Tetapi dia membahaskan Ray sebagai Jungkook. Ray mengangkat kening.
Jungkook..?
Dia meneruskan perjalanan, menghiraukan budak lelaki tadi. Tetapi sekali lagi dia ditegur.
"Kyah ! Jungkook !"
wait.. siapa jungkook ni ?!
Seorang budak perempuan berambut perang dan panjang yang diikat kemas datang ke arahnya. Nametag 'Choi He Ra' kemas disemat di bahagian kiri baju.
YOU ARE READING
Perfect Game | jjk
Mystery / Thriller"If you dont belive me, then just look into my eyes. Cause the heart never lies"